Pages

Wednesday, August 10, 2016

Salah Faham

Salam 'alaik.

Hi guys.

Aku rasa nak update blog pula tengah-tengah malam ni. Since hari ni perasaan aku bercampur baur, aku jadi xberapa mengantuk dan tak ready nak tidur buat masa ni. Hopefully kejap lagi aku boleh tidur la. Kalau tak, jadi macam hari-hari sebelum ni. Pkul 3-4 pagi baru boleh lelap. Kalau esoknya tak kerja okay la. Ni, tak. Pukul 7.30 pagi nak kena chow dah to work. Nasib baik aku jenis boleh tahan kalau tidur sikit. Cuma rasa letih la. Then terpaksa amek nescafe nak bagi mata buka. Haih.

Anyway, tadi aku drive balik dari office. Then, di area kajang perdana, aku terlanggar plastic bag (langgar? tak tahu nak guna perkataan apa. korang faham-faham la ye) sebab plastic bag tu berterbangan. Nak elak, kiri ade kereta. Aku pun selamba je la. Lepas tu aku tengok cermin belakang, plastic bag tu yg terbang tadi ada dua. Tapi lepas tu tinggal satu. Aku pun biar jela. Malas fikir. Mood swing sket hari ni haha.

Then, beberapa minit kemudian, ade la kereta axia ni duk bagi high beam kat aku. Aku tak paham kenapa. Aku duk bengang la kat dia. Main lampu plak. Nak ngorat kerete kite ke? (eh. haha). Then kereta axia tu lintas laa aku. Takde pulak dia nak pandang aku and bagitahu or buat isyarat apa-apa. Dia pandang depan je and wat muka selamba. Lepas tu aku off radio. Sebab aku dengar macam ada bunyi pelik. Sebelum sampai toll ecohill tu, aku berhenti kat emergency lane. Aku tiba-tiba rasa xsedap hati sebab bunyi tu tak pernah aku dengar (walaupun slow je bunyinye). Then aku keluar kereta and..

Cuba teka..

Plasitc bag tadi tersangkut kat bawah bumper depan kereta aku. Kan Iriz ada macam.. besi bawah bumper tu. Aku tak tahu nak describe macamana. Kalau korang jalan-jalan ternampak Iriz, usha bawah bumper depan. Sesungguhnya korang akan nampak. Haha. Pastu baru laa aku paham yang orang tadi nak bagitahu yang ade plastic tersangkut kat bumper depan kereta aku. Haha. Aku dah marah-marah da sensorang, baru tahu sebab apa dia high beam. Bukan apa, kekadang kalo laki-laki bawak kereta ramai-ramai dengan member-member diorang, Ada laa yang saja bagi high beam bila ada awek bawak kereta. Haha. Maknanya kat sini, aku yang perasan hot konon ada orang saja mengacau. Haha. Tah pape. Malu je.

Moral of de story, jangan perasan hot dan jangan cepat nak marah orang walau dalam mood swing sekali pun.

Ok bye. Jom tido. Esok kerja.