Pages

Saturday, February 26, 2011

terkenang sahabat

Dengan nama Allah Tuhan yang Maha pengasih lagi Maha penyayang. Alhamdulillah sahabat-sahabat sekalian, kita masih mampu untuk menghirup udara segar kurniaan Allah SWT.

Ana teringat peristiwa dimana ana bertemu dengan seorang sahabat yang sungguh indah akhlaqnya, baik budi pekertinya, lembut tutur bicaranya. Seorang sahabat yang berhijrah dari Matri ke Smka Maahad Hamidiah. Mula-mula ana memang xberani nak tegur dia. Ana setakat senyum-senyum sahaja. Segan..



Tapi lama-kelamaan, ana makin tertarik dengan perwatakan dia yang agak comel tu (agak ke? boleh la..). Kemudian ana mula rapatkan diri dengan dia. Ana suka bersahabat dengan dia.. Betul, tak tipu.. Ana ingat lagi waktu ana minta dia bacakan al-Quran pada ana. Segan jugak sebenarnye.. tapi waktu dia baca tu, walaupun biasa sahaja, hati ana terusik.. gembira.

Masa terus berlalu dan kami menjadi semakin rapat.
  Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah.. Aku dikurniakan seorang sahabat yang mampu mengingatkan aku kepada-Mu ya Allah..

Ada lagi seorang sahabat ana yang ana sayang sangat. Dia berhijrah dari Abim ke Smka Maahad Hamidiah. Kami mula rapat bila ana masuk asrama sewaktu ana bergelar pelajar tingkatan 5 sekolah ana. Alhamdulillah, dia sangat memahami diri ana. Sifat clumsy(kadang2 =P) dia selalu membuatkan ana tertawa ceria. Hilang sebentar bebanan masalah bila melihat dia tersenyum girang.


عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَ نْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.



Mereka berdualah sayap ana untuk terbang mengharungi ujian sebagai seorang Hamba Tuhan.. Ya, ummi dan ayah merupakan insan terpenting selepas Rasulullah SAW dan Allah SWT adalah yang teratas sekali dalam senarai penyelamat diri dan jiwa ini. Namun, sahabat-sahabat ana ini tidak kurang pentingnya. Mereka yang sering mengingatkan ana sewaktu ana terleka. Syukran sahabat~

Yang paling utama, sahabat-sahabat ana inilah yang menyemai amalan tahajjud dalam diri ana. Alhamdulillah, ana dapat menjadikan malam sebagai waktu yang paling manis dalam tempoh 24 jam yang dikurniakan Ilahi. Tetapi, istiqamah adalah sesuatu amalan yang susah. Tidak ana rasakan kemanisan tahajjud itu dalam setiap gerakan tubuh ini dalam solat. Tidak ana rasakan kemanisan itu dalam setiap kali bangunnya diri ini untuk bertemu dengan-Nya.


Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah.Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

 Bak kata seorang member ana ni,
nak terkesan dengan sesuatu memang mudah tapi nak istiqamah tu yang susah..
Ya, Istiqamah memang susah. Ana akui. Kerana Iman itu naik dan turun kan? Sebab itu lah, ana tak nak berjauhan atau terpisah dari sahabat-sahabat ana. Bagi ana, mereka merupakan inspirasi ana untuk terus istiqamah. Alhamdulillah, ana dikurniakan sahabat-sahabat yang mampu membantu ana mengingati Allah SWT. Subhanallah..

Moga Allah memelihara hati dan diri kalian selalu, sahabat-sahabatku.. =)

sekian,
Wsaalam.. =)

2 comments:

  1. alaaa...
    segan kt~

    ReplyDelete
  2. ha3.
    uhibbuki fillah.wa la tansani fiddu'aki. :)

    ReplyDelete