Pages

Monday, March 21, 2011

esok dan lusa.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Esok? kenapa dgn esok? Esok ana ada test JPJ (motor). Sebenarnya ana belum cukup tempoh belajar. 4jam dari 10 jam. tapi demo2 tu dah daftar ana untuk buat test JPJ esok. kawan ana yang ana panggil 'put' kate, kene yakin.insyaAllah, dapat buat dengan baik. doakan ana eh? terima kasih sangat.

Itu hal esok. lusa? Apa pula eh? Lusa result SPM keluar. So, SPM candidates 2010 kena pergi sekolah lusa untuk ambil result dalam uniform sekolah. Jadi kalau ada SPM candidates 2010 yang baca post ni, sila cari baju sekolah anda secepat yang boleh ye. Tak nak la kelang-kabut nanti kan? Jadi, all the best la untuk semua ! =)

* * *

Mari sini dengar cerita. Satu perkongsian dari hati ini untuk hati anda. Setujukah anda jika ana kata iman itu turun dan naik? Pasti anda setuju. Kerana itu hadith Nabi SAW. Ana belum cukup dewasa untuk memberikan sesuatu yang luar biasa untuk anda, tapi ana hanya berkongsi apa yang mampu untuk dikongsikan bersama. 

Terasa diri ini sudah lama tidak tersentuh dengan sentuhan cinta Tuhan yang sebenar-benarnya. Satu sentuhan yang boleh membuatkan diri seorang hamba merasakan ketenangan yang luar biasa. Di suatu petang, ana terdengar laungan azan menandakan masuknya waktu asar. tiba-tiba hati ini menjadi sebak tak terhingga. MasyaAllah, berderai air mata. maka ana bermonolong sendiri.

Adakah selama ini aku telah terleka dari mengingatiNya? Kenapa aku sebak sangat ni?

Maka ana mula bermuhasabah. Apa yang telah ana lakukan sepanjang tempoh yang terdekat ini. Solat ana bagaimana? Khusyu'kah? Tiba-tiba iman ini berbicara. "tidak." 

YA ALLAH! Apa yang sudah aku lakukan.. Maafkan hamba Oh Tuhan..

Asar itu ana persembahkan dengan linangan air mata. Tanda kesal yang menyelubungi jiwa.Tapi, masih ada kekurangan. Tangisan itu masih belum memuaskan hati ana. terasa seperti dibelenggu satu perasaan. lalu iman ana bertanya.

"Mengapa kau ulang kesalahan yang sama? mengapa kau membiarkan aku kehausan? mana makanan ku? setakat membaca Al-quran saja tanpa menhayati tidak memberi aku kudrat untuk menjadi benteng segala maksiat dari menyelubungi hati mu sahabatku.. perbaiki aku(Iman). perbaiki aku.."

Maafkan aku wahai iman ku.. Maafkan hamba Oh Tuhanku.. Ya Allah...

* * *

Ambillah pengajaran saudara seislamku. Iman itu naik dan turun. Dan jika anda sedar akan kondisi iman yang lemah, cepat2 perbaiki ia.

seoarng kawan pernah beritahu pada ana satu hadith.

“Perbaharuilah iman kamu, beliau ditanya: “bagaimana kami memperbaharui iman kami, beliau menjawab: “perbanyaklah mengucapkan kalimat laa Ilaha Illallah. “ [HR. Ahmad : 8944 dan Al Hakim : 7766]

Segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri ana sendiri. Betulkan ana kalau ana tersilap kata. Moga mendapat RahmatNya. 

Wassalam.

No comments:

Post a Comment