Pages

Saturday, March 26, 2011

hari ni banyak termenung..

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hari ni banyak termenung. Dalam kepala ni asyik bertanya satu soalan. Bangun tidur pagi ni, lepas siapkan diri, Termenung depan cermin. 

'Betul ke pilihan aku ni?'

Keadaan sepi. Ana bersendirian dalam bilik.

'Betullah, dah lame kan fikir pasal ni, kenapa pulak tiba-tiba hari ni persoalan ni datang lagi?'

haish.

* * *

Tengahari,lepas siapkan kerja rumah, duduk atas katil dalam bilik, buka buku "Belajar Dari Perang Uhud". Best buku tu. Tiba-tiba persoalan yang sama datang. 

'Betul ke pilihan aku ni? kenapa aku nak jadi doktor ni?'

Kemudian muncullah beberapa jawapan dari fikiran sendiri. Mungkin alasan ana alasan yang sama diberikan oleh student yang memang nak menceburi bidang medical. 

Bak kata seorang akhowat, " kena plan elok2, this is your future. xbleh men bantai je. "

Betul lah tu..

Ni semua sebab malam tadi duk baca buku & pamplet USM, CUCMS, Pusrawi dan lain-lain. Jadi serba salah sebab tak belajar betul-betul waktu sekolah dulu. Rasa macam nak nangis pun ada. Waktu ambil result hari tu, tak ada pun rasa nak nangis. Kenapa ntah malam tadi jadi sebak. 

Kata-kata yang bermain di fikiran ana malam tadi : " Kenapa aku main-main dulu? kalau aku betul-betul serius mesti dapat result yang lebih baik dari yang ni. Tengoklah kawan-kawan.. straight A+,straight A's, 10 A's, 9 A's, 8 A's.. aku?? 5 A je?? bertuah punye budak. nampak je baik.(nampak je la) Result tah ape2. (bleh plak kutuk diri sendiri.. -_-'').Cbe tengok CUCMS ni, foundation dia je RM18,000. Gila ape? okay, memanglah boleh nak masuk matrik then dapatkan result yang bagus then masuk bidang medic.. Tapi kalau aku dapat result SPM yang cemerlang kan senang? dah la tahun ni 9000 ++ yang dapat straight A's. Subhanallah, Hebat2.Diorang memang sedar kepentingan blajar dari dulu.aku ni? waktu dulu tak habis-habis layan perasaan. belajar punya la lama, tapi yang faham sikit je.sampai lebam mata pun, kalau tak faham, Tak ada guna.. Padan muka. haish.(berani pulak tulis mcm ni,jujur sungguh.) "


*dulu selalu tidur bertemankan buku, tapi yang lekat sikit je. baik tak payah.sungguh tidak bijak cara study begini..*

Memang kena kutuk habis-habisanlah dengan diri sendiri malam tadi. 

Petang tadi, sambil tengok tv, termenung lagi..

' Betulke apa yang aku nak buat ni? hati aku tak minat pada bidang lain selain bidang ni. Ya Allah, Bimbinglah aku.. Eh, banyak pulak termenung hari ni.(baru nak sedar banyak termenungkan benda yang sama) '

Lepas ni, persekitaran baru, kawan baru, hidup yang baru. persoalannya.. bertambah baik or bertambah buruk? kita yang tentukan dengan izin Allah SWT. 

teringat pula pada kata-kata Allah dalam Al-Quran " Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi dia tidak berusaha mengubahnya sendiri "

Allah nak kita berusaha untuk apa yang kita hajatkan dan Allah pasti akan tolong kita jika kita benar-benar ikhlas.

Wah, bila teringat ayat ni, tiba-tiba jadi bersemangatlah! Ikhlas. penting kan? Allah sayang orang-orang yang ikhlas. :)

just try to be sincere.. insyaAllah, Allah will guide our way, always.. :)

Wasalam.

2 comments:

  1. Semoga Allah berkati keputusan hang, insya-Allah. :)


    Don't give up. Everrr.

    ReplyDelete
  2. semoga Allah memberkati keputusan mu jogok, insyaAllah. :)

    All the best menjalani kehidupan kat luar sana ya.. Jaga diri + iman baik2, Dr. Azlyn. :)

    Don't ever give up!!

    ReplyDelete