Pages

Friday, March 4, 2011

Hasilkan yang original dari hatimu :)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Alhamdulillah dengan nikmat dan limpah kurnia-Nya, hati ini masih terdetik untuk menulis menzahirkan kata hati. Bukan mudah bagi ana untuk menekan segala huruf yang ada atas keyboard laptop ana ni kerana kondisi iman yang naik dan turun. Adakah sahabat-sahabat tahu bahawa satu masa dulu, dengan menulis bloglah yang membantu untuk iman ini segar,membantu untuk hati ini sedar siapa diri ini yang sebenar. Kerana takut dan akur dengan kata-kata Allah SWT dalam surah as-Saff ayat 2 dan 3, diri ini rasa sangat bersalah jika tidak melakukan apa yang pernah dibicarakan.



61:2. Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?
61:3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.
                                                                                                                ( as-Saff : 2 dan 3 )
Namun, masa yang berlalu dan terus berlalu, menyebabkan ana semakin jarang update blog itu dan akhirnya, blog tu ana delete.. Dalam masa yang panjang selama mana ana jarang menulis, ana semakin giat melakukan aktiviti-aktiviti lagha.. Contohnya macam dengar muzik secara berlebihan dan banyak lagi.. Astaghfirullah.. Sungguh ana menyesal kerana pernah bersikap demikian..


Ana juga berhenti blogging sebab terlalu mendengarkan kata-kata manusia yang berpendapat sebegini :


manusia 1 : " eleh.. ramai jer orang yg tulis blog sekarang.. bukan de org nak bace pun r.. membazir mase jer.."
manusia 2 : " mu ingat ble de blog ni bagus sgt ke hah? ramai org jadikan blog tu tmpat lepas geram jee.."
manusia 3 : " buat pe nk dedahkan ape yg kita suka buat kat public? "
manusia 4 : " xyah hipokrit la.. kat blog gitu, kat luar gini.. ape gune? "


Kata-kata sedemikian yang melemahkan iman dan semangat ana untuk terus mengingatkan ummah dan diri ana sendiri. Tapi kali ini insyaAllah, ana akan cuba sedaya upaya untuk menulis dengan seikhlas hati tentang peringatan untuk diri ana sendiri dan orang lain..


Bagi ana, soal hipokrit itu hanya akan berlaku jika penulis blog itu jenis yang hanya suka copy and paste sahaja hasil tulisan orang lain semata-mata dan tiada tulisan yang ikhlas dari hati.. Mengapa ana berani berkata begini? sebab pernah terjadi pada diri ana sendiri pada satu ketika dulu.. penulisan yang 'tidak original yg best' akan mendatangkan puji-pujian kepada penulis blog dan seterusnya dia akan teruskan aktiviti berblogging untuk mendapat perhatian orang lain semata-mata. Namun, tidak semua bloggers begini bukan? ya, ana tahu, tidak semua penulis blog bersikap begini. Jika ada antara pembaca yang bersifat sedemikian, maafkan saya jika tulisan saya ini mengguris hati dan menghiris perasaan anda. Ana menulis begini berdasarkan pengalaman..


Ana tidak memaksa agar anda menuruti apa yang ana sarankan kerana sememangnya manusia berbeza pendapat.. Saranan ana, hasilkan karya diblog anda yang tulus dari hati anda sendiri dan tanamkan peringatan Allah SWT dalam surah as-Saff ayat 2 dan 3 itu didalam hati. Banyak lagi peringatan Tuhan untuk kita tetapi ana akan sertakan pengajaran ayat sedikit demi sedikit mengikut post agar anda tidak penat dan pening membaca.. (sikit-sikt lama-lama jadi bukit.. )


Akhir kalam, segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari kelemahan ana sendiri.. InsyaAllah, moga diizinkan oleh-Nya untuk menulis lagi di masa yang akan datang..


Salam rindu dari ana


Wassalam. :)

2 comments: