Pages

Thursday, March 31, 2011

Pejuang yang satu


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Hari ini tiada senda dalam bicara,
Deru air mata merupakan segalanya,
Sang hati bicara sendiri,
Bangunkan ummah bina generasi.

Di bumi yang bertuah ini,
Diriku mula mengenali,
Matlamat hidup sebagai abdi,
Kepada Allah, Allahu Rabbi.

Dirirku kini sebebas unggas,
terbang tinggi di angkasa raya,
menyanyi merdu irama kalbu,
Indahnya.. Oh, indahnya.

Wahai teman seperjuangan,
Usah digentar musuh di hadapan,
Pandanglah di depan balasan Tuhan,
Syurga Firdaus menanti kalian.

Kutiplah mutiara, mutiara indah..
Untuk bekalan diri berpindah,
Sebelum jejak kaki melangkah,
Sebelum penyesalan membawa padah.


p/s: Syukran lihaza.. ya sodiqoti, Siti Azra. Jazakillahhu khairan kathira..

السلام عليكم

No comments:

Post a Comment