Pages

Saturday, April 30, 2011

dia yang tidak dapat melihat



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Ana sungguh terlupa nak post pasal satu kisah yang berlaku dalam KTM waktu ana dalam perjalanan ke pesta buku hari rabu lepas a.k.a 27/4/2011 di PWTC..

---

Sekadar nak berkongsi. Teringat kisah ni lepas baca blog sahabat.

al-kisah..

Waktu ni dari kl sentral nak ke PWTC (xingat ape name stop tu)..

Shu~ Ktm dah sampai. Ana pun dgn pantasnya bangun ajak member kat sebelah cepat-cepat masuk coach wanita. Kami berjalan laju seakan-akan nak berlari. Disebabkan nak masuk cepat dan kebetulan tak ramai orang waktu tu, ana tak perasan langsung ada seorang kakak buta disebelah ana. Dia Melayu, Islam, bertudung.. Dan, yang memimpin dia masuk ke pintu KTM ialah.. seorang kakak india.. Lalu kawan ana pun cakap "baiknye akak india tu ..". Ana sekadar senyap. Terpaku sebentar. Kakak india tadi tak masuk KTM pun.. Just pimpinkan akak yg buta tadi aje.. 'kenapa la aku xperasan akak ni tadi..' ana bermonolog sendiri.

Dalam KTM, ana mengambil tempat disebelah kakak buta tadi. "Akak nak ke mane ni?" ana beranikan diri bertanya. Suara dilembutkan selembut yang boleh tanda hormat dan sayang kepada saudara seislam yang kurang upaya itu. "akak nak ke bank negara" jawab akak tu. "0o.. bank negara.." ana membalas ringkas.

suasana dalam KTM coach wanita itu agak sepi. hm.. mungkin perasaan ana sahaja.

*Bank Negara*

pengumuman kedengaran dari corong radio KTM. Menandakan sudah tiba di Bank Negara. Kakak tadi cepat-cepat bangun. Ntah kenapa, ana tergamam seketika. Lalu, akak tu kelihatan agak menyimpang sedikit dari arah pintu KTM. Member ana melontarkan pandangan ke arah akak tu.Ana bingkas bangun memimpin kakak tadi. Malang.. Sungguh malang.. Tidak ramai nampaknya yang peduli dengan kondisi kakak tu. semua muka blur aje.. ana cuba berbaik sangka. 'mungkin diorang pun tergamam kut.. macam aku tadi..' terus-terang ana cakap, ana memang sebak.. sebab dia tidak dapat melihat.. Sedangkan kita (termasuk anda.ya, anda) mempunyai nikmat penglihatan yang Allah beri. Adakah kita gunakan dengan sebaiknya?


55:13. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman, ayat 13)


Tadi ana baca satu katalog yang ayah dapat dari book fair, kata satu baris ayat dalam katalog tu, Allah akan menggantikan penglihatan orang2 yang buta dengan ganjaran di akhirat kelak. kerana di dunia mereka terpelihara dari melihat maksiat dan segala apa yang memudharatkan iman seseorang muslim.. Subhanallah.. Lega ana.. Alhamdulillah.. Kakak tu sungguh bertuahlah kan? Moga kita sentiasa berada dalam golongan yang terpelihara dari melihat maksiat macam kakak tu~

Pengalaman yang ringkas. Tapi sangat berharga. :)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment