Pages

Friday, April 22, 2011

dimana tarbiyyah buatku?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



aku melihat ke langit.. 
merenungkan nasibku sendirian..
lalu aku menundukkan pandangan ku..
air mata yang bergenang itu aku tahan ia dari mengalir.
kerana aku sudah berjanji tidak mahu menangis..
tidak mahu menangis kerana peristiwa itu.

aku menekup kedua tangan ku ke muka,
menahan sakitnya hati,
aku pejamkan mata seketika,
menghela nafas yang tidak bermakna lega,
terbayang wajah ayah dan ibu,
terbayang betapa banyaknya dosa-dosa ku,
ibarat gunung, tidak mampuku tampung.

bilakah akan berakhir kisah ini?
bilakah akan berakhirnya dendam ini?
mengapa tiada siapa yang mengerti..
..segala bisikan hatiku ini.

Alangkah indahnya jika ia tidak pernah berlaku..
Alangkah baiknya jika kita tidak pernah bertemu..
kerana pertemuan itu punca kepada penderitaanku.

namun siapa aku untuk mengeluh begini?
aku hanya hamba Tuhan..
tidak layak bagi aku untuk mengeluh 
atas apa yang telah terjadi..

dan siapa aku untuk terus termenung begini?
bukankah aku diciptakan untuk menyebarkan risalah-Nya?
menyambung dakwahnya? 
mentadbir bumi-Nya?

namun semuanya tidak seindah bicara,
kerana jihad itu susah,
jihad itu payah..
aku perlukan kekuatan..
aku mendambakan sokongan..
aku dahagakan pengisian..
dan yang paling penting..
aku terlalu merindui TARBIYYAH..

adakah aku harus menunggu TARBIYYAH
datang sendiri kepadaku?
tidak bukan? 
aku bukan seorang insan yang bebas keluar
mencari apa yang aku mahu..
tapi aku ibarat insan yang terkurung.
mereka kata aku dikurung untuk dipelihara..

mereka tidak mengerti hati ku.
tidak pernah cuba untuk memahami siapa aku..
aku jarang mengeluarkan hujjah-hujjahku dihadapan mereka..
takut.. risau dimaki dan digelar suka menjawab..

kini aku hanya memberi makan iman ku
dengan tarbiyyah yang aku baca dari buku-buku
terkadang aku merasa jemu..
terkadang otakku buntu..
ketika itu hatiku menjerit..
DIMANA TARBIYYAH BUATKU??

lalu iman ku memujuk
'jangan kau berkata begitu..
Allah sedang mendugamu..
kerana Dia terlalu menyayangimu..
Dia mahu menjagamu dari maksiat..
Dia mahu mencuci hatimu
Dia mahu kau menangis mengadu kepada-Nya..
bukan kepada yang lain..
ingatlah..Allah tidak kejam.
tapi kita yang selalu kejam pada Allah..
kita sepatutnya malu..
malu kepada Allah kerana kita selalu mengabaikan-Nya
Tarbiyyah itu ada didalam dadamu.
tarbiyyah itu adalah ilmu yang kau pelajari dahulu..
jangan kau biarkan ilmu itu terbiar tanpa diamalkan..
sia-sialah segala usaha mu dahulu
jika ilmu kau biarkan sebegitu'..

Ya Allah..
maafkan aku Tuhan.
maafkan aku kerana sering mengeluh..
ampunkan aku.
maafkan aku.
maafkan aku.





---


*ambil iktibar*
*wassalam*

1 comment:

  1. kita selalu mengeluh dengan ujian yang Allah beri.
    kenapa? kerana keyakinan terhadap janji Allah itu kurang dalam hati kita.astaghfirullah.. apa perlu kita lakukan? istighfarlah.. minta ampun pada Allah kerana kita selalu mengeluh kerana ujian-Nya..sememangnya setiap ujian adalah untuk menguji iman seseorang hamba Allah. seperti firman Allah SWT : "adakah kamu akan dibairkan berkata "aku beriman" tanpa diuji?" (maaf, ana xingat surah ape..maaf sgt.)segala kesalahan yang pernah kita lakukan perlu kita insafi. jangan diulang.terimalah kritikan sebagai pemangkin untuk meningkatkan iman..tidak perlu terlalu defensive utk mempertahankan diri yang ternyata salah..
    Wallalhu'alam. :)

    ( waktu ana post ni, dah malam.. ana pun mengantuk tyme tu. jadi, xdpt tulis ulasan banyak2. maaf atas segala kesulitan ;) )

    ReplyDelete