Pages

Wednesday, April 6, 2011

tomyam ayam ^_^

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Alhamdulillah dah masuk bulan April dah.. Tak lama lagi masuk bulan lima. Eh, kenapa dengan bulan lima? hehe, tak ada apa lah~ ok, kali ni ana nak menyeru kepada anak-anak dara dan anak-anak teruna jugak untuk try masak tomyam sendiri. Senang. Seriously, memang senang. Campak2 je dalam periuk. (janganla campak betul2, masukkan lah elok2. )

Nanti bila dah siap, akan jadi macam dalam gambar ni. Baru siap masak tadi.. fresh lagi ye.. :)

whoa.. sedapnye~ >_<


Ok, nak resepi? meh sini nak bagi..

Bahan A
- 8 ketul ayam yang sudah dipotong, (kalau beli kat kedai biasanya orang akan minta yang "potong 12".amik 8 ketul.nak tambah boleh aje. )
- 1 batang lobak merah (potong suka hati)
- 1 labu bawang besar (dihiris)
- 2 batang serai (diketuk )
- 8 biji cili api (diketuk )
- 1 ulas bawang putih (dalam resepi kate 1, tapi ana suka letak 2. hehe)
- 1 sudu besar pes tomyam (kalau nak tomyam lagi pekat, letak lebih skit)
- 1 batang daun saderi (potong kecil2.kalau nak letak 2 pun xpe je)
- 3 helai daun limau purut (koyakkan)
- Air dan garam secukup rasa.

Bahan B
sayur yang digunakan :
-bunga kobis / kobis. (suka hati la nak letak ape.tomato pun boleh tapi ana xsuka letak tomato. :))

cara-cara membuat :
1. masukkan semua bahan A dalam periuk. renehkan sampai lembut.
2. masukkan sayur.
3. biarkan mendidih then tutup api.
4. you're done! hidangkan~ 

Selamat Mencuba!! :)

(credits to chef Hanieliza . tapi ade yang chef letak tapi ana tak letak.hehe :))

Try taw! anak dara, anak teruna, try la buat. at least taw la masak daripada x taw langsung. hehe. insyaAllah, lain kali resepi lain pula. :)

Wassalam~ 

No comments:

Post a Comment