Pages

Wednesday, May 11, 2011

sedar, terus bertaubat dan berazam kerana Allah.

* * *

3 hari berturut-turut Hafiz Saifullah tidak senang duduk. Seleranya makannya mula hilang pada hari kedua fikirannya berserabut. Setelah meminta kebenaran dari abinya, Saifullah mengambil laptop Compaq Presario CQ40 lalu dibuka didalam bilik tidurnya. Dada Saifullah rasa tidak selesa dan agak loya. Barangkali kerana seharian tidak menjamah nasi. Lagipun Saif memang menghidap penyakit gastrik. Tidak hairanlah sakit kepalanya semakin menjadi-jadi.

10.45 malam. Pada kebiasaanya waktu begini mata Saifullah masih segar menghadap laptop. Tapi malam ini matanya seakan-akan merayu agar dipejamkan awal. Namun Saifullah tetap mengagahkan diri kerana tekadnya untuk mendengar rakaman suara Ustaz Salam dalam ceramahnya mengenai sebuah Tafsir yang dikarang oleh As-Syahid Sayyid Qutb. Tafsir itu di beri nama 'Fi Zilalil Quran' yang bermaksud 'Di bawah Bayangan Al-Quran'. 45 minit berlalu dan mata Saifullah sudah tidak berdaya lagi.

"Aduhai.. Mata ni tak nak bagi chance la.. huarghh(mengeliat)"

Pointer mouse digerakkan kearah button "sign out" pada Yahoo messenger. Secara automatik, Saifullah online Yahoo Messenger pada telefon bimbitnya. Tiba-tiba telefon bimbit Sony Ericsson W205 miliknya berbunyi memberi isyarat mesej masuk.

"Siapa pula yang kirim mesej malam-malam buta begini?"

Saifullah menekan telefon bimbitnya dan membuka mesej yang masuk ke dalam inbox.

"ion_91: Maaf ganggu "


"oh, dari yahoo messenger.. Lia.."

Saifullah terus delete message tadi dan bersiap untuk tidur. Sebelum memejamkan mata, Saifullah bermonolog sendiri.

"Lia, mengapa kau masih belum mengerti? Bukankan sudah aku ceritakan kepada kawanmu tentang keadaanku? bukankah dia sudah menceritakan kepadamu tentang kondisi aku? Tinggalkan aku sendiri. Jalanilah hidup mu seperti seorang muslimah sejati. Jangan tergugat atas perpisahan ini. Padah jawabnya jika aku membalas mesej kau walaupun sepatah perkataan. Aku mesti taati perintah abiku. Mungkin kau tidak mengerti. Tapi aku mohon, kasihankan aku. Jangan hubungi aku lagi, Lia.."


Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” Riwayat al-Hakim








Saifullah mendoakan keselamatan imannya dan iman Lia. Agar mereka masing-masing redha atas ketentuan Tuhan.


….niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.[Mujaadilah, 58 : 11]


Beberapa surah pendek dibaca sebelum mata terlena. Akhirnya, Saifullah lena dibuai mimpi.

4.19 pagi. Satu mesej masuk kedalam inbox telefon bimbit Saiffullah.

" Saif, bangun2! Qiamullail jom!"
sender : fattah

Hai orang yang berkemul (berselimut),Bangunlah, lalu berilah peringatan![Al-Muddathir, 74 : 1-2]

Saif masih dibuai mimpi.

Kring..Kring..
fattah calling ...


missed call (1) : fattah


5.14 pagi. Perlahan-lahan Saifullah membuka matanya.

"Alhamdulillah.. aku masih bernyawa. Aik? Fattah ajak qiam kah?? aduhai, tak perasan pula.."

Saifullah bangkit dari katilnya, masuk ke tandas, mengambil wuduk dan laksanakan Qiamullai. Mesej Fattah tidak dapat dibalasnya kerana  kehabisan kredit.


Sepanjang hari Saifullah bingung. Mengapa dia tidak tenang sejak 3 hari yang lalu? Hilang selera makan pula.

5.00 petang. Saifullah berdiri diatas tikar sejadah untuk mengadapkan diri kepada Ilahi. hatinya terasa kosong. Dadanya sebak secara tiba-tiba. Lalu dilaksanakan solat fardu asar dengan perasaan sebak menyelubungi jiwa.

Selesai solat, Saifullah menadahkan kedua tapak tangannya. Suara Saifullah terketar-ketar dan tersekat-sekat  persis hamba yang sangat berdosa terhadap Tuhannya.

"Ya Allah, Ya Rabbul 'alamin.. Hamba terasa berdosa terhadapmu Ya Allah. Mengapa hikmah dan hidayah-Mu tidak menembusi hati ku? Terima kasih atas segala bantuan-Mu Ya Allah. Tanpa Allah, siapalah aku.. Ya Tuhan, aku semakin jarang berqiamullail.. Ya, mungkin itu penyebab kepada keresahanku. Maka ya Allah, bawalah aku kembali.. Bawa aku kembali kepada-Mu. Aku serahkan hidup dan matiku kepada-Mu Ya Allah. Jangan Kau biarkan aku kalah dalam jihad melawan nafsu dan syaitan laknatullah. Jadikanlah aku seorang yang sentiasa redha. Jangan Kau biarkan aku mengutamakan cinta makhluk melebihi cinta-Mu. Seandainya cinta makhluk itu menyebabkan aku berada dalam kebinasaan, maka jauhkanlah aku darinya. Dekatkanlah aku dengan-Mu Ya Allah.. Allah-lah tujuan hidupku. Kerana Allah-lah aku di sini. Kerana Allah aku berada di dunia ini. Untuk menjadi seorang pengabdi dan seorang Khalifah.."

Demikian rintihan Saifullah. Air mata yang bergenang tidak dapat ditahan lagi. Menangislah Saifullah kerana dosa-dosanya terhadap Tuhannya.

Seusai solat fardu asar, Saifullah kembali tenang. Nawaitu barunya, Qiamullail setiap malam untuk mengadu dan mengabdikan diri kepada Allah yakni Tuhan sekalian alam.


Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.[As-Shaff, 61 : 10-11]

Hai manusia, sembahlah Tuhanmu Yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa. (al- baqarah,ayat 21) 


* * *

sekian. ^_^

6 comments:

  1. alhamdulillah..ana pun suke gak~ ehehehe~ :)

    ReplyDelete
  2. erm..terkena lagi.
    kenapa banyak post hari ni yang banyak terkena pada diri.. wee, suka3.dapat mengisi hati yang kosong. (^_^)

    ReplyDelete
  3. sambil baca,sambil heart-wash~ sama2 kita jalani heart-wash~ :)

    ReplyDelete