Pages

Wednesday, May 18, 2011

segalanya diciptakan untuk kita.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Nurul Khalilah diserang selsema sudah melebihi 2 hari. Namun begitu, dia masih berdegil untuk tidak ke klinik. Sejak kecil lagi dia sudah tidak suka makan ubat-ubatan. Alhamdulillah, Khalilah bukanlah jenis yang senang diserang penyakit. Tetapi jika sakit, kebiasaannya sakit itu bukan sakit yang ringan. Jika demam, demam yang amat panas. Jika selsema, hidungnya akan berasa pedih. Sekali lagi, alhamdulillah, kebiasaannya sakit itu tidak mengambil masa yang lama untuk pulih. Selalunya dalam masa 2 atau 3 hari sudah sembuh seperti biasa.

Setelah sekian lama diberi nikmat kesihatan, Allah menguji Khalilah dengan kesakitan. Teringat kata-kata saudara kembarnya, Muhammad Al-Farisi yang dipanggil "Is". 

"Ila, bila kita sakit ni kan, sebenarnya Allah nak bagi kita rehat. Tapi, waktu sihat kena kerjalah~ hehe"

Khalilah tersenyum apabila teringat kata-kata saudara kembarnya itu. Mereka dilahirkan pada hari yang sama tetapi masa yang berlainan. Khalilah merupakan adik kepada Farisi tetapi dia lebih selesa memangil abangnya itu dengan nama "Is" sahaja.

Meskipun sakit, Khalilah tetap melakukan kerja-kerja rumah. Sementara menunggu keputusan Matrikulasi, Khalilah banyak menghabiskan masa di rumah. Manakala Farisi pula lebih gemar keluar dengan sahabat-sahabatnya untuk berusrah. Kadang-kala Farisi membantu murabbinya menguruskan Restoran milik murabbinya itu.

Hari itu cuaca agak panas. Sangat sesuai untuk menjemur baju sebanyak yang mungkin. Selesai membasuh baju, Khalilah mula memasukkan baju-baju tadi kedalam sebuah bakul berwarna merah untuk di bawa ke belakang rumah untuk dijemur.

Tiba-tiba..

tapp!

Bakul merah tadi terlepas dari pegangan Khalilah. Kepalanya sakit. Seakan-akan dicucuk. Terasa berat seperti dihempap dengan batu. Namun sakit itu tidak diendahkan. Khalilah meneruskan kerja-kerjanya. Selesai menjemur baju, Khalilah menarik nafas lega. Terasa mahu bermain dengan arnab-arnabnya yang diberi nama "Kiko" dan "Snow". Dengan wajah yang ceria, Khalilah mendekati snow yang berada di hadapannya. Snow dibelai. manja. 

Tetapi.. Dimana Kiko? Khalilah mula mencari di manakah arnab yang berwarna hitam dan berjalur putih di lehernya.

Kelibat Kiko tidak kelihatan. Di mana Kiko? Khalilah mula risau. Kemana perginya arnab itu? Dia mencari dengan bersungguh-sungguh di kawasan taman di belakang rumahnya. Namun, Kiko tidak juga dijumpai. Khalilah mula terasa lemah. Lembik. Seperti mahu pengsan.

Badannya perlahan-lahan mula rebah. Namun sempat disambut oleh saudara kembarnya, Farisi yang tiba-tiba masuk ke taman belakang rumah. 

"Ila kenapa ni? Lembik semacam je ni?"

"Kiko hilang.. Ila.. tak sihat.."

"Lah.. ni mesti kes tak pergi klinik kan? Memang la nak kene Ila ni. Takpe. Biar Is yang cari. Ila duduk diam-diam dalam rumah. Jangan bergerak! tahu?"

"haih.. Is ni. ye lah.."

Farisi mula mencari kiko di rumah jiran sebelah. Alhamdulillah akhirnya Is berjaya menemukan kiko. Is tersenyum apabila melihat Kiko sedang leka makan rumput-rumput yang segar di rumah pak cik Rashid. Sedar akan kedatangan Is, Kiko cepat-cepat melompat masuk ke dalam kawasan taman rumah mereka. Sungguh lucu gelagat makhluk Allah itu.

Setibanya Farisi di rumah,

"Ila, Is dah jumpa dah arnab tu. Ada kat rumah sebelah tadi. Tengah syok-syok makan rumput. haha"

"Yeke? memang la nak kene Kiko tu. Orang tengah risau, dy boleh pulak makan.. haih.. Tak nak bagi makan 1 hari! Geram ni!"

"Ye la, ape lagi la yang di boleh buat selain makan? Ape la Ila ni.. mane dia tahu Ila tengah risaukan dia. hehe"

Ila membuat muka tanda merajuk dengan Kiko.

"Lah.. dengan arnab pun nak merajuk ke? macam budak-budak lah Ila ni. Padahal dah nak masuk matrik dah..hehe"

Keadaan senyap seketika. Farisi sedar kembarnya itu terlampau menyayangi arnab-arnabnya. Kerisauan Khalilah tadi cukup untuk mengambarkan betapa sayangnya dia kepada makhluk Allah yang comel itu.

Farisi mengajak Khalilah yang tadinya berada di ruang tamu ke taman belakang rumah dan berjalan ke arah Kiko dan Snow yang sedang leka makan. Farisi membelai Kiko yang kelihatan khusyu' mengunyah.

"Semua ni Allah ciptakan untuk kita.. Ingat tak Muqaddimah Fi Zilalil Quran yang Is suruh Ila dengar tu?"

"Ingat.."

"Ha, kan Ustaz Salam ada sebut, semua yang Allah ciptakan ni untuk kita. Pokok-pokok ni, tanah ni, bunga ni, ikan-ikan dalam kolam ni, dan.. arnab ni juga.. diciptakan untuk kita. Jadi, kita mesti jaga mereka dengan sebaik mungkin untuk mendapat.. dapat ape Ila?"

"Redha Allah.."

"Pandai pun. Jadi, janganlah marahkan arnab-arnab ni. Diorang tak tahu gapo satu pun.. hehe"

Khalilah sekadar tersenyum. Dipandang wajah kembarnya itu, lalu dia ketawa kecil.

"Hehe.."

"Eh2.. Is serius dia ketawa pulak. Apsal ketawa ha?"

"Takde la. Is ni dah macam ayah dah. Dah la muka pun nak sama. Cara tegur orang pun hampir sama. Cuma Ayah lagi best la. hehe"

"Eleh. Satu hari nanti, Is akan jadi macam ayah. Is akan jadi seorang Engineer yang betul2 berguna untuk ummat. InsyaAllah."

"Baguslah."

Kedua beradik itu berazam untuk menjadi orang yang berguna untuk Islam. Seperti yang ayah mereka selalu pesan, 


"Ingat Tujuan hidup kita. Ibadah dan Khalifah [QS:(2:30) & (51:56)]." 


Pesanan ustaz Salam juga menjadi pegangan hidup mereka iaitu: 

"gunakan segala yang Allah cipta untuk kita untuk mendapat Redha-Nya."

---

Sekian. :)

No comments:

Post a Comment