Pages

Saturday, July 16, 2011

ummat zaman ini..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah kita diberi kesempatan oleh Allah SWT utk sampai kepada malam nisfu sya'ban. Alhamdulillah ya Rabb.. Alhamdulillah..

Petang tadi lebih kurang pukul 7.00 malam, ana dan 2 org sahabat berjalan menuju ke cafe B untuk menikmati nasi lemak sebagai juadah makan malam (ok, pelik jugak makan nasi lemak waktu malam..) sebelum solat maghrib di surau Ibadurrahman. Sebelum kaki ana menjejak ke cafe, ana dengar suara riuh-rendah, kecoh, sakit telinga ana.. 

'ya Allah.. mende bising-bising ni.. nk dekat maghrib pun nak bising kah?'
ana bermonolog sendiri..  

Ana teruskan langkah menuju ke cafe dan.. "ya Allah.. ade lawan bola rupenye.." spontan ayat itu keluar dari mulut ana. "huh.. patut pun bising sangat.. ade match bola.." kata salah seorang sahabat ana. "ish.. bising la.. tutup tv boleh x?" kata seorang lagi sahabat ana. Geram. Sakit hati melihat gelagat mereka yang langsung tidak peduli dengan azan maghrib yang bakal berkumandang pada bila-bila masa sahaja dari waktu itu.

Selesai membayar nasi lemak dan air milo di kaunter, ana mengambil tempat jauh dari televisyen yang menyiarkan perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Liverpool. Sesuap nasi ana masukkan ke mulut dan.. "wooooo! gol!!!" "dong! dang! gebum! ketuk3!<bunyi meja diketuk dengan kuat>" 

"aduhai.. ish.. dah la perempuan.. xbleh sopan lagi ke? saba je la.."
Ana membebel..

Kami teruskan menikmati juadah nasi lemak walaupun agak sakit hati dengan keadaan sekeliling..

Tiba-tiba ana terfikir.. 

'Ya Allah, dalam situasi begini, apa yang mampu hamba lakukan?'  

Ana terdiam.. Sebak.. Sedih..

'Ya Allah.. Maafkan hamba.. hamba tidak mampu untuk bangun dan menegur mereka di sini ketika ini..'

Hati ana menangis walaupun senyuman jelas terpancar diwajah kerana jenaka yang diceritakan oleh sahabat ana.

Seusai makan, kami bergerak ke surau. "eh, dah azan ea?" ana bertanya kepada kawan ana. "dah ni.." jawabnya. "hm..xdgr pun azan..ni tv pnye pasal  la ni.. haih.."

'ana bom jugak tv tu karang. semua xleh tengok. haha... (ok, just gurau..) :P'
membebel sorang-sorang.

Lihatlah ummat zaman ini.. betapa lupanya kita pada Allah.. sehinggakan kekhusyukan menonton bola itu melebihi kekhusyukan solat.. na'uzubillah.. berapa ramai muslim yang melewat-lewatkan solat semata-mata kerana menonton bola? 

tidak salah mahu menonton perlawanan bola or badminton or what so ever.. tapi, tengok time lah ye.. kalau waktu solat tu, stop lah dulu.. Allah lebih utama dari segala-galanya.. jangan jadi islam pada nama, tetapi masuklah ke dalam islam secara 'kaffah' yakni keseluruhan..


 Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. (al-Baqarah : 208)
Wallahu'alam..
a'qilah hasmizi
Matrik Melaka, asykuru 'ala Islam fi hayati.. :)


No comments:

Post a Comment