Pages

Tuesday, August 23, 2011

Bila dah balik rumah.. mule la semangat nk menulis kann..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Memanglah seronok bila dapat balik rumah kan? Xde lah kene pegi dewan kuliah yang sejuk tu.. xpayah submit tutorial.. tak payah submit report.. (untuk 2 minggu cuti ni je la kann) Ok, memang ana tak berapa excited nak balik rumah hari jummat minggu lepas sebab ana tahu.. ade cobaan menanti.. dan apekah cobaan itu? 

T.E.N.S.I.O.N

Kenapa tension? Sebab...

1) bila study then x faham, kat mana nak cari lecturer heh?
2) bila mengantuk menguasai diri, ape kita akan buat? tdo kan? haih..
3) bila tak dapat settlekan soalan, nak pi tanya sapa? rase cam nak hantuk kpale kat dinding.. (eh3.. jangan.. menzalimi diri namenye tu..)

Hwaa.. mane bleh mcm ni!! kalau berterusan mcm ni abis la semangat guey.. tak semangat la nak study nanti! x_x..

bagaikan burung patah sayap kanan..
HA! 
sayap kiri kan ade.. gunakan sayap itu dengan sebaiknya..


Bak kate Ibnu Sina : "Ilmu ummat Islam adalah lebih baik."
So, kte ummat Islam mesti la pandai kan? Sebab Ibnu Sina kate mcm tu. kan3? 


this is ibnu sina ^_^

lagipun Allah kate Nabi tidak mewariskan apa2 melainkan ILMU kan?
dan3.. pernah dengar tak ayat macam ni " semua Ilmu itu adalah milik orang ISLAM maka carilah ilmu dengan sungguh2. (lebih kurang cm ni la ayat dy.. ana bace dlm Gen-Q)

So, kita semua sebenarnye boleh jadi genius laa kan? kalau tak, takkan la ayat2 mcm ni ditujukan untuk kita kan? Walaupun sudah berusaha tapi belum berjaya, mungkin usaha itu belum mencukupi. Allah nak kita usaha LEBIH LAGI supaya jadi seseorang yang benar2 mantap! (ok, motivasi penuh di dada! ^_^)

lets talk about Tempat kita blajar plak..
Dan adakah anda suka jika anda berada di institut pengajian yang super mantop-lah akademiknye tapi tarbiyyah... tiada..

tak rase itu menyedihkan ke? so, lepas ni, kita sama2 doa supaya Allah tempatkan kita di tempat yang terbaik untuk iman kita, akademik kita, tarbiyyah kita dan aktiviti dakwah kita. So that xde laa yang akan cakap " aku berubah sebab WAQI' tempat aku belajar yang menyebabkan aku jd mcm ni!"

dia pi salahkan tempat tu plak. sape suruh tak doa supaya dikekalkan dalam waqi' Islam and biah solehah? (ok3, sorry kalau agak kasar) mungkin xtahu n xsedar kan kita sepatutnya doa mcm ni.. xpe2. skrg dah tahu kan? doa3! :)

sahabat-sahabat yg dirahmati Allah sekalian..
ana tahu, waqi' kita semua dah lain dan berbeza2. ada yang kekal dalam biah solehah.. ada yang bertambah mantap biah solehahnye.. tapi tak kurang jugak.. yang hanyut ibarat tak pernah tahu apa itu agama.. (eh ade tau, sbb tu ana cakap. asif kalau ade yang x setuju..)

Harapnya kalau ada sahabat2 yang membaca tulisan ana yang tak de lah mantap mane ni.. (akibat xrajin bace buku novel bahasa berbunga..) jika anda berada dalam biah solehah, alhamdulillah. mabruk dan kekalkan berada dalam suasana sebegitu.. jika anda tidak lagi berada dalam biah yang sepatutnya bagi seorang muslim, ana sarankan agar jangan tinggal Quran. bak kate kak Hanim(love her fillah :)), "quran is our source of energy." Dan mesti3 doa pada Allah supaya pertemukan kita dengan sahabat2 sefikrah dalam Islam. (bukan sefikrah yang boleh menghancurkan Islam ye..) Doa juga supaya Allah meletakkan kita dalam biah solehah. penting tau biah solehah ni. SANGAT3 PENTING YE..

Dah macam nenek pagi pesan pada cucu je.. panjang berjela.. tapi xpe la kann..

"... dan saling berpesan-pesan kepada kepada kebenaran dan saling berpesan-pesan kepada kesabaran" (al-asr : 3)
jom doa same2! 


"Ya Allah, Ampuni dosa-dosa kami, dan dosa-dosa kedua ibu bapa kami. Kau kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihi kami sejak kami kecil hingga kini.. Ya Allah, hanya Engkau pemilik hati-hati ini. Hanya Engkau yang tahu apa yang ada di dalam hati-hati ini. Jangan Kau biarkan kami alpa, leka dan terpesona dengan keindahan dunia yang sementara. Ya Allah.. Kekalkanlah kami dalam nikmat Iman dan Islam yang sebenar-benarnya(3x).. Ya Allah, himpunkanlah kami bersama-sama dengan para solihin, para pengabdi yang mencintai-Mu dan dicintai-Mu Ya Allah. Ya Allah, jika kau takdirkan kami mati, matikanlah kami dalam Iman dan Islam.. Ya Allah, pelihara kami dari sifat2 munafik dan fasik yang keji ya Allah.. Ya Allah.. bantu kami untuk memelihara 10 muwasofat tarbiyyah ya Allah.. bantu kami untuk mendapat kejayaan yang super cemerlang dalam agama dan akademik kami ya Allah.. pekenankan lah ya Allah.. pekenankanlah doa kami ni Ya Allah, Yang Maha Mendengar, yang Maha lembut, yang Maha Mengasihani, Yang Maha Pengampun, Yang Maha Agung, Yang Maha Penerima Taubat.. Amin..Amin..ya Rabbal 'Alamin.."







ok, ana rase cukulah setakat ni.. semangat dah membara ni. ape lagi, laksanakan tanggungjawab lah kann.. nanti kat akhirat Allah tanye, ape yang kamu dah lakukan sewaktu di dunia, abih la ana xleh nk jawab kalau tanggungjawab tidak terlaksana..


bi taufiq wannajah..
:)

No comments:

Post a Comment