Pages

Monday, August 1, 2011

muhasabah Ramadhan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT, kita masih bernyawa dan dapat sampai ke saat-saat yang sangat ditunggu-tunggu.. Ramadhan..

Moleklah kiranya kita saling ingat-mengingatkan agar kita tidak akan pernah terlupa siapa sebenarnya diri kita. Masihkah anda ingat apa tujuan utama kita? Ingat tak? ingat? tak ingat? ok, meh sini ana bagitahu ea..




 Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". (al-Baqarah : 30)


Baik, ini untuk yang pertama. Penerangan ringkas melalui pemahaman diri ana yang ilmunya tak setinggi mana.. ada sebuah hadith yang mana matannya berbunyi begini "setiap dari kamu adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab keatas apa yang kamu pimpin." Subhanallah, kena sangat dengan suruhan Allah dalam surah al-Baqarah tadi. Tetapi sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, "pemimpin" itu bukanlah bermakna seseorang dengan pangkat semata-mata. Malah, setiap individu itu adalah pemimpin. Pemimpin untuk diri sendiri! Subhanallah, sedar atau tidak, kita banyak menganiayai diri kita sendiri kerana acap kali gagal dalam membimbing diri sendiri.. 


(muhasabah diri sebentar.. tarik nafas, menaip semula.. insyaAllah..)

Dalam kesibukkan ini, ana masih menyahut seruan dakwah agar dapat menyampaikan apa yang patut ana sampaikan pada anda, sahabat-sahabat muslim fillah.. Allah, berkati usahaku pada setiap saat dan waktu..

Ana terpaksa mengangkat jari-jemari ini lebih awal.. Asif.. insyaAllah akan disambung dengan tanggungjawab kita yang kedua.. (insyaAllah, penerangan melalui pemahaman diri... dari surah ad-dzariyat : 56)

salam a'laik.
uhibbukum fillah. 
Matrik melaka, 1 Ogos 2011.

No comments:

Post a Comment