Pages

Monday, August 22, 2011

ukhuwah itu indah.. kan?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ






"sesungguhnya setiap muslim itu adalah bersaudara maka damaikanlah antara keduanya.."
(potongan dari al-hujraat : 10)

Tiada ikatan persaudaraan seindah ikatan yang berdasarkan akidah yang benar. Tiada sahabat sesetia sahabat seperjuangan fillah. Tiada kekuatan selain kekuatan dari Allah SWT. Ya Allah, ana merasakan betapa indahnya ukhuwah, manisnya iman, damainya kehidupan apabila segala-galanya disandarkan hanya pada Dia. Baru berpisah beberapa hari dari sahabat-sahabat, ana sudah merasakan kerinduan yang teramat. 

Teringat waktu berbuka bersama-sama sahabat.. Makan dalam talam.. 



mengimbau kenangan ....  

(surau Ibadurrahman, Matrik Melaka.)

"Eh2.. sape xde tmpat lagi?? satu talam lima orang tau.. sape lagi xde tempat? sini2. haa.. kan cukup tu.. :P" Kecoh ana waktu ni..

"aqilah3! sini3! dia duk suruh org isi talam, dia xde talam lg. sini laa~" ajak ida.

"Aaa.. ok3!" sambil lari2 anak dalam surau. 

"eh, xnak lagi la.. jap lg ana dtg ea.." bangun semula dan berpusing2 dalam surau. ape ntah yang ana buat.. hehe..

"aqilah, sini laa..." ajak hajar sambil tunjuk ke arah talam yang belum penuh orang.

"hehe.. ana duduk dgn ida dengan kak nadia kat sane.. xpe ea.. ha! kak nadia ade buduuu~ haha.." kak nadia memang minat budu walaupun bukan orang pantai timur.. ^_^

"ala.. ok la, xpe2. ^_^" kate hajar sambil tersengih.

"dah la qilah... duduk diam2 la. haih.. duk sini. dah nak azan dah." ida tarik tangan ana.

"baik3.. yela3.." duduk dan mate ana focus pada budu yang kak nadia bawa. ana terketawa kecil. :)

Seorang muslimin bangun dan memimpin bacaan doa. 

"Ha!! suapan pertama dari sahabat ea.." tiba2 sorang lg muslimin mencelah.

"dari sahabat? no hal-lah! dah biase.. kak nadia! Aaaaaaaa! " dengan happynye  menyuap orang.

"QILAH!!" aduhai! 2 (2 ke..3.. xingat sgt la..) orang skali gus nk suap ana..  cmane ni.. >_<

"nk yang dekat la. yang tu jap ea.. hehe.." makan dengan happy~

"nadia, nak budu!!" kak maisarah pun minat budu?? 0o ha'ah la.. dia belajar kat kelantan kan dulu..

"kak nadia.. muslimin nak budu.." kate ida.

"HEH??!" ana terkejut. hehe..

"Waaa.. muslimin pun minat budu kah??" kak nadia pun tak kurang terkejutnye..

muke masing2 pandang budu dengan penuh rase geli hati.. >_<

makan punye makan...

"alahai.. xabis la.." ana tolak makanan dalam talam pade kak mai.. 

"eh! ape ni!! xnak3!! qilah!!" kak mai bersuara..

"eh, kak, rezeki jgn ditolak.. suami soleh! suami soleh! habiskan!! hahaha!" ana xsanggup lagi nak makan.. pakse kak mai habiskan. :P

"eh2.. aqilah xnk suami soleh ke???" dia mule dah.. menyakat ana..

"sape x nak... mestila nak.. tapi makanan ni khas utk akak! makan3! chaiyok3! kak mai3!" ana xnak kalah.. 

"meh sy suapkan aqilah.. tolong la same2 habiskan.. please.." kak mai merayu.. aduh.. susah nk tolak ni.. relakan diri je la..

"ye..la.. demi suami soleh!" <<merepek apekah?? (ok, ana mmg gile2 skit dgn sahabat2 kat sane.. :P)

"eh.. suami soleh aje dia ni" ida masuk line.

"sudah2! xlarat.... tolong laaa...." merayu cm pe je..

akhirnye...

"HABIS!!!!!"

alhamdulillah!!!

"ok, jom basuh talam!"

"JOM!"

then kami solat, then tunggu isya..

"iyah3!"

"eh,qilah nk gi mane lari2 tu?" tanye shahira.

"ana.. nak minum air siraici(sirap+laici)!!!! :)"

"eh2.. ha, pegi lah. hehe.."

"qilah! nak ikot!!" kak mai dn hajar turut serta ke expidisi minum air siraici.

minum punye minum, azan isya.. 

bergerak ke toilet, ambil wuduk, buat saf.. 

* * *

Ya Allah.. rindunye sahabat2.. kan best kalau dapat berbuke dengan 'Afifah Md Akhir n Atikah Syamilah n Aida Nadya n sahabat2 maahad yg lain.. Ana rindu kalian semua.. serius.. rindu.. 

Allah, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. Sesungguhnya aku akur Ya Allah, aku redha atas perpisahan antara aku dan sahabat2 maahad. Kerana antara golongan yang mendapat naungan arasy Allah di padang mahsyar kelak adalah dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah.. Allah, pelihara sahabat2ku walau dimanapun mereka berada. peluklah hati mereka agar mereka tidak lalai dari mengingati Mu. Lindungilah mereka dari maksiat yang boleh membakar iman mereka.. ampuni dosa2 mereka ya Allah.. amin..

Ukhuwah fillah Abadan Abada. Sampai syurga. amin..


No comments:

Post a Comment