Pages

Sunday, October 2, 2011

Dia Kekasih Allah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



* * *
malu rasanya mengatakan cinta
kepada dia kekasih Allah
kerana dia insan mulia
sedangkan diriku insan biasa
kupujuk jua hati dan jiwa 
meluahkn rasa cinta membara
didalam pujian ucapan selawat 
tanda penghargaan seorang ummat
selagi upaya ku turuti ajarannya
apa terdaya ku amalkan sunnahnya
moga di dunia mendapat berkat 
di akhirat sana beroleh syafaat
kerana peribadinya aku terpesona
kerna budinya aku jatuh cinta
rinduku padanya tiada terkata
nantikanlah daku ditaman syurga
ya Rasul.. kurindu padamu..syafaatkan daku
ya Rasulullah.. syafaatkan daku.. kurindu padamu
sesungguhnya apa yang ku dambakan 
adalah cinta Allah yang Esa
kerana cinta kepada Rasulullah bererti cinta kepada Allah

hijjaz :: Dia Kekasih Allah

* * *

Allah.. hadirkanlah rasa cinta dalam diri kami terhadapMu dan RasulMu.. Moga didunia mendapat berkat,  diakhirat sana beroleh syafaat..
Ya Rasulullah.. Syafaatkan kami.. Kami rindu padamu.. 
Maafkan kami ya Habibullah seandainya kami gagal mengamalkan sunnahmu.. 
Ya Rasulullah.. Seandainya kau berada disini.. ketika ini.. pasti kau akan sedih melihat keadaan kami.. Maafkan kami ya Rasulullah..

Allah.. kuatkan kami untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar.. Tiada yang mampu memberikan kami kekuatan melainkan Kau ya Allah..

Aku yakin dengan firmanMu ya Allah.


كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

kuntum khairu ummah..

Sheikh Sya'rawi berkata : Sesungguhnya iman bukan semata-mata ucapan tetapi memerlukan ujian untuk menthabitkan bahawa kamu diuji dan berjaya dalam ujian. Fitnah merupakan ujian, justeru jangan menyangka masalah berlaku secara mudah dengan hanya berkata kami membawa dakwah kebenaran.


Allah, moga kesibukkan ini diredhaiMu. Moga apa yang masuk kedalam ingatan dan hatiku diredhaiMu. Moga segala ilmu yang aku pelajari mendapat keberkatanMu. Permudahkan urusanku dan sahabat-sahabatku. Kurniakan kami kejayaan 4 flat ya Allah.. Kurniakan kami rezeki yang melimpah ruah. Bantu kami untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Redhailah rezeki yang Kau kurniakan kepada kami. Allah.. Kuatkan semangat dan tekad kami. amin ya rabb..





Sumber & Rujukkan :

1) Al-Quranul karim
3) nasyid hijjaz - Dia Kekasih Allah

No comments:

Post a Comment