Pages

Sunday, October 23, 2011

waqi' yg berbeza dari dulu


يسم الله الرحمن الرحيم

Salaam wbt sahabat2 pembaca,
Di sini ana ingin berkongsi cerita sebagai hamba Allah sepenuh masa di matrikulasi Melaka yang sejuk dan berangin ni(sebab atas bukit n dekat dgn pantai). Hampir satu semester ana tinggal di sini, macam-macam jenis manusia ana jumpa. Masya-Allah, waqi' di sini sagat-sangat berbeza dari dulu. Maksiat tu tak payah cari, jalan je depan library or cafe, mesti jumpa org tgh buat maksiat. Allah, thank you for giving me strength by giving me such a great friends. My brothers and sisters fillah and insya-Allah, ukhuwah ila jannah. amin ya Allah. 

Berada dalam satu kelompok sefikrah, sangat-sangat memberi kekuatan yang luar biasa untuk kami. Muslimin, muslimat, saling membantu satu sama lain, umpama adik beradik. Sahabat2 NTP(nadi tarbiyyah pelajar) ibarat kekuatan yang jarang kami perolehi. 

Semalam, selepas ana dan sahabat2 bermain bola tampar, kami singgah ke cafe B. Macam biasa, nak sarapan. Perut pun memang tengah lapar waktu tu. Tiba2 ana teringat pesan seorang sahabat muslimin NTP.

"aqilah, enti kan jpp, tubuhkan satu group cegah kemungkaran kat cafe tu. tak tahan mata ana menengoknye."

"hm.. berat tugasan tu. apa2 pun, ana n sahabat2 akan cuba.."

Ana cerita pada sabahat2 perihal pesanan muslimin tu. Sahabat2 ana dengan bersemangatnya, mengajak kami laksanakan amar makruf nahi mungkar time tu jugak. Dari meja yang kami duduk, kami beralih ke meja sebelah satu pasangan lelaki dan perempuan. ana duduk sebelah perempuan tu dan lelaki tu memang dalam pandangan mata ana(depan perempuan tadi, so ana mmg nampak laki tu). Lelaki tu (sape ntah nama dia, ana pun x tau) nampak la segan dan dia pusingkan badan dia. Tiba-tiba sahabat ana mulakan bicara..

"Qilah! JPP tau x pasal kes budak kissing kat dk hari tu??"

"Heh? Yang mane ea? Yang kene tangkap tu ke ape?"

"Alaa.. yang kat dk tu.. ye kot.. yang kene tangkap tu kot.."

"banyak sangat la kes teruk2 sampai ana pun xdapat nak kenal pasti yang mana.. haihhh.."

Then pasangan tadi blah. Pergi meninggalkan kami. Kami ramai waktu tu. lebih dari 8 orang. Ana dan sahabat2 memang suka bergerak dalam jemaah(kumpulan). Memang mana2 kami pergi, kebanyakkannya berkumpulan. so, orang pandang2 tu biasalah. Mane taknye, sekumpulan perempuan bertudung labuh baju longgar jalan sama2.. Itu agak pelik bagi mereka.. tapi tidak bagi kami. 

Petangnya sahabat ana dengan beraninye tegur sekumpulan lelaki yg mana dalam kumpulan tu, ada sorang je perempuan dan perempuan tu share ABC dengan salah sorang lelaki tu. Bicara bermula..

"korang adik beradik ke hah?"

"xder ah. sepupu.. haha.."

"Owh.. sepupu bleh share makanan ke hah?"

"ah, ko jawab arh." (dy point pada kawan dy yg share mknn dgn perempuan td n dy blah. ok, ini kah kawan? meninggalkan kawan yg tengah dalam "soal siasat" oleh tentera Allah?)

Subhanallah.. Berani sungguh sahabat ana ni. Ana pegang bahu dia waktu dia tengah tegur lelaki2 tadi. Ana genggam tangannya bila sesi teguran itu berakhir. "tahniah sahabat.. sungguh berani. InsyaAllah, tindakan fillah. Ana bangga dgn enti, sahabat." Tautan ukhuwah terasa. seperti embun pagi yang fresh, menyegarkan sesiapa saja yang terkena titisannya.. subhanAllah..

"sahabat2, sahabat kita yang sorang ni sangat berani. Keberaniannya xdapat dinafikan lagi. Kita kena contohi dia." Ana bersuara.

"Sahabat, kalau ada orang kacau, panggil kami! ingat, kita ramai, ukhuwah kita fillah, kita pasti kuat dengan izin Dia. Ingat sahabat, kalau laki2 tadi kacau, pangil kami. "Kata salah sorang dari kami.

Sahabat fillah. sekali lagi embun ukhuwah terasa segar di hati kami.

Waqi' yang berbeza. Di sini tidak dinafikan, ada bi'ah solehah, ada juga suasana macam neraka. Allah, kami takut bala Allah akan menimpa kami dek kerana maksiat yang.. na'uzubillah.. Allah, peliharalah bumi KMM.. Rahmatilah bumi KMM.. amin ya Allah.

 ukhuwah.. saaaampai syurga. :)
(just display. gambar dr phone xdpt di upload.. xde usb cable.. )






   

3 comments:

  1. insyaAllah..sama2lah kita berpaut pada jalan Allah..:)

    ReplyDelete
  2. :) syukran atas komen2 membina.
    insyaAllah, moga sama2 kekal dijalannya..
    "ya muqallibal qulub.. thabit qulubana 'ala dinik" amin3.. :)

    ReplyDelete