Pages

Saturday, November 26, 2011

Kerana kewajipan bukan suatu pilihan. Kewajipan itu suatu tuntutan.


يسم الله الرحمن الرحيم 
sekadar perkongsian dari diriku, buat dirimu. :)



Jom dengar cerita.. 

Petang itu Nusaibah keluar dengan kawan dia ke kedai makan. Saja-saja makan diluar sebab selalu masak sendiri je. Bosan. Dalam perjalanan, Nusaibah buka topik dakwah. Borak dan borak dan borak..

dia : well, itu semua pilihan diorang samada nak commit atau tidak. pandai-pandai la diorang buat pilihan sendiri..

Nusaibah : O0 macam tu pulak.. Macam simple je bunyinye tu.. So, kau rasa kerja dakwah ni boleh pilihla sama ada nak buat atau tidak? macam tu? 


Kereta abi dia buat macam kereta sendiri. Agak laju Nusaibah drive pagi tu.

dia : well, depends. Kita tak boleh nak paksa orang kan? Biarlah dia. Asalkan dia bahagia. Kenapalah kita sibuk2 nak involve dalam life orang lain lah, ajak buat baik la, jangan couple lah, kau la ni. Suka sangat sibuk-sibuk hal orang. Jap2 kau kate "Eh, Allah marah kalau buat gini2.." Biar la nanti dia tanggung sendiri. Kau tak payah la sibuk2. HabluminAllah wa habluminannas. Hubungan manusia kau kene jage gak. Kau duk dakwah2 orang, nanti diorang benci kau. Ha, kan dah langgar ayat tadi. Aku pun pandai main ayat Quran la. Bukan kau dan geng2 kau jep.. 

Nusaibah : Oo.. Kau ingat Quran tu PS2 ke nak main2 dengan ayat2 Dia? Biar aku bidas balik ape yang kau cakap tadi. Kau dah sedia belum nak dengar aku pancung kata-kata kau tu? Aku bukan marah, tapi sekarang dengan tegasnye aku nak bagitau kau, aku buat semua tu bukan sebab saja2 or suka2 okay.. Aku buat semua tu ada sebab.

dia : Haha.. bereh. silakan pancung ayat2 aku. kalau kau mampu la. 

Nusaibah : Dengar sini kawan. Siapa kita untuk buat apa yang kita suka atas muka bumi Allah ni? Kita duduk atas muka bumi Allah ni ada mission. Kita ada kerja yang perlu disettle kan. Tapi tak semua orang tahu. 


Lampu merah. 


Kereta Waja silver itu berhenti di simpang tiga menghala ke kajang.


Nusaibah membuka plastik coklat then gigit sikit, and sambung balik..


Nusaibah : Sebab tu aku dan kawan-kawan aku sibuk-sibuk buat talk and usrah segala bagai untuk bagitahu siapa kita sebenarnya dan kita sama sekali tak layak untuk buat apa yang kita suka dalam masa yang sama Allah murka. Boleh nak buat benda yang kita suka, asalkan perbuatan itu tak melanggar hukum Allah. Quran. Quran manual kita. Panduan kita untuk bagitau kita apa yang patut kita buat. What is Quran? KALAMULLAH! Ia mengandungi PERINTAH TUHAN KITA. Dalam Quran Allah suruh kita menyeru kepada yang makruf(baik) dan mencegah kepada yang mungkar(kejahatan). Hujjah aku, aku buat semua kerja2 dakwah ni sebab Dia suruh. Tujuan utama kita diciptakan adalah untuk buat apa yang Dia suruh. Aku tak nak fikir benefits untuk diri aku tapi semua ni sebab Allah; Tuhan aku dan kau which is Tuhan seluruh alam yang suruh. HabluminAllah dulu, baru habluminannas. Hubungan dengan Allah lebih utama dari hubungan dengan manusia. Memang hubungan dengan Manusia kena jaga. Thats why aku dan kawan2 aku bukan just duduk diam muncung muka bila jumpa orang or orang datang jumpa kitorang. Kitorang layan sebaik yang boleh. Sebab apa? Untuk jaga habluminnannas. Dua2 tu mesti ada. Tapi bak kate orang, first come first serve lah kan? so, HabluminAllah ayat depan, habluminannas ayat blakang. HabluminAllah comes first, so itu yang lebih aula(utama). Kau main bantai je tafsir ayat tu ikut suke kau. Mane bleh macam tu. Nak tafsir kene tengok kitab tafsir dulu. Islam is indeed easy but don't ever take it easy, kawan. Clear tak penjelasan aku untuk refresh balik otak kau?  

suasana sepi.

dia : ok r, aku tau aku silap cakap. Tapi aku still tak puas hati sebab kau selalu nak campur hal orang2 yang malas pergi aktiviti surau ni. K la, dah sampai ni. Aku nak makan. Nanti kita sambung. Kang tercekik aku makan, aku cekik kau. haha.. xde r.. jom2.

Nusaibah : (senyum) bereh jep~

Coklat yang belum habis dimakan disimpan ke dalam tas tangan birunya dan dia berjalan keluar dari kereta ke kedai makan.



(to be continued insyaAllah)

No comments:

Post a Comment