Pages

Sunday, November 27, 2011

Kerana kewajipan bukan suatu pilihan. Kewajipan itu suatu tuntutan. part 2.


يسم الله الرحمن الرحيم 
sekadar perkongsian dari diriku, buat dirimu. :)


Suasana agak sepi di restoran Old Timer, Bangi.

dia : Alaa.. Aku tak puas hati la.

Nusaibah : Bakpo mung nih?

dia : Kau la ni. Aku rase nak cakap pasal hal tadi lagi. Aku tak bleh duk diam la.. tak keruan aku dibuatnye..

Nusaibah : Nak sambung boleh jep~ Aku akan cuba sampaikan apa yang aku yakini pada kau. Aku bukan cakap bende yang aku reka.. Aku cakap bende yang aku blaja.

dia : okay2 fine. Kebetulan aku pun dah habis makan, aku cakap semua yang terbuku dalam benak fikiran aku ok? Sambil-sambil tu kau habiskan makanan kau.

Nusaibah : bereh..

dia : Ok, kenapa kau nak paksa-paksa orang pergi surau and join aktiviti surau? bukan ke Allah kata " La Iqraha fiddin? " Tiada paksaan dalam agama? Dan, kan dakwah itu mesti dengan hikmah? Kalau orang dah tak nak dengar, tak payah la kau teruskan lagi "usaha dakwah" kau tu esoknye. Ni tak. Asal masuk azan je geng-geng muslimin sekepala dengan kau tu duk bace Hadis pasal kepentingan solat berjemaah dengan suara keras. Aku yang muslimat ni pun naik sakit hati bila diorang announce pasal Hadis tu.. Macam perli aku je. Then, tak panas ke hah pakai tudung besar-besar ni? Kau tak rase macam orang usha kau ke bila kau pakai baju lain dari orang lain? Nah! itu dah menarik perhatian tu. Bagi aku la, boleh je nak tutup aurat.. Tapi tengok waqi' la.. Kalau dah ramai orang pakai biasa-biasa, ikut la pakai biasa-biasa. Kau tengok aku. Tertutup what aurat aku? Ade kau nampak warna kulit aku? xde kan? ha.. Tu lah bende aku nak kau jawab.

Nusaibah selesai membaca doa sesudah makan dan termenung seketika.

dia : Kenape kau senyap ni.. Dah kalah ke?

Nusaibah sekadar tersenyum.

Nusaibah : Aku tak rasa aku kalah.. Cuma aku rasa sayang je..

dia : Sayang? Aku tak faham..

Nusaibah : Tak pe, last-last nanti aku bagitahu kenapa aku rasa "sayang". Biar aku jawab yang kau tanye tadi ea? 

dia : okay..

Nusaibah : Kenapa aku dan kawan-kawan aku duk paksa-paksa orang join aktiviti surau.. Ktorang tak paksa kot. Kau je yang terasa dipaksa. Mungkin kau rase kene paksa sebab hari tu roomate kau kejut kau pukul 5.30 pagi untuk pergi solat subuh kat surau kan? sebab ada aktiviti College Islamic Festival kan? Aku dengar cter dia kejut kau 3 kali.. Betul? 

dia : Ha'ah. Memang la mengacau jep..

Nusaibah : 3 kali dia kejut kau, then dia dah tak tau nak buat macammana dengan kau yang liat ni, then dia just pergi, right? Ade tak dia pergi acu pistol kat kepala kau supaya kau bangun?

dia : erk... Mesti lah tak.. Pehal kau ekstreem sangat ni?

Nusaibah : Macam tu pun kau rase terpaksa ke? 

dia : sikit r.. (mula tunduk)

Nusaibah : Di akhirat kelak setiap manusia akan ditanya atas setiap tingkah-lakunya. Kalau lah roomate kau tu langsung tak kejut kau, dia biarkan kau tidur, then kau terlepas subuh.. Nanti dia kena tanya kat akhirat nanti kenapa dia tak kejut kau. Then free-free je dia kene dengan Allah. Kau .. Tak de rase kesian ke kat dia?

dia : Alah.. Dosa aku aku tanggung sendiri lah!

Nusaibah : Kau sanggup masuk neraka ke?

dia : (tunduk. Air mata mula mengalir)

Nusaibah : Aku dah 6 tahun hidup dengan kau. Kita sekolah sama-sama. Boleh kata ilmu yang aku ada sama macam yang kau ada. Pasti kau tahu dalam neraka tu.. keadaan dia macamana.. kan? "La iqraha fiddin" Tiada paksaan untuk menganut agama islam. Tapi kau lupa.. Ayat selepas tu.. "Qad tabayyana rushdu minal ghaiy" Sangat jelas mana yang betul dan mana yang salah. Kenapa nak ikut jalan salah? Dan, ayat tadi untuk orang kafir. Untuk orang islam, ayat ni .. "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam islam secara keseluruhan. Dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi mu." (al-Baqarah : 208). 

dia : (sedakar termenung)

Nusaibah : Next, kenapa duk ajak2 orang pergi surau solat jemaah dengan nada tegas? "kuntum khaira ummatin ukhrijat linnas takmuru na bil makruf wa tanhauna 'anil mungkar wa tukminuna billah" (Ali Imran : 110). Dakwah memang kene tegas. Sahabat-sahabat Rasulullah pun kena tarbiyyah dengan cara tegas. Lagi pun, Ini tanggungjawab.. Dah memang tanggungjawab kita utk ajak kepada yang baik, cegah kepada yang jahat. Bukan tanggungjawab aku sorang.. Tapi kau pun same.. Sebab kau dan aku, takde beza.. Next, muslimin bagi tahu aku sendiri, diorang takut nak usha perempuan yang tutup badan diorang dengan sempurna. Baju longgar, tudung labuh, berstoking, jaga tingkah laku.. Diorang sendiri bagitahu aku dan kawan-kawan aku supaya buat something biar ramai muslimat kat kolej tu berubah and pakai pakaian yang senonoh. Kau tengok baju kau. Memang tak nafi tak nampak warna kulit kau. Tapi.. bentuk badan kau tu kau tak rase aurat ke? Kau jangan kate kau tak tahu. Aku sekeh kau karang. Kita sama-sama belajar dalam kelas Quran Sunnah time form 5 kot. Lastly.. Hukum Allah tak pernah berubah.. Allah kata kena pakai baju longgar, tak jarang, tidak menzahirkan perhiasan kepada yang tidak sepatutnya.. (an-nur : 31). Maka itu lah yang sepatut kita buat.. Takkan berubah kawan.. Sekalipun orang sekeliling kita tak ikut apa Allah suruh, kita perlu.. stick. stick kepada arahan Allah. Tadi kau kate kau muslimat.. Tapi kau.. Tak wujudkan ciri-ciri seorang muslimah yang sebenar dalam daily life kau.. 

Nusaibah menghela nafas. Air mata mula bergenang. Dia tewas. Air mata yang ditahan mengalir juga akhirnya

Nusaibah : Aku rasa sayang.. Sebab kau serba tahu.. Macam aku. Malah satu masa dulu kau lebih hebat dari aku. Dulu aku pernah pasang niat untuk jadi muslimah sehebat kau. Tapi bila sekarang kedaan kau dah jauh lain dari dulu.. Aku sedih. Sedangkan kau boleh jadi permata ummah. Kau mampu. Aku nak tengok Amirah yang macam aku kenal dulu. Amirah yang bersemangat dakwah yang tinggi.. Aku nak kau kembali.. Kembali jadi sahabat seperjuangan aku. isk..

Suasana sepi.. Hujan gerimis mulai turun. Sejuk.

dia : Aku.. Kenapa aku rasa teruk sangat sekarang ni.. Kenapa aku rasa macam dah jauh tersasar dari diri aku yang lama.. Kenapa kau kata kita takde beza tapi kau.. Tengok lah diri kau. Masih seorang muslimah seperti dulu. Aku? Macam sampah..

Nusaibah : Eh, astaghfirullah.. Ape sampah-sampah ni? Bawa-bawa istighfar lah. (air mata diseka)

dia : Aku mengaku.. Aku kalah. Selama ni takde sape yang boleh jawab persoalan2 aku tadi dengan baik. Takde sape yang dapat sentuh jiwa aku macam yang aku rasa sekarang ni.. Aku minta maaf.. Sebab aku dah sebarkan fikrah aku yang jauh menyimpang.. Aku minta maaf.. Sebab aku dah ubah ramai budak baik jadi nakal.. Nusaibah.. Aku nak jadi macam kau.. Tolong aku.. Aku nak kembali.. Aku dah xsanggup menafikan kebenaran yang selalu mengetuk pintu hati aku ni..

Nusaibah memeluk Amirah dengan erat. Kesejukkan hujan dirasakan seperti ucapan selamat pulang kepada sahabat yang sekian lama menjauh dari jalan Tuhan. 

* * *

Allah Maha pemberi hidayah, Maha pemberi petunjuk. Dia tak pernah tinggalkan kita. Tapi kita.. Kita yang selalu nak berjauhan dari dia. Kenapa? Kerana nafsu kah? Ayuh sahabat, kita muhasabah. perbaiki diri kita, tajdid niat kita upgrade iman kita.



Aslih Nafsak Wad'u Ghairak.
Perbaikilah diri kamu dan serulah orang lain.

-tamat- ^_^


No comments:

Post a Comment