Pages

Thursday, November 17, 2011

Peluang

يسم الله الرحمن الرحيم 
sekadar perkongsian dari diriku, buat dirimu. :)

Tengahari semalam sambil-sambil ana baca majalah gen-Q depan tv, tiba-tiba ummi ana turun dari tangga dan berkata :

"esok uyu buat usrah ea? nanti ade budak-budak baya ain datang.."

Okay, ana terkejut. Tiba-tiba aje minta buat usrah.. Berat ni..

"hm.. nape ummi? Tibe-tibe aje.."

"tak de la, sementara ade kat rumah ni, bagilah pengisian sikit pada budak-budak tu.."

"hm.. insyaAllah ok jep." 

Seriously, nak tergelak pun ade. Boleh tak tiba-tiba minta buat usrah macam tu je.. Tapi klaka tu klaka jugak.. Tanggungjawab la pulak bertambah.. Nak mengeluh tak boleh.. Allah marah nanti.. Okay, petang ni kene jumpa mad'u baru. Budak-budak form 2 atau dalam kate lain, kawan-kawan adik ana dan.. adik ana sendiri.. 

0_o

terpana disitu. 

Okay, adik aku mad'u aku..

Asif la kalau anda marah ana ckp mcm ni, tapi bagi ana, mentarbiyyah keluarga sendiri lebih susah dari mentarbiyyah anak orang lain. Kenapa? sebab..susah nak cakap, but its okay, I'll accept this challenge to change me and my new mad'u to a better khalifah n slave. Insya-Allah akan ana turunkan ilmu ana pada adik-adik ni.. (macam pe je.. turunkan ilmu -_-'') 

For now, ana perlu ikat adik-adik ni dengan ana. Maknenye ikat hati diorang dengan ana n fikrah ana, then sikit-sikit tarik kepada penghayatan Islam sebagai pegangan yang mesti dituruti. Petang ni insyaAllah santai sahaja. Sekadar bagi tengok video best-best, kalau umi izin nak bawak diorang ke tasik. kalau umi izinkan la.. 

Tapi nanti mesti ana kena selalu balik rumah.. Mane boleh tinggal mad'u lame-lame lebih-lebih lagi budak muda macam diorang ni.. Allah, moga Kau kurniakan aku kekuatan untuk memperbaiki akidahku, imanku, akhlakku dan mentality aku. Moga Kau berikan aku kekuatan untuk membawa mereka kejalan-Mu. 

Doakan ana. Moga Allah redha dengan apa yang bakal ana lakukan. 

Terasa berat pulak.

Sabar3.. Inilah "Ujian Dakwah!"

Gunakan setiap peluang dan ruang yang ada untuk promote agama Allah yakni Islam. Tiada yang lain. Islam sahaja. :D

Wallahu'alam. Doakan. :)

Bentuk hati mereka. InsyaAllah, akan aku cuba sedaya upaya. Help me Allah..


No comments:

Post a Comment