Pages

Friday, November 18, 2011

the tarbiyyah project



يسم الله الرحمن الرحيم 
sekadar perkongsian dari diriku, buat dirimu. :)

Dalam keadaan sibuk-sibuk nak packing balik ke Melaka, sempat lagi ana menulis untuk ceritakan perjalnan usrah yang berjalan semalam‎. Sekadar nak kongsi gelagat adik2 tu yang agak mengelikan hati(padahal xlawak pun) bagi ana la..

Demi cintaku pada Allah, demi rinduku pada Rasulullah, demi perjuangan kerana Allah. Bismillah.. Aku mulakan gerak dakwahku..

usrah bermula, I recite my prayer and I ask Allah's guide supaya tidak terpesong dari tujuan asal. Ape tujuan asal?? 

TARBIYYAH




the tarbiyyah project. starts. 

(tulisan bold-ana, biasa-adik2) 

borak2, gelak2.. tp mcm byk gelak sorg2 (sbb diorang blur) mcm pe je tp ana tak kisah.. kerana mereka masih baru. fresh~
Then terangkan pasal rukun usrah(ta'aruf, tafahum, takaful). macam seronok je muke diorang bila dengar pasal takaful dan tafahum sebab ana cerita pasal ukhuwah.. Ukhuwah berlandaskan aqidah.. Ukhuwah memang best kalau dapat dibentuk dengan baik. seriously, best gler jiddan. :)

then.. bicara bermula

"adik2 pernah dengar tak perkataan usrah sebelum ni?"

"emm.. pernah.."

"o0 ye ke? kalau gitu, usrah yang adik pernah dengar tu macamane?"

"kenal-kenal"

"tazkirah"

"dalam tv tu?"

"bukan ke usrah tu keluarga?"

" hehe.. banyak jawapan. bagus2. 0o.. jadi dah tau la usrah tu ape? so, pernah ikut usrah la ni?"

"xde la. xpernah pun.."

"xpernah? xpe.. Akak sendiri kenal usrah waktu dah berumur sikit dari adik2(boleh plak). sekarang akak akn cter pasal usrah yang akak bawak. Lain sikit dari usrah luar dan dalam tv tu. Kalau usrah yang biasa2 macam dalam tv tu, tak best sangat(suke hati aku je).. sebab adik2 xde interaction between adik2 dan naqibah tu. Kalau macam sekarang ni, akak tenung satu2 wajah2 yang ada depan akak ni(takut tak?). Tu satu. Kedua, kita akan buat aktiviti luar.. Bukan sekadar dengar pengisian tapi tak de praktikal. okey? Aktiviti luar tu macam2 lah~ aktiviti2 yang akan dijalankan tu untuk menguji tahap ke'hadaman' dan ke'fahaman' adik2. Akak sendiri ada praktikal selepas usrah akak. Macam yang akak buat pada adik2, macam tu jugak yang akak kena. So, insyaAllah xsesat.(lawak.haha..XD)"

tarik nafas jap.. ok, go on..

"Sebenarnye kan.. kita hidup atas muka bumi Allah swt ni, kita ade mission yang Allah dah bagi sejak dari Rahim ibu kite lagi.. Adik2 tau tak ape mission kita?"

Pada mulanya ana tak yakin nak bagitahu pasal tujuan hidup pada adik2 ni. Ana takut tak sampai. Tapi inilah tunjang utama pada gerakan dakwah dan tarbiyyah. Mesti3 faham siapa kita. Jadi, ana buat jugak..

senyap.. semua diam..

(sambil senyum) "akak tak kesah kalau awal-awal ni adik2 tak tahu. Sebab akak dulu pun tak tahu. Tapi, bila dah ade dalam group ni, mestilah kene tahu okay? meh akak cter.."

(2:30) & (51:56)

Pegangan ana dan pegangan mereka. 

Macam-macam ana cerita but more to humor n kisah2 teladan.. sebab adik2 ni baru kan, nak kene ikat hati dulu.

Mase ana cerita, muka masing2 menunjukkan fokus. Kadang-kadang gelak sikit, then fokus balik. Tapi ana tahu.. adik2 ni blur.. tapi ana biarkan diorang blur dan ana doa3 supaya bila diorang balik, diorang akan fikir balik pasal apa yang ana sampaikan. kalau tak sekarang pun, nanti.. Ana yakin satu hari nanti adik-adik ni akan faham. so walaupun diorang x faham, kene buat2 faham gak. hehe..

Ana bagi tugasan pada adik2 ni. Ana suruh diorang cari.. Siapa diri kita. SIAPA KITA? cuti lame diorang ni.. mane bleh sia2kan cuti. lagi 3 minggu ana akn balik sini balik insyaAllah. Time tu kene check tugasan diorang. Ana nak tengok sejauh mana budak form 2 boleh mengkaji dan menganalisa maklumat. hm.. :)

eh..
Allah!! ana lupe nak cerita pasal kisah roh dan jasad.. seorang sahabat pernah cerita kat ana dulu. Haish.. lagu mano buleh tok ingak nih.. tak pe2. the next gathering ana akn cter.. insyaAllah..

Dan.. soalan yang ana nanti-nantikan..

"kenape akak nak sangat buat usrah ni?"

 I've expected that question.

Dan ana jawab dengan senang hati.

Jawapannye ana tak nak tulis kat blog sebab ayat berbunga tu khas untuk adik2 usrah ana~ :P

Allah, moga mereka akan menyambung rantai dakwah-Mu. Moga usahaku yang tak seberapa ini diredhai-Mu. Peliharalah mereka. Mereka ibarat mutiara yang dalam proses pembentukan.. Dan kelak, mereka akan menjadi mutiara yang sempurna dengan izin-Mu.. insyaAllah.. amin..

Pak Hassan!! saye dan sahabat2 akan sambung rantai dakwah ini!!


Islam will rise again. It will. Ana yakin. :D

2 comments: