Pages

Saturday, December 17, 2011

setiap dari kamu adalah PEMIMPIN.


يسم الله الرحمن الرحيم 
sekadar perkongsian dari diriku, buat dirimu. :)

Segala puji hanya bagi tuhan sekalian 'alam. Dia yang Maha mematikan dan menghidupkan sekalian makhluk. Hanya Dia yang wajib disembah, hanya Dia lah tempat kita memohon hidayah dan pertolongan. Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan untuk diri yang hina ini menyampaikan sedikit ilmu yang ada dengan tujuan melaksanakan hadis Rasulullah saw : 

" balighu anni walau ayah" 

yang bermaksud :

"sampaikanlah dari ku walau satu ayat"

Ok, tajuk kali ini = pemimpin. 



Tahukah anda bahawa Allah mengangkat darjat setiap manusia sebagai pemimpin?

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
(rujuk al-baqarah ayat 30)

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dimintai pertanggungjawaban atas apa yang ia pimpin”. -Hadith-(Mutafaq ‘alaih)

well, first of all, nak capai tahap pemimpin yang baik + berkaliber + berdedikasi + yg sewaktu dengannya, NIAT mestilah betul.

"innamal 'a'malu binniat"

"Setiap amalan bermula dengan niat"

Nak niat ape?

^_^

--> Niatlah untuk membimbing diri sendiri(adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk memimpin dirinya sendiri) kearah yang Allah redha.

Ape yang membuatkan Allah redha?

 --> Apabila bila beribadah dengan hati yang tulus ikhlas dan bulat kerana Allah ('bulat' maksudnya secara sepenuhnya ikhlas kerana Allah Taala semata-mata),  apabila KITA menyeru kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran, apabila KITA tidak melakukan perbuatan yang Allah murka dan apabila KITA berusaha melaksanakan segala perintah Dia, itulah antara perkara-perkara  yang boleh membuatkan Allah redha dengan KITA. :)

Sebagai seorang pemimpin, KITA perlulah ikhlaskan hati dan hilangkan segala niat buruk yang terlintas di fikiran KITA.

Contoh :

"Wah, aku ni dah jadi pemimpin kolej. Confirm ramai gler orang minat. Boleh dapat ramai awek!"
(niat sebegini sangat lah teruk!)

Yang betulnya :

"Ya Allah, moga dengan amanah yang kau berikan ini, dapat aku laksanakan dan gunakan sepenuhnya untuk memimpin mereka kembali ke jalan-Mu ya Allah. Moga sewaktu di bawah pimpinan aku dan sahabat-sahabat ku ini, biah solehah dapat terbentuk dengan izin-Mu ya Allah. Agar segala perbuatan kami adil dan saksama dengan redha dan izin-Mu."

Ok next, macamana ye nak cari redha Allah?

Firstly, nak dapat redha Allah, KITA mestilah redha dengan ketentuan Allah terhadap diri KITA. For an example:

Bila Allah berikan KITA ujian, KITA kesempitan wang misalnya. Betul-betul pokai ni, tak de duit nak makan pun. Janganlah KITA cepat melatah sebaliknya KITA mesti3 anggap itu sebagai "faith-test" (ujian iman). Sabar, redha dengan ujian itu dan dalam masa yang sama, gunakanlah akal fikiran yang Allah berikan itu untuk ikhtiar macammana nak settlekan masalah tersebut dengan bijak! bukan sekdar cakap je "aku redha" tapi.. Hampeh, satu tindakan pun tak de. Tu dah salah konsep redha. :)

Untuk perbaiki niat, carilah jalan untuk mengenali Allah dengan lebih dekat. 

Macamane ea?

Antaranya dengan tadabbur alam, baca buku yang berkaitan dengan kekuasaan Allah swt, solat malam(Qiamullail), belajar ilmu tauhid, fahami sifat-sifat Allah, hayati nama-nama Allah.. Banyak lagi cara-cara nak kenal Allah dengan lebih dekat. Ini cuma antaranya la.. :)

Next, pelajarilah ilmu ibadah supaya ibadah kita sempurna dan diterima Allah. Bila ibadah KITA(which are pemimpin) diterima, akan ade satu bond(ikatan) yang kuat antara kita dan Allah yang mana bond tersebut dapat membantu kita dalam membuat keputusan yg super bijak insyaAllah, tak kesah la dalam hal yang besar or yang kecil. 

Ape lagi ilmu yang dapat bantu KITA supaya Allah redha dan sayang kita lebih?

--> ILMU TASAWUF!

Well, murabbi ana kate, Ilmu tasawuf ini mengajar kita untuk merendahkan hati. Supaya kita takkan sombong, bongkak, riak dan berlagak. (skrip cerita geng surau, astro oasis) :D

" Nafsu itu ibarat kuda liar. Ia perlu dididik sehingga menjadi jinak supaya satu hari nanti dia akan datang kepada kita dengan sendirinya sewaktu kita perlukan dia. "

(Imam al-Ghazali)

InsyaAllah buat masa ni, cukup setakat ini explanation yang ana dapat kongsikan. Nak tau tak, yang ana cerita ni baru introduction. Belum isi-isinya lagi. :)

InsyaAllah, kalau diberi peluang dan ruang oleh Dia yang Maha pemilik hati dan diri ini, ana akan sambung tentang isi-isi tajuk ini yang akan menyentuh perihal apa lagi yang perlu KITA penuhi untuk menjadi pemimpin yang Allah sebut sebagai KHALIFAH di muka bumi Allah swt ni. (again, rujuk al-baqarah ayat 30).

Segala yang baik datang dari Allah, yang salah dan silap itu datang dari khilaf ana sendiri. Betulkan ana kalau ada silap dalam post ni ea..

Syukran sudi baca, jazakumullahu khairan kathira. :)

2 comments:

  1. نعم.. صح ياأختي
    كلنا رئيس و خليفة

    جزاك الله

    ReplyDelete