Pages

Monday, January 23, 2012

Bila dah sibuk..


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Alhamdulillah, dapat juga mood menulis.

Dulu, ana selalu terfikir, kenapa kak ***** kate nak menulis perlukan mood? Dulu, ana rase la, kalau nak menulis, bukak blog, tulis je la. Tapi, sekarang baru ana faham.. Betullah, nak menulis kene ade mood + idea. Bagi ana la, tak cukup kalau menulis dengan idea saje(means, x de mood pun..).

Ok, sejak kebelakangan ni, memang sibuk. Tak dapat dinafikan lagi.. Habis kelas pukul berape.. Lepas tu kene jumpe lecturer. Then, petang kalau ade meeting, kene pegi. Tutorial lagi nak kene settle, revision nak kene buat, exam dah dekat, quiz bleh kate(kebanyakkanye laa..) dalam duration 2 minggu, mesti ade quiz math, kimia, biology and physics. Asif ye, ana xberkesempatan update blog.

Dalam kesibukan menguruskan hal duniawi, ana terfikir..

'kalau lah dalam matrikulasi ni ana dah sibuk macam ape je, macamane bila masuk U nanti? bila kerja nanti? bila dah berumahtangga nanti?'

pejam mate kejap.

buka mate.

Allah, rase macam tak sedia untuk jadi dewasa. Tapi, Allah itu Maha tahu kita berada di tahap mana. Life keeps going on and on.. Tak boleh nak reverse. Allah tahu kesibukkan hari ini adalah untuk melatih diri kita untuk lebih bersedia menghadapi hari yang akan datang (angguk dan senyum).

Bila dah sibuk, 'Bulatan' pun tak dapat nak konsistan(betul ke ana eja ni?). Tapi Alhamdulillah, ikatan ukhuwah  masih segar di hati. Membuatkan kami tetap erat walaupun jarang berjumpa(xde la jarang sangat sebenarnye.. hehe).

Yang ada 'Bulatan', boleh la nak kate terjaga sebab belah2 mane skali pun, bulatan itu insyaAllah akan dilaksanakan. Untuk mengingatkan kita siapa kita dan tujuan kita. Tak de la sibuk sampai lupa tanggungjawab sgt. Tapi, untuk yang tak ade 'Bulatan' ? Bagaimana dengan mereka? Pernah terfikir tak? Bila kita dah selalu dalam kelompok yang terjaga (insyaAllah), kita lupa nak fikir pasal orang yang tidak berape terjaga di luar sana. Setuju?

Ana perhatikan kebanyakkan orang diluar sana, bila dah sibuk dengan kerja2 dunia, mereka lupakan kerja2 akhirat.

"alah, sesibuk aku pun, aku solat what? puasa je hari khamis. Tak cukup lagi ke?"

wahh, hebat sangat lah tu kan solat(dah la nk khusyu' tu susah..) dengan puasa je? ingat cukup ke? tak cukuplah kawan.

"aku buat baik dengan kawan2, lecturer, makcik cafe, ko nak ape lagi?"

Eh, bukan "aku nak ape lagi". bukan aku lah. tapi, Allah. :)

Ada yang fikir dengan solat, puasa, join yassin tiap2 hari khamis malam jumaat tu dah memadai. Tapi, kalaulah ada pemberat utntuk timbang dosa dan pahala kita, nescaya kita akan nampak yang dosa kita tu lebih3 berat dari pahala. Sangat tak comel ye bila dosa lagi berat dari pahala. Sangat3 tak comel+tak stylo langsung.

Disebabkan itu lah ada yang mengenepikan akhirat, semata-mata untuk mengejar kepentingan duniawi. Tinggalkan surau dan masjid sebab sibuk nak siapkan assingnment. Tak turun solat berjemaah sebab kena buat tutorial. Padahal masa untuk berdating ada pulak? *opss. ada yang terkene disitu ye. Kalau tahu diri kita tak kuat, dekatkan lah diri dengan masjid. Kalau tak de 'Bulatan' pun, still boleh top-up iman what? Duk kat surau or masjid untuk dengar tazkirah ke, taklim ke, berukhuwah dengan dak2 surau ke, baca quran ke, solat nages2 depan Allah ke.. Ada je cara nak aslih nafsak(perbaiki diri). Cuma diri sendiri yang tak nak. Bila diajak, marah pulak. -_-''



Jangan biarkan kesibukkan itu memakan diri dan iman kita. Ingat,

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu didalam kerugian. Kecuali mereka yang BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH."



Wallahu'alam. :)

jaga diri+iman,
Aslih nafsak wad'u ghairak. ^_^



No comments:

Post a Comment