Pages

Friday, January 6, 2012

kami bersedia untuk celupan tarbiyyah. :)





يسم الله الرحمن الرحيم 
sekadar perkongsian dari diriku, buat dirimu. :)

Allah, terima kasih atas ukhuwah ini. :)

Dalam mendidik diri menjadi seorang daie, pasti3 akan diuji dengan pelbagai mehnah(ujian) kan? Paling best bila kena ujian ukhuwah. (best ke??) Takde la, bila diuji ukhuwah, pasti ikatannya akan bertambah qowiy lepas tu kan? kecuali kalau dalam berukhuwah, ada ikhwah atau akhowat yang ade penyakit hati. Ha! meh nak kongsi sikit apakah dia 7 penyakit hati?

7 Penyakit Hati :
1)ujub(kagum dengan diri sendiri)
2)ghurur(terpedaya dengan kehebatan diri sendiri) 
3)takabur(pandang hina pada orang lain)
4)riak(suka memperlihatkn kebaikan yg dikerjakan)
5)sumu'ah(memperdengarkan / menceritakan kebaikan diri pd org lain dgn tujuan bermegah-megah)
6)su'uzon(bersangka buruk)
7)futur(berhenti dari perjuangan-bermula dari sifat malas)

Ana bold kan penyakit hati yang ke-6. Kenapa? Sebab, memang banyak kes sahabat yang sangka buruk dengan sahabat sendiri ni. Padahal dah jelas "serendah-rendah ukhuwah adalah bersangka baik".

:)

Bukan diri ini mahu condemn. Diri ini cuma mahu "islah nafsak, wad'u ghairak."(perbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain)

Alhamdulillah ana dikelilingi ikhwah dan akhowat yang saling kuat-menguatkan. Tenang sahaja mereka dalam mengatasi mehnah ukhuwah yang Allah berikan pada kami. Ana yang pada mulanya berlagak tenang akhirnya tewas dan menitiskan air mata.. tapi sahabat-sahabat masih tetap tenang.(ana tabik r!! :D)

Mehnah yang dilalui sepatutnya menjadikan kita bertambah QAWIY!(kuat). Bukannya lemah. Mehnah yang dilalui sepatutnya menjadikan ukhuwah kita bertambah erat. BUKAN RETAK! 

Allah, Kami rela dicelupkan dengan celupan tarbiyyah-Mu. Kami sedia. :)




Moga istiqamah.

Bak kata murabbi : perkara yang remeh jangan difikirkan. Memang kita mesti cuba untuk merubah kedaan kepada yang lebih baik.. Tapi, kalau tak menjadi, just let Allah do the rest. Believe in Him. Jangan sampai aktiviti kita terhenti dek kerana mehnah Allah. Padahal Allah bagi kita mehnah sebab nak kita jadi matang. :)

Sangka baik dengan Dia.

Syukran sahabat2 sebab menjadi asbab ketenangan ana. Syukran jiddan Allah sebab beri aku ketenangan. :)

Ukhuwah sampai syurga insyaAllah.

sahabat-sahabat, Ana uhibbukum jiddan. no doubt at all. :)

No comments:

Post a Comment