Pages

Tuesday, January 24, 2012

Mentol ?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Jalan-jalan di tesco, cari lampu meja dan mentol. Tapi maklumlah, bila perempuan yang tak reti hal-hal lampu ni mencari lampu(ana la ni), agak kabut keadaanye disitu.. Cari mentol pun macam ape, alhamdulillah ade sorang abang ni tolong(abang ke? ntah~) carikan mentol. Agak segan disitu ye. akak Gelak je kot. saba je la, lain kali beli mentol memang kene bawak ayah la.. 

Lepas tu, pergi kat customer service counter because nak check lampu tu la kan.. Akak kaunter tu pasang lampu tu cmane tah, tak menyala pun. Lepas tu sorang abang ni pulak datang tengok-tengok lampu tu, dan pergi cari mentol baru. Tak lama lepas tu, dia datang balik dan pasang mentol yang dia baru ambil. tekan switch, tak nyala jugak. Dia pun cabut plak dan tukar ke plak yang len. Nyale elok je.. 

"Hm.. lampu oren.. nak yang putih. Yang tadi tu putih.."

Dia try pasang mentol yang ana ambil. Yang putih. Menyale elok je.. Akak kat sebelah tu gelak je kot. hehe..



Analogi ana nak bawa di sini ;

Cuba bayangkan, kita dah ada ditempat yang sepatutnya(mentol putih yang awal2 diletak pd lampu) tapi suasana tempat tu masih tak beri kesan kepada diri kita. Contoh, kita bersekolah di sekolah agama(sensitif ye isu yang ana bawak ni. Lantak le..), tapi feel agama tu tak meresap masuk dalam diri kita. Haa.. Sebab ape jadi macam ni? Sebab kita pakai plak yang rosak! ehehe.. sebab kita tak mencari feel agama tu sendiri.. Kita rasa selesa dengan title "sekolah agama". 

So, whats the point? 

The point is, even though kita berada didalam komuniti or kelompok yang berfikrah, janganlah harapkan orang or keadaan sekeliling untuk mentarbiyyah diri kita. Sepatutnya kita sendiri yang perlu terus mencari dan mencari siapa diri KITA, tanggungjawab KITA, dari mana asal usul KITA, apa sejarah KITA. 

Kalau mengharap orang lain push kita, tapi kita sendiri tak nak usaha, nanti kelebihan dalam diri kita tu tak dapat nak digunakan dengan semaksima yang boleh sebab kelebihan itu tak keluar dengan rela hati malah di arah oleh orang lain. Kan tak stylo begitu.. Then bila dah keluar dari komuniti or kelompok yang berfikrah, masuk dalam kelompok yang zero fikrah, kelebihan tu hilang macam tu aje sebab takde orang nak tolong push. Macam mentol, bila dekat plak yang baik, dia menyala, bila plak tu rosak, Langsung tak boleh guna. :)

Jangan jadi macam mentol yang hanya boleh digunakan bila plak tak rosak ye.. Jadilah macam matahari yang cahayanya tak pernah padam.. Kecuali.. Kiamat tiba. 

wAllahu'alam..

3 comments:

  1. Hanya sebab mentol boleh diaplikasikan dalam kehidupan. Really impress with your thought! :D

    Alhamdulilah.Pengisian yg padat dan bermakna, boleh dikongsi bersama.

    ReplyDelete
  2. @aishah ariff : alhamdulillah, Kholiq kite yang bg ilham~ :)
    @ummu fayyad : syukran, lame x bersua muke.. rindu~ :)

    ReplyDelete