Pages

Sunday, April 29, 2012

Kita rasa bahagia. Tapi.. Mereka?

In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful
Allah, I'm not as good as the prophet Muhammad s.a.w but I'm trying to be like him.

Kadang-kadang, kita rasa kita dah cukup bahagia. Cukup duit, cukup makan, cukup kasih sayang, cukup macam2 lah. Baguslah rasa cukup. Itu dapat bantu kte utk bersyukur. 

Tapi..

Pernah tak kita terfikir adakah orang yang menjadi asbab ke'cukupan' kita tu rasa cukup bahagia, cukup kasih sayang, rasa cukup yang kita rasa. eh, siapa ye? 

Parents la.

Tapi, ada juga yang tak rasa cukup dengan segala nikmat yang Allah beri. Semua serba tak kena. Itu lah nak, ini pun nak. SEMUA dia nak. Takde yang cukup bagi dia. (I'm not pointing out to specific person. please don't misunderstood okay. :))

My point is..

Mereka yang ber"uban" itu sudah berusaha membuatkan kita bahagia. Why not kali ini kita berusaha gembirakan hati mereka? Tak mungkin kita dapat balas segala pengorbanan ibu bapa kita. I repeat. XMUNGKIN..

Dulu, kita sakit, mak dan ayah yang jaga kita. Kadang2 ayah kita sanggup tak makan sebab nak bagi anak dia makan. Mak kita pulak, jangan cakap lah. Penat2 pulang dari kerja pun masih sanggup masak untuk kita. Mandikan kita. Layan kerenah kita. Walaupun dalam keadaan dilanda masalah, sampai tidak tertahan air mata ayah dan bonda.. Mereka masih berikan yang terbaik buat kita. Allah, kasih sayang ibu bapa.. kasih yang tak berbelah bahagi. 

Sementara mereka masih ada, bahagiakan mereka. Jangan sampai bila mereka pergi, kita sibuk mencari dan merayu.. Meratap dan menangisi pemergian mereka. Waktu itu baru menyesal atas segala kekasaran kita terhadap mereka. Sahabat fillah, jom jadi anak yang soleh dan solehah! dapat bagi syafaat kepada IbuBapa kita sewaktu mereka menghadapi sakaratulmaut! 



Yang tengah cuti, dah peluk mak ayah belum hari ni? kalau belum, pergi peluk! paling kurang pun pegi la senyum dan borak2 dengan mereka.
Yang still di kampus, dah call mak ayah belum minggu ni? kalau belum, pergi call! Paling kurang pun, hantarlah sms.. :)

Allah, peliharalah ibu bapa kami~ ameen..


aku mahu menjadi mukmin yang sehebat al-Fateh!
biarpun aku seorang wanita.


2 comments: