Pages

Wednesday, May 2, 2012

Aku.Bukan.Maksum 1


بسم الله الرحمن الرحيم


In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful
Allah, I'm not as good as the prophet Muhammad s.a.w but I'm trying to be like him.


* * *

4.30 a.m.

Alarm berbunyi.

Maryam menekan skrin Samsung Corby-II untuk memberhentikan alarm.

Dia kembali tidur.

5.00 a.m.

Alarm berbunyi sekali lagi.

Sama. Dia menekan skrin phone-nya untuk memberhentikan alarm.

6.00 a.m.

Alarm berbunyi lagi sekali.

Kali ketiga.

Maryam mencelikkan mata. Kepalanya pusing. Seakan-akan baru selepas terhantuk.

'dasyatnya mimpi tadi..' 

'eh?! dah pukul 6 pagi?!' 

Sepantas kilat Maryam bangkit dari tidur dan bersiap sedia untuk solat subuh.

'huhu.. Macamana aku boleh tak bangun tahajjud lagi ni.. Dah 3 hari macam nih.. Haish. Tak boleh jadi ni.' 

Selesai solat subuh, Maryam mengamalkan wirid ajaran murabbiahnya. Setelah itu, dia membaca satu muka surat Quran. Surah al-Qasas. 

Selesai mentadabbur ayat suci Tuhan, matanya terasa berat semula. 

'Aisey... Kenape mate aku ni...'

'Sujud syukur lah dulu.. Hope hilang ngantok..'

Habis sujud, tak hilang jugak.

'Aisey... Kenapekah?'

Mata dipejam kan seketika. Tapi..

"kak maryam... Dah pukul 6.45 pagi.. bangun... Walid panggil"

'erk?! terlelap pulok aku ni...'

"er, ok2. ThoriQ pegi dulu. Akak menyusul jap lagi"

Terkedek-kedek thoriQ yang berumur 5 tahun itu berjalan keluar dari bilik Maryam. Lucu. 

Matanya menjadi sepet. Akibat mengantuk. Entah mimpi apa yang dia alami sehingga menjadi penat sebegitu. Dilipatnya kain telekung dan sejadah berwarna hijau gelap itu dan diletakkan diatas sofa bersebelahan katilnya.

"Ha! Turun pun. Haish. Tido lepas subuh ea!"

Maryam hanya diam. Moodnya kurang baik untuk berbicara dengan abang sulongnya itu. Umayr. Maryam terus ke sinki dan membasuh pinggan mangkuk yang ada. Tanpa sebarang bicara.

"Tu la anak dara. Lepas subuh pun nak tidur lagi! haih... Nafsu besar!"

Ibunya memulakan panahan beracun. Menusuk ke Qalbu Maryam. 

'Diam maryam. Diam. Beliau tengah tension la tu..'

Maryam bermonolog sendiri.

Memang agak pelik keluarga ini. Pagi-pagi memang suka bising-bising. Entah la. Emosi kurang stabil di waktu pagi agaknya.

Selesai membasuh pinggan mangkuk, Maryam mendekati Walidnya.

"Kenapa Maryam tidur balik lepas subuh? Jangan amalkan ye.. Nanti melekat, susah nak buang"

Kata walid lembut. Sejuk hati Maryam.

"Baik Walid"

Maryam tidak memberi sebarang alasan sebagaimana dia biasa lakukan bertahun yang lalu. Tarbiyyah yang dilalui bersama murabbiahnya selama dia di Jordan cukup memberi impak dari segi ruhiy, qowiy dan basah-iy dalam dirinya.

Tapi, manusia tidak sempurna. Maryam bukanlah maksum yang terlepas dari sifat lupa. Kadang-kadang jadi blur. Tak tahu apa yang perlu dilakukannya. Lebih-lebih lagi bila bangun dari tidur. 

'Aku kene baiki diri aku ni. Allah.. Kenapa aku lain ea kat rumah? Bila dengan Murabbiah dan sahibah2, aku Qowiy.. Kini.. aisey..'

* * *

"Maryam, jom keluar. Gi Mid Valley. Ana nk beli buku. Sambil2 tu, kite borak2~ lame takjumpe kan3? Kita naik ktm laa~ jom3!"

"ok3. Walid ana pun bagi. Bila?"

"esok? Boleh?"

"insyaAllah~"

* * *

Esoknya, di stesean ktm Kajang..

"Raudhah, janganlah laju sangat. Semput ana.."

"Eh, laju ke? Asif3. ok, ana jalan slow.... slow...."

"memain pulak dia! tu cam siput comel!"

"eh? ye ke? tak pe la. yang penting comel~"

Tawa mereka memecahkan keheningan pagi di ktm kajang.

Perjalanan diteruskan sampailah ke MidValley, KL.

Sampai saja di MidValley, mereka kelaparan. Kedai roti boy berdekatan menjadi tumpuan untuk mengalas perut. Agak sukar untuk mencari kawasan tersembunyi untuk makan kerana Maryam berniQab. Raudhah pada mulanya terkejut kerana tidak disangka sahabatnya kini berniQab. Memang di luar jangkaan. Selesai makan, mereka meneruskan perjalanan ke MPH bookstore. Mereka berpecah. Maryam pergi ke bahagian perubatan manakala Raudhah menuju ke bahagian farmasi. Sememangnya mereka mempunyai gaya tersendiri dalam meneliti buku-buku. Raudhah hanya membaca sinopsis di belakang buku kerena dia sudah selidiki terlebih dahulu isi buku2 tersebut bersama pensyarah universitinya. Manakala Maryam meneliti setiap isi kandungan buku agar dia tidak tersilap memilih. Maryam tidak sempat membuat research mengenai buku2 di MPH MidValley itu kerana sibuk dengan tugasan waktu cuti. Lagi 2 minggu dia akn kembali ke Jordan dan dia terpaksa menyiapkan tugasan-tugasannya secepat yang boleh, sesempurna yang boleh.

"GEDEBUK!"

"Hei! tak reti pandang atas ke hah? Nak bangun pun tengok lah dulu. Nampak je solehah. Solehah la sangat! Sakit lengan aku bodo!"

Maryam masih terpaku sambil mengusap kepalanya yang terkena siku lelaki berwajah arab itu. Sakit.

"Maaflah ye. Saya tak sengaja."

Sambil mengambil buku-buku yang sudah dipilihnya, Maryam mula melangkah untuk beredar.

"Hoi! Lengan tu, Tak reti nak tutup ke? Pakai niQab, lengan terbukak! Blah r orang mcm kau! Muslimah sejati konon!"

Lelaki itu menambah.

'hah? lengan... Oh, sarung lengan aku tertarik ke belakang.. Aku tak sengaja Ya Allah!!'

"Maaf ya saudara. Saya tak perasan sarung lengan saya tertarik ke belakang. Dan.. Saudara ni muslim jugak kan? Boleh je kalau nak tegur dengan nada baik kan? perlu ke nak jerit sampai satu MPH ni dengar? Saya rasa kepala saya lagi sakit dari siku saudara. Minta maaf lah ye. Kerana kesalahan kecil saya saudara nak besar-besarkan hal ini sampai meninggi suara. Sebagai muslim, bukankah kita kena saling bertolak ansur? setiap manusia melakukan kesilapan. Saya bukan maksum. Saya buat silap tadi dan sekarang saya minta maaf. Nak maafkan atau tidak, terpulang."

Maryam berlalu pergi bersama tiga buah buku perubatan.

'Allah.. sakitnye kepala aku..'

* * *

"Maryam.. Sakit lagi?"

"Jangan risaulah. Sikit je."

"tapi ana tengok lelaki tu macam marah sangat je. Kenapa sampai macam tu? Maryam kenal ke dia?"

"Ana tak ingat pulak muka dia. Rasa macam tak kenal. Mungkin dia tengah tension kot. Sebab tu marah2.."

"Oo macam tu ye.."

Mereka tersenyum. Manis.

* * *

"Ibu, Walid, Maryam pergi dulu. InsyaAllah bulan lima tahun depan Maryam balik Malaysia"

"Jaga diri Maryam. Belajar sungguh-sungguh ya. Doakan kesihatan Walid ni ha. Mudah-mudahan semakin berkurang sakitnya."

"insyaAllah ibu. Doakan Maryam."

"Jaga diri+iman Maryam." 

Pesan Walid tercinta.

"Baik walid. Doakan Maryam."

Kedua orang tersayang dipeluk dan dicium. Tanda sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya.

"Assalamu'alaikum."

-to be continued-

3 comments:

  1. hehe.. sabo2.. otw..tga nk siap kn yg aula dulu. insyaAllah da update ana post kat fb.. hehe ;)

    ReplyDelete