Pages

Sunday, May 6, 2012

Aku.Bukan.Maksum 2



بسم الله الرحمن الرحيم


In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful
Allah, I'm not as good as the prophet Muhammad s.a.w but I'm trying to be like him.

* * *

Maryam termenung di hadapan rumah. Air matanya mula bergenang. Tidak disangka-sangka, Allah ingin mengujinya dengan ujian yang sebegini rupa.

Mata dipejam. Dia terbang bersama memori satu minggu yang lalu.

* * *

Setibanya Maryam di lapangan terbang KLIA, dia disambut dengan gembira oleh kedua orang tuanya. Kedua manusia mulia itu tersenyum gembira atas kepulangan anaknya yang tersayang. Satu-satunya anak perempuan di dalam keluarganya.

"Doktor Maryam, kenapa makin kurus ni? Tak makan ke kat sana?"

Ibunya sengaja memanggil maryam dengan gelaran doktor. Memandangkan Maryam sudah tamat pengajian dalam bidang kedoktoran, kini dia akan menjalani latihan praktikal di hospital Batu Pahat, Johor. 

"Ye ke ibu? Maryam rase banyak je Maryam makan.. Hehe.. Tak tahu lah.."

"hurm.. Jom pergi makan nak tak? Walid lapar ni. Tu kat sana ada Kedai makan. Jom3!"

"Eh, walid ni, kelakarlah pulak. macam kanak2 riang aje. Terkejut ibu."

Maryam tersemyum gembira melihat keceriaan ibu dan walidnya. Namun, ada sesuatu yang dirahsiakan. Sesuatu yang bakal menyentap senyuman itu.

Mereka berjalan beringan ke kedai makan dan memilih tempat yang sesuai untuk berbual.

"Maryam, ada perkara Walid nak bagitahu ni. Nak dengar ? Maryam mesti terkejut."

Uhuk!

Maryam tersedak.

"Apa dia Walid?"

Ibu tersenyum.

"Walid tahu maryam masih muda. Baru berumur 25 tahun. Eh, muda sangat ke? Dah tua lah tu kan? haha.."

Walidnya berhenti seketika menghela nafas panjang.

"Ada seoramg lelaki datang ke rumah seminggu lepas. Mujahid. Maryam kenal?"

'Mujahid? Kawan satu sekolah di SHAMS dulu? Kenapa dia datang? Ah!'

"Kenapa tersentak? Kenal?"

Ibu menyambung sambil tersenyum.

'Tak sangka. Dia betul-betul datang. Aku terlalu sibuk dengan kerja-kerja dakwah dan pelajaranku sehingga aku terlupa yang Mujahid pernah berjanji dia akan datang berjumpa dengan kedua orang tuaku.. Ah! Mujahid lain kot ni..'

"Mujahid mana ni Walid? Ibu?"

"Mujahid bin Umar. Kawan sekolah kamu."

Uhuk!

Dia tersedak lagi.

'Betul.. Aku kenal.. Tapi.. Tak mungkin dia.. Isy, Maryam, dengarlah dulu sebab dia datang ke rumah. relaks.. Sabar..'

"Kenal kot. Kenapa dia datang, Walid?"

"Ok, macam ni ceritanya. Dia datang untuk meminang kamu. Dia pun dah habis study. Sekarang tengah praktikal di Hospital Serdang. InsyaAllah, Lagi seminggu, Mak ayah dia nak datang merisik kamu. Ha, macamana?"

"Walid.. Sebenarnya Maryam.."

"Ok2, ibu rasa kita biarkan Maryam fikir dulu. Ini tentang hidup yang bakal dia lalui. Kita dah cerita pada dia, biar dia buat keutusan ye Walid. Jangan lupa istikharah ye Maryam."

'Ya Allah.. Beratnya nak buat keputusan ni..'

"baik ibu.."

* * *

"Maryam, kenapa duduk di luar ni? Tetamu semua ada di dalam. Masuklah.."

Maryam menangis tersedu-sedan. Tidak tertahan sebak di dadanya. 

"Kenapa ibu? Kenapa mereka datang juga? Maryam dah bagitahu, Maryam ada penyakit. Dah teruk. Hidup Maryam tak macam dulu. Kenapa mereka datang juga? Kenapa ibu tak halang mereka?"

Maryam menunduk. Mukanya merah. Pipinya basah. 

"Maryam.. Jangan cakap macam tu nak. Hidup mati kita Allah yang pegang. Mujahid doktor juga. Dia mahu jaga maryam hingga sembuh. Dia akan cari jalan supaya tumor itu dapat dikeluarkan.. Jangan cepat putus asa nak.."

Ya, ibu mana yang tidak sedih apabila mendapat tahu yang anaknya menghidap tumor otak.. Pastinya ibu maryam lebih sedih dari diri Maryam sendiri. Maryam tahu berkenaan penyakitnya sebulan sebelum final exam di Jordan. Dia gelisah dan hampir sahaja berputus asa dari meneruskan pelajaranya. Tapi, dengan dorongan dari sang Murabbiah tercinta, sahibah2 fillah, dia teruskan usaha. Allhamdulillah, dia berjaya mendapat gelaran doktor. Tetapi, hatinya tetap tidak gembira.

"Maryam.."

Suara itu mengusik gegendang telinga Maryam. Suara yang tidak pernah didengarinya melainkan di sekolah dulu. 

"Ana akan cuba usaha yang terbaik mencari pakar yang boleh mengeluarkan tumor itu secepat yang boleh. Maryam, itu Tumor banigna. bukan malignan.. bukan kanser. Boleh di buang. Jangan risau."

"Mujahid, ana tahu kedudukan tumor itu berada ditempat yang sangat sukar untuk dibuang. Salah step, ana boleh mati. Enta carilah orang lain. Tolong jangan buat ana serba salah dengan family enta. Mak ayah enta orang baik. Mesti mereka mahukan isteri yang sempurna untuk menjalani hidup bersama-sama anaknya. Ana.."

"Maryam. Makcik tak kesah tentang penyakit itu. Jangan berdegil. Masuk dalam rumah."

Sentap. 

Belum sempat Maryam menghabiskan bicaranya, satu suara telah menghalang.

'Mak dia marah aku.'

Maryam hanya menurut sambil dipapah ibunya. Mujahid ketawa kecil.

"Ha, masuk pun. macam budak-budak."

'Isy. Mujahid ni. Dia ketawakan aku. Boleh pulak macam tu.'

Bisik Hati Maryam.

"Maryam, Makcik tidak mahu memaksa. Tapi makcik tahu Maryam sesuai dengan anak makcik. Jujur dengan diri sendiri nak.. Mahu atau tidak bernikah dengan Mujahid?"

Maryam terpana. Wajah itu sungguh tenang. Tersenyum anggun dengan tudung bidang berwarna merah jambu. 

Maryam memandang ibunya. Ibunya mengangguk. Walid tersenyum. 

Maryam mengangguk.

'Eh?! kenapa aku angguk ni? Stop2!'

"Alhamdulillah, jadi, bila tarikhnya Tuan Umar?"

Pantas walid membuka topik yang menjadi tujuan pertemuan itu. Yang lain-lain ketawa melihat Maryam yang seolah-olah dipukau dengan kata-kata 'bakal' ibu mertuanya.

Maryam bingkas bangun dan berlari ke dapur. Dia menangis lagi.

'Mujahid.. Ana takut enta kecewa..'

Mujahid memerhati gerak-geri Maryam dari ruang tamu.

Dia mengukir senyuman.

'Tunggu keajaiban dari Allah, Maryam. Tunggu je.'

-to be continued- 


asyik to be continued je.. hehe.. :P

No comments:

Post a Comment