Pages

Tuesday, May 15, 2012

Aku.Bukan.Maksum 3


بسم الله الرحمن الرحيم


In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful

Allah, I'm not as good as the prophet Muhammad s.a.w but I'm trying to be like him.





* * *

"Doktor, patient ni macam pelik sikit la. Termenung sorang-sorang, tiba-tiba menjerit marah pada nurse. Susah la macam ni" Keluh seorang ketua jururawat di hospital Batu Pahat, Johor.

"Ye ke? Akak jangan mengeluh macam tu. Nama pun patient kan? Memang unstable sikit condition dia. Relaks je." Maryam menjawab sambil matanya liar meneliti maklumat pesakit di pejabat seorang doktor yang lebih senior darinya.

"Eh, doktor ni. Cuba doktor sendiri yang pergi check dia, gantikan Doktor Amir. Baru tahu rasanya, doktor" Nadanya agak berang.

"Eh, akak, jangan marah. Senyum sikit.. Ok lah, memang susah jadi nurse ni. Sebab tu baaaanyak pahala akak because akak banyak sabar. hehe. Patient tu dah diperiksa belum hari ni?"

"Tu la. Akak kene check dia sorang-sorang. Doktor Amir tak da pulak hari ni. Mak dia sakit katanya"

"Oo ye ke. Meh saya gantikan Doktor Amir. Jom." 

Maryam tersenyum.

"Serius ke Doktor ni?"

"Iya. Jom lah"

"Ok2. Hehe.. Jangan terkejut tau."

"InsyaAllah saya buat-buat terkejut."

"Eh, doktor ni. Suka sangat melawak."

Maryam tersenyum geli hati.

Mereka berjalan ke wad yang di maksudkan ketua Jururawat tadi.

"Ok, katil yang itu."

Kelihatan seorang pakcik yang berumur dalam 60-70 tahun sedang berbaring sambil memandang sekeping gambar. Mukanya sedih.

"Assalamu'alaikum pak cik Hamid."

Maryam membaca nama pesakit itu yang tertera di hujung katil.

"Wa'alaikumussalam."

Pak cik itu memalingkan muka. Dia seolah-solah muak dengan semua kakitangan hospital ini.

"Pak cik, saya nak check ye. Hari ni saya gantikan doktor Amir. Maaf ya mengganggu pak cik"

Maryam meneruskan pemeriksaan sambil diperhatikan ketua jururawat tadi. 

"Eh, kau boleh tak perlahan sikit cucuk tu? Aku ni sakit!"

"Eh, maaf pak cik. Saya dah buat paling perlahan tu."

"Kalau tak reti jadi doktor, jangan jadi! Buat orang makin sakit buat apa?! Aku ingat kau ni perempuan, boleh buat lembut sikit. Rupa-rupanya doktor lelaki sebelum ni lebih baik dari kau!"

"Maaf encik, jangan marah doktor ni. Dia baru aje. Dia doktor pelatih." Ketua jururawat itu mencelah.

"Hah?! Doktor pelatih kau bagi kat aku?! Aku nak pakarlah! Bukan doktor mentah!"

Suasana wad itu gamat dengan suara pak cik Hamid yang ibarat halilintar. Maryam cuba untuk tenang walaupun hakikatnya dia sendiri berdebar.

'Betullah cakap kak Miah. Dasyat sungguh..'

Maryam bermonolog sendiri.

Pang!

Dulang di atas meja disebelah katil pak cik hamid dilempar kepada Maryam. Semua yang ada disitu tercengang.

"Nyah kau! Aku tak nak tengok muka doktor pelatih macam kau rawat aku! Aku bayar bukan untuk doktor pelatih! Aku nak pakar kau faham tak?! PAKAR!"

Maryam sekadar senyum. Tapi, ye lah, mestilah sakit kena dulang aluminium tu.

'Sabar Maryam'

"Maaf lah ye pak cik. Dia memang tak patut ambil alih kerja saya."

Muncul satu suara yang menyepikan kembali keadaan wad. Amir. 

'Dia tak cuti kah?

"Puan Maryam, tak payah nak jadi baik sangat lah kan. Awak tu doktor pelatih aje. Pergi sana. Tunggu saya kat office saya."

"Eh? Kenapa nak kena tunggu di office pulak?"

"Eh, buat je la. Kak Miah pun."

Maryam dapat menghidu nasib malang. 

'Padan muka aku. Sapa suruh buat kerja memandai? aduyai.."

* * *

"Ha! Maryam! Sapa suruh hang pi kacau patient aku ha? Hang tu baru kat sini jangan bajet pro. Aku tau hang dapat pujian dari ramai MO(Medical officer) yg senior lagi dari aku sebab kau cekap dalam kerja tapi tak bermakna hang senang-senang boleh amek kerja aku."

"Maaf doktor Amir"

"Hang ni, pakai ja tudung labuh, kat luar pakai niqab. Tapi tak reti minta izin dulu ka kalau ya pun nak ganti tempat aku?"

Maryam tunduk. 

"Ha, jawab la. Awat senyap?"

"Maaf doktor Amir. Saya terlalu gopoh."

"Rasulullah tak suka gopoh!"

"Maaf.."

"Tu ja yang hang tau. Maaf, maaf, maaf. Kalau hang tak kawen dengan kawan aku, dah lama dah aku.."

"DOKTOR AMIR!"

Maryam meninggi suara.

"Saya kata saya minta maaf. Jaga mulut tu doktor. Kerana mulut badan binasa. Saya tahu doktor MO. Senior saya. Tapi doktor sendiri mesti jaga adab dengan saya. Maafkan saya sebab saya tersilap. Saya pun tak sempurna kan? Bukan maksum! Assalamu'alaikum."

Doktor Amir terdiam. Maryam keluar menerusi satu-satunya pintu dipejabatnya. Dia tersenyum. 

"Ha, kak miah, kenapa tercegat kat situ? Takkan saya nak marah akak. Akak boleh keluar."

"Kasarnya doktor Amir pada doktor Maryam. Kesian dia. Dah la berjauhan dari suami. Kat sini, kena buli dengan doktor pula. Dia tak buat salah pun. Sangat baik prestasi dia sewaktu memeriksa patient tadi. Patient tu over sensitive. Satu lagi, tak baik doktor bergurau macam tu. Dia tu dah bersuami."

"Alah, kak miah. Sekali sekala."

"Hm.. Yelah doktor. Saya keluar dulu."

* * *

"Enti sihat? Macamana jadi houseman?"

"Alhamdulillah ok aje. Abang sihat?"

"Alhamdulillah. Abang dah dapat doktor untuk buat major surgery untuk buat tumor Maryam. InsyaAllah, minggu depan."

"Alhamdulillah. Syukran.."

"Afwan. Kenapa macam sedih ni? Tak ceria macam selalu. Ada masalah ke?"

"Abang tak de patient ke? Mesti abang sibuk kan? Maryam tak nak kacau abang lah. Assalam.."

"Maryam. Tunggu."

Suasana menjadi sepi. Maryam menangis.

"Maryam menangis? Alaa.. Tak best nye tak dapat tengok dia menangis..."

"Abang. Maryam letak dulu la."

"Ok3. Asif. Abang gurau je. Kenapa ni?"

"Tak nak cerita boleh?"

"Tak boleh. Ini arahan. Cerita jugak."

"Abang.."

"iye?"

Maryam menceritakan kesedihan yang dialami sejak sebulan yang lalu. Dia di maki sebahagian dokor-doktor MO kerana kesilapan kecil. Hanya kerana dia bertudung labuh, berniqab diluar waktu kerja, dia di cop sebagai taksub. Semua yang dilakukan mesti mahu sempurna. Jika tersilap sedikit, dia akan dimaki. Walaupun pada hakikatnya prestasinya sangat bagus dan dipuji oleh doktor-doktor senior. Lebih senior dari doktor macam doktor amir.. 

"Sabar ye. Ujian Allah ni. Abang tahu, sakitnya rasa kena maki. Abang pun kena juga."

"Ye ke? isk.."

"Iye. Tapi abang buat pekak je. hehe. Abang kembali ceria bila.."

"Bila apa?"

"Bila teringatkan Maryam. "

Maryam terdiam. Sudah sebulan setengah mereka mendirikan rumah tangga tetapi Maryam masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan Mujahid.

"HA! BERGAYUT!"

Suara Amir membuatkan jantung Maryam hampir gugur.

"Oh, Amir ke tu? Dia buli Maryam juga kah? Bagi phone pada dia. Meh abang ajar sikit."

"Eh, tak payah la abang. Nanti kalut, susah."

"Bagi je.."

Maryam dapat merasakan Mujahid sedang tersenyum tenang di sebelah sana.

"Doktor Amir, Mujahid nak bercakap."

"Eh? oh, ok"

Samsung corbyII diberikan kepada doktor Amir.

"Amir. Kau sihat?"

"Alhamdulillah akhi. sihat2 ja. Hang apa habaq? Lama tak dengar crita."

Mereka berborak seketika dan Maryam hanya memerhati.

'Nasib baik lunch hour.'

Dia bermonolog sendiri.

"Amir. Isteri ana tu sakit. Ana nak enta protect dia. Tapi jangan over plak. Nahas enta kalau over. Ana cari sampai ke lubang cacing nanti! Dan tolong rahsiakan hal ni dari sesiapa pun. Termasuk Maryam."

"Asif akhi. Ana pernah ter-over gurau dengan dia. Tapi dia marah ana balik. Bagus lah isteri enta pandai protect diri. hehe. Boleh ana tahu, sakit apa?"

"brain tumor. satu minggu lagi kena bedah. Ana nak pesan satu lagi. Maryam bukan maksum. Kalau dia tersalah sikit, tak perlu enta jerit2 macam tadi. okay?"

'Sentap. Dia dengar kot.'

"Asif akhi. Jangan cerita kat murabbi tau. huhu.."

"ok2, jaga isteri ana. Ana ada patient jap lagi. Bagi pada Maryam semula boleh?"

"Boleh saja akh. Nanti kita borak2 lagi."

"InsyaAllah"

"Nah Maryam. Suami terchenta nak bercakap. Dan.. Maafkan aku na.. Aku janji tak marah hang lagi."

"Er, ok."

"Maryam, abang ada patient. Lagi seminggu kita jumpa ye. Jangan nages2 tau. Nanges kat Allah dan abang je. Orang lain jangan. hehe"

"InsyaAllah.. Kelakar lah.. Assalamu'alaika"

"Wa'alaiki. Uhibbuki Fillah."

"Wa ana kaman."

Maryam berjalan meniggalkan doktor Amir tanpa sebarang bicara. Dia tidak mahu bertanya apa yang dibincangkan doktor Amir dan suaminya. Dia masih terkesan dengan perbuatan yang dianggapnya tak patut doktor Amir lakukan di pejabatnya tadi.

* * *

Beberapa wajah bermain di fikiran Maryam. Doktor Amir, Walid, dan Ibu.

"Maryam, salah lah! tak boleh macam tu!"


"Maryam! Kan walid dah bagi tahu, kena punctual!"


"Maryam! Mana boleh solat lewat macam ni!"


"Maryam! kalau semua maryam salah buat, macamana nak jadi daei?!"



"ARGH!! SEMUA NAK KENE PERFECT KE HAH??!"

'Eh, mimpi rupanya.. Baru pukul 3.00 pagi..'

Tiba-tiba Mujahid muncul di hadapan pintu bilik dalam keadaan tercunggap-cunggap.

"Kenapa enti menjerit? Nampak hantukah?"

"Eh, tak. mimpi aje.."

Mujahid yang baru selesai tahajjud itu duduk disebelah Maryam yang nampak agak binggung. Entah kenapa,  Maryam berkelakuan pelik sejak kebelakangan ini.

"Maryam.. Kenapa kebelakangan ni enti macam.. Pelik je?"

"Pelik macamana abang?"

"Ya lah, selalu mimpi jerit-jerit. Abang jadi seram pulak."

Mujahid ketawa kecil.

"Eh, orang kalau seram mana ketawalah! Huh.."

"Ye lah.. So, kenapa ni? Ce cter , ce cter.."

Maryam tak mampu nak ketawa walaupun pada hakikatnya gelagat Mujahid memang lucu ketika itu.

"Maryam terkenang yang lepas. Bila mana Maryam selalu kena marah sebab tersilap. Salah kecil pun kena marah. People expect me to be prefect and I cannot do anything wrong in front of them. Its bothering me."

"Amboi. Speaking London ha? Hehe.. Tapi, Kenapa perkara kecil macam ni boleh menganggu Maryam ye? Bukankah Maryam memang dah kebal dengan benda-benda ni? Abang tengok, muka Maryam cool je bila kena marah. Hm?"

"Mungkin sebab.. Maryam pendam.."

"Oo.. Mungkin.. Maryam, orang expect Maryam perfect, sebab mereka respect Maryam. Mereka takkan buat macam tu kalau mereka rasa Maryam tak bagus. Bersangka baik ya. Sudahlah. Alang-alang dah bangun ni, pergi tahajjud dulu. Pagi nanti, abang masakkan. Then, kita prepare ke hospital. Waktunya sudah tiba. InsyaAllah, kheir."

"Eh, baiknya dia.. Tak pernah-pernah nak masak, tiba-tiba nak masak pulak. Mentang-mentang la hari ni Maryam operate.."

"Biar lah~"

Ketawa mereka memecahkan kesunyian pagi. Kecerian menghiasi wajah mereka. Gembira.

* * *

"Abang, Maryam nak minta satu je. Boleh?"

Mujahid cuba untuk bertenang walaupun pada hakikatnya, jantungnya terasa mahu meletup ketika itu.

"Ya Maryam?"

"Abang jangan sedih kalau.. Maryam pergi.."

"Eh, jangan cakap macam tu lah. Shh. Diam, diam."

Mujahid memalingkan kepala. Tidak sanggup menatapi wajah itu. Air mata tahajjudnya yang sudah kering pagi tadi, sambung mengalir membasahi pipinya di hospital.

"Janganlah nanges. Tak kacak la."

Mujahid tidak mahu memalingkan kembali wajahnya. Namun Maryam tersenyum dan berkata,

"Syukran jazilan. Kerana sudi menikahi Maryam. Walaupun abang tahu, risiko kehilangan Maryam.."

"Maryam, sudahlah. Jangan cakap lagi. Abang tak sanggup dengar. Tolong.. Please.."

"Asif. Ana Uhibbuka. Fillah.."

Katil Maryam ditolak masuk ke dewan bedah.

'Wa ana kaman..'

Mujahid hanya menjawab di dalam hati. Tak sanggup berbicara lagi. Sedari awal perkahwinan, tidak pernah dia terlupa untuk mendoakan isterinya. Walaupun wajahnya tampak ceria, tetapi gusar di jiwa, hanya Allah yang tahu.

"Ya Allah, rahmatilah isteriku. Aku redha atas segala ketentuan-Mu."

Kedua tangannya diletakkan di dada. Cuba menenangkan diri. Bibirnya basah mengalunkan zikir. Namun, air mata pengharapan terus mengalir.

* * *

Beberapa jam berlalu dan Mujahid mula risau.

'Kenapa lama sangat? Ya Allah.. Permudahkanlah..'

Lampu dihadapan dewan pembedahan terpadam. Pembedahan selesai. Mujahid orang yang pertama bangun dari tempat duduknya dan diikuti ibu dan ayah Mujahid, dan Ibu dan walid Maryam.

"Macamana doktor?"

"Mujahid. Ana minta maaf. Ana dah cuba. Tapi Allah penentu semuanya. Maryam tak dapat diseamatkan. Asif."

Doktor itu menangis kerana gagal menyelamatkan nyawa Maryam, isteri sahabatnya.

Mujahid terpana. Bagaikan tidak percaya. Ibu dan walid Maryam saling berpelukan kerana terlalu sebak dengan pemergian Maryam.

"Ana nak tengok sendiri. Ana tak percaya."

"Silakan akh.."

Doktor pakar itu memberi laluan. Mujahid mengetap bibir. Dia tidak percaya.

"Akh Mujahid, Maryam berikan ana surat ini. Untuk disampaikan pada enta."

Mujahid kelu tanpa sebarang bicara. Hanya matanya yang menzahirkan rasa di jiwa.

Surat itu dibuka.

Bismillah.. 
Abang, maafkan Maryam kerana tidak melayan abang dengan sebaiknya. Maryam dapat jangka Maryam tak akan selamat. Sebab Maryam sudah kaji keadaan diri Maryam. Maryam sengaja tidak begitu mesra dengan abang supaya abang tidak terlalu sayang pada Maryam. Tapi rupanya, makin Maryam tidak pedulikan abang, makin abang dekat dengan Maryam. Maryam minta maaf jika abang kesal dengan ikatan perkahwinan ini. Maafkan Maryam kerana tidak dapat menjadi isteri yang abang idamkan. Asif. Maryam sayangkan abang sejak mula kita menikah dan semakin hari semakin bertambah. Cuma tidak berani Maryam zahirkan. Maafkan Maryam. Sampaikan maaf Maryam pada ibu dan walid, ibu dan ayah abang juga. Maafkan Maryam kerana tidak sempurna. 


Ana uhibbuka fillah. Abadan, abada. 


Maryam


Mujahid rebah. Matanya berpinar. Penglihatannya mula kabur.

'Abang pun bakal pergi. Cuma abang tak sanggup melihat Maryam pergi dulu..'

"Mujahid!"

* * *

Tiga bulan Maryam kembali bertemu Ilahi, Mujahid hidup dalam kesunyian. Kesan pemergian Maryam begitu mendalam sekali.

Hari itu dia mengambil keputusan untuk tinggal dua hari di rumah ibu dan ayahnya. Kebetulan dia dapat cuti tiga hari.

Mujahid terlena di hadapan rumahnya selepas mengulang hafalan quran beberapa surah.


Suasana di tempat itu sepi. Mujahid tenang di situ.


Kelihatan seseorang sedang menghampirinya dan menghulurkan tangan. Disambutnya huluran itu dan mereka berjalan beriringan.


Menuju ke satu destinasi yang kelihatan bercahaya.


Destinasi yang tampak indah.




"Mujahid, bangun nak. Bangun."

Dia tidak menyahut. Al-Quran terlepas dari tangannya.

Ayah Mujahid pantas membawanya ke hospital tempat Maryam dibedah dengan bantuan anaknya yang bongsu, Syahidan.

* * *

"Maaf pakcik."

Ayahnya tersenyum. Redha.

"Tak apa nak. Dia sudah bersedia dengan pemergiannya. Memang sudah sampai waktu dia pergi. Bersama dengan isteri yang terlalu disayanginya."

"Kenapa pak cik seolah-olah tahu dia akan pergi?"

"Kerana dia ada Brain Cancer."

* * *

"Kenapa abang tak bagi tau Maryam abang pun ada tumor? lagi teruk pulak tu."


"Sebab abang taknak sayang abang ni risau."


"Sebab tu ke nikah dengan Maryam?"


"Boleh la. Hehe. Tak adalah. Sebab.. Abang memang ikhlas. :)"


mereka tenang disana. Alhamdulillah. 









-the end-

Wah! habis jugak! Alhamdulillah.. Ok, Maaf kalau tak best. Ni semua pengaruh novel Hilal Asyraf. :P



3 comments:

  1. Waahh~

    cerita macam nk kawen betul ni..

    ReplyDelete
  2. mane ade...
    pengaruh novel semate2....
    xde kaitan..

    ReplyDelete
  3. People expect me to be prefect(suppose to be perfect) and I cannot do anything wrong in front of them. Its bothering me."

    thanks hidayah zaman. :)

    ReplyDelete