Pages

Thursday, May 17, 2012

Betulkah sudah bersedia?


بسم الله الرحمن الرحيم


In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful

Allah, I'm not as good as the prophet Muhammad s.a.w but I'm trying to be like him.



aSalaamu 'alaikum.

Bila makin meningkat umur ni, orang kata makin rasa nak menikah. betul kah? Tak jugak. Tapi betul jugak. (ok, whatever la.. lalala~) Ana dengar-dengar ada sahabat yang nak kawen dalam masa yang terdekat ni. Tahniah @ mabrook ukhti. Ada jugak yang minta nasihat :

"Ana rasa nak nikah la lepas ni. Enti rasa macamana?"

"Bila tu ukhti?"

"Secepat yang boleh.."

"Oh ye? Dah ada calon? Mak ayah kata apa?"

"InsyaAllah, depa ok ja. Calon, insyaAllah ada.."

"Enti serius? Tak nak tunggu dulu beberapa tahun ke? Hehe."

"Ana takut hati ana tak terjaga ukhti.."

Ok, ana tak kata salah nak menikah awal. Malah, dalam daurah yang ana hadiri baru-baru ni, Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar kata :

"Antara sebab utama pengurangan umat islam adalah muda mudi yang lambat nikah. Sebab apa? Sebab tak mampu la, nak tunggu abis belajar la.. Sedangkan islam memang menggalakkan ummatnya untuk kawen awal. Nah, kita kan ada nikah misyar? Sekarang la masa paling sesuai untuk anda bernikah. Ha, sekarang ni, balik ni terus minta nikah.(dia melawak je..)"

Berderai ketawa kami dalam dewan kuliah tu. Lawak. 

Tapi akhi wa ukhti,
Betulkah sudah bersedia? Sebelum buat keputusan nak menikah, kena faham tujuannya, apa risikonya, perancangan-perancangannya. Fardu muslim kita macamana? 

Kalau yang muslimatnya, boleh tak uruskan rumah tangga sambil belajar? mampu tak nak pastikan rumah tangga dalam keadaan teratur sentiasa? Ha! sikap membebel tu boleh control tak? :P 

aQilah, nobody is perfect la. biasa la tu kalau bersepah rumah kadang-kadang. 

Ye. Betul. Tapi..

Kalau ayah ana, Bersepah sikit pun beliau dah marah. Katanya, kita orang Islam, kena SENTIASA kemas. Ana terbayang la.. Macamana keadaan rumah sesuatu pasangan tu kalau masing2 tak reti nak jaga "pemandangan" dalam rumah? Lagi2 kalau dapat suami yang.. Cerewet mungkin?(ehehe)

Tapi, untuk muslimin pula, jangan ingat tanggungjawab mengemas rumah, masak, basuh pinggan, basuh baju, sapu lantai, lipat baju, jemur baju, basuh toilet tu semua kerja isteri. Si suami pun kena take part. Kesian si isteri tu nanti. Tension dia.. (Oi3. bercakap mcm dia tu kaunselor jep.. hehe..)

Memang la kadang-kadang tak sempat. Tapi ana terbayang macam ni :


"Eh, awak. Kenapa rumah bersepah sangat ni?" tanya si suami.

"Er.. asif la. tak sempat nak kemas. penat sangat." kata si isteri yg baru bangun tido.

"Tapi jangan la biar banyak sangat sepahnye.. Saye pun penat jugak. Lagi penat bila tengok situasi macam ni.." suami mula mengeluh.

"Er....." kelu.


Sudoh khijo la lagu ni.

Tapi kannn..

Situasi ini insyaAllah kureng laa...  kalau masing2 tu sudah bersedia dari segi rohani dan fizikalnya untuk menghadapi badai yang mungkin melanda bahtera rumah tangga. (cewah! sastera!)

Bukan nak bajet pandai, akhi wa ukhti. Ana pun tak kawen lagi. Memang orang kata, tak layak nak cakap hal2 gini. Tapi, ana cuma nak akhi wa ukhti berfikir sejenak dengan rasional, bukan atas dasar nafsu semata-mata.

Betulkah sudah bersedia?

Kalau sudah, Alhamdulillah, jangan lupa jemput ana. :)

Tapi kalau belum, tak pa, kita islah diri banyak-banyak. Jodoh itu kuasa Allah. Kalau tak sempat kawen kat dunia, Syurga kan ada! (moga tak masuk neraka. amin2..)

Yang penting... CINTA ALLAH!

Itu lebih aula~ 

Asif kalau pendapat ana ni salah. boleh comment ye.

jazakumullah. :)

p/s : Takutnye kalau kita cinta manusia lebih dari Allah. Sebab, asas cinta itu tak kukuh. Bila-bila pun boleh roboh. Asas cinta antara manusia = cinta pada Allah dan Rasul melebihi SEGALA-GALANYA. Sementara masih bujang(ok, lawak ayat ni) JOM sama2 mantop kan FM(Fardu Muslim) kita! Then baru selamat nak naik tangga. :)

macam biasa, ini peringatan untuk ana juga. :)


3 comments:

  1. jarak msa x melambgkan kematngan sebnarny.. mtng 2 sgt sbjektf bgi ana..cop,cma nak ckap spa nak nikah awl silakan,tpi jgn lpa jemput k,,^_^

    ReplyDelete
  2. btol2. yg penting, mampu atau tidak. :D
    enti pun, kalo sampai seru,jangan lupa jemput ana!
    ahaha! XP

    ReplyDelete
  3. Jika cinta Allah dan Rasullullah diutamakan,maka cinta manusia akan Allah kurniakan. ^_^

    ReplyDelete