Pages

Sunday, May 27, 2012

Bintang-bintang hatiku. (sentimental)

بسم الله الرحمن الحيم

In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful
Allah, I'm not as good as the prophet Muhammad s.a.w but I'm trying to be like him.





Manusia hanya mampu merancang, 
Tetapi perancangan-Nya jua yang terbaik.
Tak kira betapa gigih kau berusaha, namun Dia lebih tahu.
Ketahuilah bilamana awan mendung menyelubungi pagi hari, 
dan hujan masih belum berhenti,
Yakinkan dirimu,
Pasti sebentar lagi, akan muncul pelangi.

Aku pasti tidak akan melupakan bintang-bintang hatiku.
Kerana mereka yang mewarnai hidupku di jalan ini.
Tidak akan pernah aku lupa ikatan hati kita.
Walaupun kalian jauh di mata, 
Sukar untuk kita bersua,
Namun ikatan ini tetap tersimpul kukuh.
Tidak akan pernah terbuka.
Kecuali dengan izin-Nya.

Dia yang Maha tahu.
Dia lebih tahu perasaan ku berpisah dari kalian,
Sahabat fillah ku.

Aku sentiasa merindui bintang-bintang hatiku.
Kalian tidak akan ada pengganti.
Jika ada pun, tidak akan sama dengan kalian.
Setiap bintang ku mempunyai cahayanya yang tersendiri.
Cahaya yang menggembirakan hatiku kala duka.
Menerangi malam ku kala gelita.
Menenangkan jiwa kala derita.

Allah,
Hanya Kau Maha Tahu!
Mengapa begini pengakhiran bagi ku.
Mungkin, ada yang lebih baik menanti.

Tapi tidak dapat aku menafikan retaknya hatiku.
Hancurnya harapanku.
Pedihnya jiwaku.
Bila mana aku terpaksa menelusuri jalan ini,
Tanpa ditemani bintang-bintang hatiku.

Aku sentiasa merindui mereka. 
Malamku yang dipersembahkan kepada Mu..
Antaranya agar Kau pelihara mereka. 

Mereka bintang-bintang hatiku.
Dan selama-lamanya mereka akan kekal begitu.


* * *


I love all of you with all my heart. And it will always be that way.
Maybe you cannot see it.
But if you look closer, you can feel it.
I love all of you, my sahabah.

2 comments: