Pages

Friday, May 11, 2012

Bulatan gembira




بسم الله الرحمن الرحيم


In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful
Allah, I'm not as good as the prophet Muhammad s.a.w but I'm trying to be like him.


Dulu, ana tercari-cari.. dimana ukhuwah fillah yang orang duk sibuk bualkan. 
Dulu, ana terfikir.. wujudkah lagi satu kumpulan yang bertemu dan berpisah kerana Allah?
Dulu, ana tercari-cari.. dimana sumber ilmu yang dapat memahamkan diri ini tentang siapa kita.

Dan Alhamdulillah, ana bertemu dengan Bulatan Gembira. Bulatan yang mana dapat menyuburkan kembali IMAN ini. Memantapkan lagi kepimpinan diri. Meng-Qowiy-kan lagi jasadi dan ruhiy.

Dalam Bulatan Gembira ini, ana mengenal ukhuwah. Bertemu berpisah kerana Allah. Jasad kami banyak. Tapi hati kami satu. Sungguh, Allah telah mengurniakan Cinta yang agung kepada hamba-hambaNYA yang berkumpul kerana Dia. Ya. Semuanya kerana Dia.

Walaupun berbeza pendapat, tapi perbezaan itu meng-Qowiy-kan kami. Pertelingkahan yang pernah terjadi mematangkan kami. Rapatnya kami tidak terletak pada pertemuan. Tapi ikatan hati.



Ikatan.
Bila diimbas kembali detik2 kita bersama, ana akan jadi sangat gembira. Ikatan hati ini tidak pernah ana jumpai dimana-mana. 

Teringat saat pertama berkenalan dengan Bulatan Gembira. Hati ini tertanya-tanya. 

Siapa mereka? 
Dari mana mereka datang?
Mengapa begitu mesra?
Ibarat berbagai jasad tapi.. 1 hati!

Allah, aku sungguh bersyukur kerana mengenali mereka. 

Sahabat2, jom sama-sama naik tangga yep! Tangga maratib amal. Sehingga kita mencapai matlamat kita.
USTAZIATUL ALAM.



uhibbukum fillah. Wa la tansani fiddu'akum. :)

No comments:

Post a Comment