Pages

Sunday, May 13, 2012

Daurah fiQhiyah 2012



بسم الله الرحمن الرحيم


In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful
Allah, I'm not as good as the prophet Muhammad s.a.w but I'm trying to be like him.




12 mei 2012. Buat pertama kalinya ana dapat lepas pergi program Ilmiah yang disyorkan oleh seorang sahabat.  Alhamdulillah. 

Daurah fiqhiyah? Kenapa pergi? Nak ambil subjek agama ke nanti? 

Tak boleh ke student science nak pergi dengar daurah fiQh? Bukankah ilmu tentang islam ini wajib kita terokai? Tak dapat banyak macam mereka pun, at least, ada usaha untuk mendalami. Tak banyak pun, tak apa. Allah tahu menilai usaha kita. :)

Seawal 7.30 pagi, kami bertolak ke USIM, Nilai. Sebelum sampai ke USIM, alhamdulillah, dengan izin Allah, ana bertemu dengan seorang sahabat lama. Lebih satu tahun tak jumpa. (Seronok  giler  jiddan).

8.50 pagi lebih kurang, kami tiba di USIM. Macam rusa masuk kampung, sesat sekejap. Kejap je. Hampir salah masuk jalan. Besar jugak USIM ni. Akhirnya, sampai juga di DKP3. Jalan-jalan, ada orang kat situ tanya :

"ni nak ke kursus perkahwinan ke?"

Pulok doh. 

"Eh, tak, tak. Daurah fiQhiyah,"

"owh. ok3. DKP3 ye."

"ok3. :)"

Sampai di tempat pendaftaran, kami mendaftar dan terus masuk ke dewan kuliah. Not bad. 350 peserta lebih kurang. 

Sesi daurah berjalan. Banyak ilmu kami dapat. Tapi, agak segan sebab yang ada dalam daurah ni, peserta-peserta dia student2 fiQh, ada student law. Ana ni ex-matrik je. huhu.. (ok, agak rendah diri disitu)

Yang menjadi penyeri wajah ana adalah bila ana jumpa sahabat2 seperjuangan which is senior than ana kat USIM tu. waaaaa~

Sangat comel + cool + bergayanya pertemuan yang Allah aturkan itu. Ana seyum memanjang bila bertentang mata dengan mereka. Tak kurang jugak, ana jumpa fasi time program kepimpinan peringkat matrikulasi yang buli kami. haha. Tak adalah buli sangat. Biasa lah, nama pun program kepimpinan. Teringat pulak yang jubah ana koyak sebab dia suruh kami ramai2 merangkak dengan laju ke arah satu tembok. (adalah sebab2nya). Kenangan. 






Tak dapat ana nafikan. Banyak ilmu yang kami dapat. Sangat. Moga Allah permudahkan lagi untuk menyertai majlis-majlis ilmu sebegini. 

“Jika engkau ingin mengenali seseorang, kenalilah daripada buku-buku diperpustakaanya”.


Ungkapan yang dikeluarkan oleh Imam Hasan Al Banna. Beliau juga menasihatkan agar setiap rumah mempunyai perpustakaannya sendiri. Ini menunjukkan betapa pentingnya sikap menuntut ilmu dan membaca buku dalam kehidupan kita.”
― Imam Hasan Al Banna


wAllahu'alam.


No comments:

Post a Comment