Pages

Monday, June 4, 2012

flash back



بسم الله الرحمن الحيم

In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful
Allah, I'm not as good as the prophet Muhammad s.a.w but I'm trying to be like him.


Di malam yang sepi lagi sejuk, saya(ok, start pakai "saya" bcoz nmpak bahasa umum skit) masih belum melelapkan mata. Sedari tadi sibuk menyiapkan beberapa kerja yang perlu disubmit dalam masa terdekat ini. (Whoa.. Sejuknye malam ni. Alhamdulillah..)


-graf yang osem-

Teringat saat pertama saya mengenal graf ISK. Secara tak langsung, bermulalah pencarian kebenaran dalam diri saya. Dulu, tiada siapa yang nak tolong expalin face to face pada saya. Tapi alhamdulillah, ada seorang senior yang baik hati telah bantu untuk explain kan graf  itu melalui YM. Saya tahu dia student medik. Tapi senior tu dengan tenang dan tidak kesahnye menerangkan. Saya meneliti graf ISK dan teruskan mencari sendiri sejauh mana kebenaran graf itu. Saya kagum. Sangat hebat. Satu graf saja boleh menceritakan asal sejarah kita(ISLAM). 

Saya mula menceritakan kepada rakan-rakan tentang graf itu dan setiap kali saya bercerita, saya akan bercerita dengan penuh excited dan bersemangat! Namun, saya tahu. Ilmu saya tentang graf itu masih belum kukuh. Setakat tahu di atas angin sahaja. 

Siapa nak ceritakan lagi?

Maka tak semena-mena Allah aturkan perkenalan saya dengan seorang kakak yang bertugas sebagai MO di sebuah hospital di Galway, Ireland. Seronok dengar cerita dari dia. Kak hanim. Thank you Allah, sebab sudah pertemukan aku dengan kak hanim walaupun hanya di alam maya. Banyak cerita-cerita yang bukan hanya cerita biasa yang saya perolehi hasil penceritaan akak ni. Membuatkan saya bertambah kagum.

Kemudian, dengan izin Allah, kenalan di atas jalan juang ini bertambah. Sekali lagi, Allah aturkan perkenalan dengan seorang sahabat yang banyak menceritakan tentang osem-nya ukhuwah atas dasar aqidah. Sekali lagi, saya kagum. Terasa ingin sekali berada ditempatnya yang selalu keluar ber-usrah. Saya juga mahu merasakan feel usrah itu. Memanglah dulu kat sekolah ada usrah. Tapi ini lain. Ini uSrAh.

Masa terus berlalu dan akhirnya, Allah yang Maha Pemurah, Penyayang dan segala puji-pujian bagi-Nya telah mencampakkan saya kedalam satu kelompok yang comel ukhuwahnya. Jelas tujuannya. Saya mula merasai kelainan dalam hidup saya. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Terlalu banyak. Makin banyak saya tahu, Terasa makin.. noob. heh.

Maka kini, saya terus berdoa agar Allah Tuhan semesta Alam tidak akan putus-putus melimpahkan diri ini kasih sayang-Nya, keampunan-Nya, petunjuk-Nya dan perlindungan-Nya. Agar dapat di dalami lagi, dapat gali3 lagi ilmu dan feel dalam menjadi seorang muslim yang mukmin dan mujahidin. Kerana tanpa Dia dan segala kurniaan-Nya, saya tak berguna. Kita semua tak berguna tanpa Dia. useless

Kebenaran bukanlah sesuatu yang kita boleh tunggu bergolek-golek datang pada kita. Ataupun terbang melayang dengan sendirinya. Kita yang perlu usahakan. Perlu mencari. Baru la feel. Baru la meresap dalam jiwa. (oh, sangat osem!)


Nak jumpa kak Hanim. 
Moga diizin-Nya.:)
amin3!

2 comments: