Pages

Thursday, June 7, 2012

. Formula . Solat . Khusyu .


بسم الله الرحمن الحيم
tegakkan Islam di dalam dirimu, nescaya Islam akan tertegak di tanah airmu.




Imam al-ghazali mengariskan bahawa syarat khusyuk dalam solat itu ada 6.

1. Hudurul Qalbi (Menghadirkan Hati)
Hatinya hanya berada dalam zon solat. Tidak dipengaruhi perkara lain.

2. Tafahhum (Penghayatan)
Mengerti dan memahami apa yang dibaca dalam shalat. dengan bekal pemahaman atas apa yang dibaca dalam shalat, seseorang dapat memusatkan dan fokuskan fikirannya pada bacaan. dan setelah memahami erti dan maksud dari bacaan, mestilah di hayati.
3. Ta’dzim (Membesarkan Allah SWT)
Mengakui kebesaran Allah adalah pujian kepada Allah SWT atas Maha hebatNya atas segala nikmat yang diberikanNya. kebesaran atas kekuasaanNya yang tak tertandingi, yang menciptakan bumi dan langit berserta isinya, serta kagum atas kehebatan Allah yang maha besar atas segalanya.
4. Haibah (Takut dan Kagum atas kebesaran Allah SWT)
“Dari abi Rihanah sesungguhnya ia bersama Rasulullah SAW pada suatu peperangan, kemudian dia mendengar pada suatu malam Rasulullah SAW berdoa, api neraka haram menyentuh orang yang bergadang untuk ibadah di jalan Allah dan api neraka haram menyentuh orang yang air matanya mengalir karena takut kepada Allah. (H.R. ad Darimi)
5. Raja’ (Mengharap ampunan Allah)
QS : 2:218. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
6. Haya’ (Rasa Malu)
QS : 16:19. “Dan Allah mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan apa yang kamu tampakan” "
Dan kenapa kita pada hari ini merupakan generasi yg pincang akhlaknya? Kerana solat tidak sempurna. Solat sekadar cukup syarat. Jika ditanya :

Q : Kenapa solat?
A : Allah suruh.
Q : Jadi, apa rasanya bila solat? 
A : Sepatutnya khusyu' dan tenang.
Q : Macamana tu rasa khusyu' dan tenang? 
A : Err.. Ntah lah. Tak selalu rasa pun.
Q : Haa? dah tu, tadi kate solat dapat rasa khusyu' dan tenang?
A : Iya lah, tapi.. Susah nk rasa..
Q : kenapa ya?
A : Tak tahu lah. aku dah try nak khusyu'. tapi jarang la dapat. Tak pernah plak orang cerita fasal formula khusyu' ni. Kalau ada pun, aku tak faham. Macam.. Bayangkan dikanan syurga, kiri neraka. belakang malaikat maut. tu je. memang la takut malaikat maut kat blakang. Tapi dah lain dah solat tu. Jadi takut kat malaikat maut plak dah. aiseyman..

Okep. Sekarang sudah tahu formula yang digariskan Imam al-Ghazali. Bila fikirkan semula, macam-macam formula yang kita perlu amalkan. ma'turat, manzil, al-mulk, puasa isnin khamis, tahajjud paling kurang 3 kali seminggu, senyum sokmo, zikir sokmo, jauhkan perkara lagha dan macam-macam lagi. Tak penatkah? Well. Tak. Haha. Anda akan menemui nilai ke-Osem-an ini hanya pada..

jeng jeng jeng..

MUSLIM.

Muslim itu hebat. 
Kerana mereka ikut ajaran Tuhan. 
Siapa lagi yang mempunyai formula success yang Maha hebat melainkan Allah? Tak ada lah!
Baru-baru ni saya baca novel "Takdir" karangan Hilal Asyraf. 
Sebuah Epik Islami yang hebat. 
Sampai saya bermimpi jadi pahlawan macam Syu'bah Mugirah dan Angkasa serta sahabat-sahabat mereka yang cekal dalam medan juang untuk mengalahkan Sang Asura yang tamak haloba dan berani mencabar Tuhan. Terasa mesej-mesej dalam novel itu meresap kejiwa dan mengalir dalam darah saya sekaligus semangat pahlawan terus membara.
Mana nak dapat feel sebagai seorang muslim, mukmin, pejuang sejati kalau bukan dari solat?
Nak jadi muslim sejati?
Mestilah kena tinggalkan perbuatan yang boleh merosakkan reputasi sebagai seorang muslim yang osem. 


So, Jom. Amalkan formula ini. Sama-sama ea? :)

>>selingan :
Alhamdulillah, sampai juga ke masjid besi. Dah lama nak pergi. Semalam dapatlah kesana bersama family terchenta. :)

 seriously .. cantik.

 ehem. sapa ntah.

 mmg besar bilik wudu dy. Ayah sampai tak jumpa tandas.
 encik boss a.k.a ayah
 ehem. 
ingatkan lantai, rupa2nya air. sugoi!
Hajat tercapai. Thank you Allah. Dah lewat. takut tak terbangun pula sahur jap lagi. 
I'm off for now~ 

2 comments: