Pages

Friday, June 22, 2012

Mati itu pasti. Bersedialah.



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
QS (3:185) Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Salam 'alaik. 

Ya, setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Tidak akan terlewat sesaat dan tidak akan terawal sesaat. Bila waktu itu tiba, tiada yang boleh mengelak. Walaupun kita mengurung diri dalam kotak besi yang dililit dengan rantai besi setebal 2 inci sekalipun, maut pasti akan datang mencari, menarik dan mencabut nyawa dari jasad dengan pedihnya. 

Kalau kita biasa tengok dalam drama melayu, bila ada orang gaduh sampai nak bunuh-bunuh, maka ada lah watak yang tiba-tiba kata :

"Aku ni boss kau, bagi gaji kat kau! tolong pinjamkan duit pada kau! sekarang, sanggup kau bunuh aku?!"

tak pun :

"Tolong la, bagi aku peluang sekali je lagi.. Aku janji tak buat naya kat hang lagi dah.. Janji nih...!"

Tapi, tu bila manusia bertemu dgn manusia. Kalau bertemu dengan malaikat maut? 

Tak berguna lagi pangkat dan harta dunia. Tiada guna lagi minta peluang kedua.

Sentap.

Jangan kita jadi macam firaun yang mana di akhir hayat baru nak mengaku Allah itu Tuhan. Last-last.. Na'uzubillah. Maksudnya, janganlah di akhir hayat nanti baru nak menyesal, menangis sebab tidak patuh pada suruhan Rabb kita. Sebab, waktu tu... dah tak berguna dah segala air mata. Saat nyawa sampai di kerongkong..... Tiada lagi taubat buat kita..


QS(75:26). Sekali-kali jangan. Apabila nafas (seseorang) telah (mendesak) sampai ke kerongkongan,

QS(75:27). dan dikatakan (kepadanya): "Siapakah yang dapat menyembuhkan?",

QS(75:28). dan dia yakin bahwa sesungguhnya itulah waktu perpisahan (dengan dunia)


Sebenarnya, baru-baru ni ada seorang senior saya telah kembali ke rahmatullah. Tak sempat berbulatan gembira pun dengan beliau. Termasuklah seorang murabbi.. Yang mana kehebatannya Masya-Allah.. Senior-senior cerita, pengisian dari beliau sungguh awesome.. 



Ustaz Yahya Othman..
Moga tergolong dalam golongan yang soleh.. amin.

Kak Zarina.. 
Moga tergolong dalam golongan yang solehah. Tak sempat jumpa akak, akak dah pergi dulu. Allah lebih sayangkan akak..

Waktu kita akan tiba. Cuma tak tahu bila. Bersedialah.


wAllahu'alam.



2 comments:

  1. http://kebangkitankedua.blogspot.com/2012/06/sang-murabbi.html

    sekadar berkongsi :)

    jemput :) ada kaitan

    ReplyDelete
  2. syukrn. beliau mmg murabbi yg hebat.

    ReplyDelete