Pages

Sunday, June 17, 2012

Roda Masa


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Imbaslah kenangan semalam sebagai azimat penguat semangat untuk menempuh masa hadapan.
Harapanku moga kau bahagia selalu. 


Salam 'alaik.

Orang kata hidup ni macam roda. Bulat dan terus bergerak. Takkan berhenti walau sesaat dengan izin-Nya. Jika dahulu kala kita hanyalah budak hingusan yang cuma tahu makan, bercakap, main basikal dan tidur, sekadar solat kerana ibu suruh kalau tidak kena rotan, takkan kita masih mahu jadi seperti itu apabila umur semakin menigkat remaja? Jika dahulu kala kita hidup tanpa mengetahui tujuan sebenar penciptaan kita, takkan sekarang pun kita masih membiarkan diri kita buta dan tuli dari menyedari hakikat sebenar hidup kita?



Apapun, roda masa akan terus bergerak. Yang silam kekal silam. Masa depan sedang menanti dengan penuh misteri. Maka rugilah mereka yang tidak menyedari hakikat sebenar kewujudannya di bumi Allah Ta'ala ini. 

Kenapa belajar? Supaya dapat kerja yang bagus dan dapat hidup dengan baik. Lepas tu boleh la tolong orang. 

Lepas tu.

cop.

Lepas tu ?

Habis, sebelum tu tak nak tolong orang?

Bukan tak nak tolong. Tapi kita utamakan diri kita dulu, baru orang lain. Biar kita berjaya dulu, baru senang nak tolong orang lain. Lagipun, biarlah orang lain yang mulakan. Dah up sket nanti, baru la join. 

Heh.

Teringat kata-kata seorang akh.

"Tak da akai sapa yang duk kata tunggu abih belajaq, biar senang dulu baru nak dakwah"
-akh x-

Kalau la tunggu semua senang baru nak tolong orang, memang tak jalan la jawabnya. Dakwah itu tak kira apa status kita, ia tetap wajib. 

QS : 61:10. Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? [as-saff]

QS : 61:11. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, [as-saff]

So, dakwah tu anggkat pedang ka?

Siapa kata? Dakwah tu macam-macam. Melalui akhlak yang baik, menyeru kepada kebaikan dan macam-macam lagi. Tapi dakwah ni tak boleh la buat suka kita. Kena belajar cara-cara dia dan kefahaman yang betul. Kalau tak, boleh sesat. Sebab tu pentingnya peranan si daei yang berada dalam bulatan gembira untuk expose-kan diri mereka pada masyarakat supaya, bila masyarakat nak join dakwah, mereka tahu nak cari siapa. 

Kalau masyarakat tak tahu macamana nak ikut jalan yang Allah tunjuk disebabkan tiada guidance, kita yang salah. Ya. Kita, manusia yang mengaku sebagai ahli saff pejuang yang mendapat didikan dari murabbi masing-masing. Yang mengaku Osem sebab dapat tarbiyyah. Yang mengaku bergaya sebab banyak ikut daurah.

Roda masa akan terus berjalan dan masyarkat masih jauh tertinggal di belakang. Jauh hanyut dek arus modenisasi yang meninggalkan gaya hidup sihat yang sebenar yaitu Islam

Sedar la umat Muhammad. Please. Carilah bahan-bahan ilmiah, kajilah sejarah kita, asal usul kita, tujuan penciptaan kita dan apa misi yang perlu kita selesaikan. Yang bulat takkan datang bergolek. Yang pipih takkan datang melayang. Cari lah sendiri dan jangan harapkan orang lain semata-mata. 

Semalam ada dua orang senior datang ke rumah. Subhanallah. Terharu rasanya. Sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak jumpa adik mereka yang masih merangkak ni. Ukhuwah kan? Cantik sungguh ukhuwah ini ya Allah. :) 

Bercerita punya cerita, saya semakin tertarik dengan jalan ini. Jalan dakwah yang osem ini. Lagi-lagi bila akhlak yang ditonjolkan mereka sungguh indah Masya-Allah. Walaupun dah lewat malam dan kepenatan, mereka masih kekal dengan senyuman. Nak nanges rase. =')

Hati-hati dalam memandu roda masa. Jangan sampai rosak roda tu sebab kecuaian kita yang selalu lalu kat lubang-lubang. Lagi teruk, kalau roda tu hancur sebab terlanggar divider jalan, terus masuk gaung dan.. Puff~ Hancus.


wAllahu'alam. 




No comments:

Post a Comment