Pages

Tuesday, June 12, 2012

salah faham dalam ikhtilat



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Tertutup jangan jumud. Terbuka jangan hanyut.


Salam 'alaik.
Kita selalu ditegur dan diajar tentang ikhtilat kan? Pergaulan antara lelaki dan wanita. Alhamdulillah kita didedahkan dengan perkara ini. Tapi yang menyedihkan, ada yang salah tafsir konsep ikhtilat sehingga menyukarkan urusan mereka.

Jom tengok balik definisi ikhtilat itu sendiri.

Ikhtilat tu pergaulan antara lelaki dan wanita. Yang mana menurut Dr. Yusuf Al-Qardhawi, hukumnya harus dan dituntut jika bertujuan baik dan untuk memenuhi keperluan. Contohnya doktor yang bertanya pesakit lain jantina tentang kesihatan pesakit tu di hospital. Contoh lagi, cikgu yang mengajar anak muridnya. Contoh lagi, kita tengah meeting tentang kepimpinan kolej dan perlukan kerjasama dari semua.
boleh rujuk sini juga. :)



Kita diharuskan berikhtilat untuk tujuan yang baik, tapi adalah garis batasannya. 

Alert! Alert! Apa dia batasan dalam ikhtilat?
1. Pakaian yang menutup aurat dan sopan.
2. Tidak memandang aurat orang lain.
3. Tidak memandang dengan syahawat.
4. Tidak melembutkan suara. Tidak terlalu keras sampai nak menangis orang yang mendengar tu.
5. Tidak memakai wangi-wangian bagi wanita.
6. Tidak membuat bahasa badan yang.. ehem. gedik. (contoh : hentak kaki, senyum malu2 kucing la konon, gelak bajet comel)
7. Tidak berdua-duaan ditempat yang mencurigakan.
8. Berakhlak sopan.

Teringat dulu masa dalam meeting, senyap macam kat kubur. Yang lelaki pun sama je. Sepatutnya yang kena dominan dalam meeting adalah lelaki, betul?(nak bantah silakan) Yang wanita pun kenalah bersuara untuk sama-sama berbincang. Tapi apa yang berlaku? Sorang dua je wanita yang bersuara dan dan sorang dua je lelaki yang bersuara sedangkan meeting itu dihadiri oleh lebih dari 10 orang? 
-_-''

Pasal yang berdua-duaan, anda jelas tak macamana tu berdua-duaan? Kalau saya beri satu situasi, seorang wanita sedang berjalan dihadapan library menuju ke bilik pensyarah, tiba-tiba ada seorang lelaki tahan dia sebab nak bertanya tentang agenda meeting malam nanti dan waktu itu ramai orang yang lalu-lalang, dan wanita itu menjawab sekadar perlu dan mereka beredar secepatnya, itu dikira berdua-duaan kah? Tidak. Macamana pula kalau waktu tu tak ada orang yang lalu-lalang, tempatnya agak tersorok dan lelaki tu pergi tahan wanita tu? Kalau sayalah, saya takkan berhenti dan minta dia mesej sahaja apa yang dia nak tanya. Elak fitnah walaupun tujuan baik. Better kan? 

Ramai yang salah tafsir konsep ikhtilat. Ramai sangat. Kadang2 rasa macam saje je nak diamkan diri biar orang lain bersuara pulak. Nak tengok apa yang jadi. Pernah la jugak buat. Ada yang berubah tapi ada yang still tak nak bercakap. Mind set kita kena betulkan. Bila meeting, meeting lah. Serius untuk meeting. Bukan main2 sampai objektif tak sampai sebab masing-masing senyap. Bila luar meeting, tak payah nak message-message kalau tak penting. Kalau penting pun sekadar perlu. Tak payah meleret-leret. Ni terbalik. Dalam meeting senyap, Luar meeting bermesej-mesej pulak. Apakah?

Kerja tu takkan selesai sendiri kalau bukan kita yang nak selesaikan. Kertas-kertas kerja tu takkan tiba-tiba siap kalau kita tak bincang bersama ahlinya.



Oh ya, ada juga yang terlalu aktif dalam meeting sampai over. Bahasa yang digunakan tidak sopan sehingga menimbulkan ke-tidak-selesa-an orang yang mendengar. Gelak kuat-kuat sampai ahli meeting rasa annoyed.  Elakkan terlalu over dan elakkan terlalu pasif. Tertutup jangan jumud, tebuka jangan hanyut. :)
Bukankan berserdehana itu the best?

Dan sebagai seorang wanita, saya nak berpesan kepada wanita. Anda mesti bersifat tegas dan serius dalam mengendalikan ikhtilat dengan si lelaki ni. Seriously, mereka takkan berani nak tanya lebih-lebih bila anda menunjukkan ketegasan anda. Tapi ada jugalah yang degil tu still bertanya-tanya tentang perkara yang bagi saya remeh (asif kalau ada yang rasa ditembak). Tapi sangat sedikit. Same goes to yang bergelar lelaki.

Pernah la juga lelaki label saya sombong sebab tak nak bercakap dengan mereka di luar meeting tentang perkara-perkara yang tak ada kaitan dengan meeting pun. Katanya nak kawan je (blah la. Mula-mula kawan, lepas tu? Prevention is better than cure right?). Tapi, biarlah. Allah tahu kenapa saya buat macam tu. Yang penting, tanggungjawab dalam meeting tu kita laksanakan. Berikan komitmen 100%.

Koreksi diri. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini.

Moga bermanfaat. :)


6 comments:

  1. aqilah, tazkirah yg lama dah x di ungkit.rindu waktu dulu. moga kita sama-sama diberi kekuatan dan petunjuk yg benar untuk diri ni.

    ReplyDelete
  2. thanks qilah. :) mengingatkan kembali diri yang pelupa ini.

    ReplyDelete
  3. QS : 103:3
    welcm.
    same2 ingat-mengingatkan. :)

    ReplyDelete
  4. lama x dtg blog qila! :)
    jazakillah~ ^^

    ReplyDelete