Pages

Wednesday, July 4, 2012

Hati Seorang Anak



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
 “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”



Salam 'alaik.
Ayah mana yang tidak sayangkan anaknya? Begitu juga anak. Anak mana yang tidak sayangkan ayahnya? Anak durhaka ye lah. Tapi tidak mungkin bagi seorang anak yang merelakan tarbiyah mengalir dalam darahnya tidak menyayangi ayahnya, bukan? Saya ingin berkongsi beberapa peristiwa yang bagi saya, sangat menyentuh hati saya dan bakal menyentuh hati anda insyaAllah. 

Dia seorang yang penyayang. Bagi saya, tiada lelaki yang lebih penyayang di atas muka bumi ini selepas Rasulullah melainkan dia. Dia ayah saya. Marahnya ayah, untuk mendidik kami. Garangnya ayah untuk menjaga kami. Ayah sanggup lakukan apa saja untuk mempertahankan anaknya walaupun kadang-kadang kami rasa sedih. Kerana waktu itu kami tidak faham bahawa semua yang ayah lakukan untuk kebaikan kami juga. Kami cuma mahu rasa gembira untuk diri kami dan tidak memikirkan kesannya di masa akan datang. Tapi tidak ayah. Waspadanya ayah ibarat singa. Singa yang akan mempertahankan segala apa yang berharga bagi dirinya walau apa pun ancaman mendatang. Itulah ayah.

Sekarang, ayah sakit. Arteriosclerosis. Semalam, ayah dibedah. Bypass Surgery. 6 jam ayah di dalam dewan bedah. Saya turut hantar ayah ke luar dewan bedah. Sejuk tempat tu. Sebelum ayah ditolak ke dewan pembedahan, kami berdiri di sekeliling ayah. Air mata kakak tumpah ke bumi. Saya cuba untuk tidak menangis di hadapan sesiapa walaupun dalam hati ini sebak. Ayah nampak tenang. Malam sebelum pembedahan, ayah habiskan dengan membaca al-Quran. Alhamdulillah, Allah memberikan ketenangan kepada ayah. Sampai masa, ayah membisikkan sesuatu pada telinga ummi. Saya hanya senyum dan memerhati. Padahal dalam hati ini Allah saja yang tahu betapa sebaknya diri ini. Ayah ditolak ke dewan bedah. Kami sekadar memerhati dan berdoa moga Allah yang Maha atas segala sesuatu melindungi ayah dan mempermudahkan segala urusan.

2.45 petang. Saya dan kakak serta pakcik kami menunggu di luar dewan pembedahan. Tiba-tiba kelihatan beberapa nurse menolak katil ayah. Ayah sudah selesai dibedah. kami mengejar tetapi ditahan oleh nurse yang bertugas. Ayah ditempatkan di wad ICU. Berdebar di hati ini Allah saja yang tahu. Tak lama selepas itu, umi yang tadinya bersolat tiba di hadapan wad ICU. Giliran saya dan kakak untuk bersolat. Selesai bersolat dan makan, kami naik semula. Doktor kata ayah stabil. Alhamdulillah. 

Saya masuk ke wad ICU dengan kakak. Saya menghampiri ayah di bahagian kanan. Ada tiub dimasukkan ke dalam mulut ayah. Darah dimasukkan di leher. Muka ayah pucat. Nampak lesu sangat. Ayah nampak sakit.. Bibir ayah biru. Waktu itu saya hampir pengsan. Pandangan saya berpinar dan hampir kabur. Tangan diangkat untuk berdoa. Nafas ditarik dalam-dalam agar saya tidak pengsan di situ. Agar saya tidak pengsan disisi ayah. Air mata itu ditahan. Doa dibaca dengan penuh syahdu. Suara tersekat-sekat. Sebak. Namun air mata masih ditahan.

Jangan menangis dihadapan ayah. Jangan..

Hati memujuk. selepas mengaminkan doa, ayat 1000 dinar dibaca untuk menenangkan hati. Mohon kekuatan dari Ilahi. Selesai semuanya, Segaris senyuman dihadiahkan untuk ayah.

Ayah, cepat sembuh ye..

Hati membisik.

Allahu Allah..

Setelah kami keluar dari wad ICU, giliran adik dan pakcik kami untuk melawat ayah. Sebaik sahaja mereka keluar, adik kata ayah dah sedar. Jantung saya berdegup kencang. Alhamdulillah.. Thank you Allah..

Ummi sangat3 gembira. Alhamdulillah. Ini semua pertolongan dari Ilahi. Tiada yang mampu memberikan mudahrat kepada seseorang melainkan dengan izin Allah. Tiada yang mampu memberikan kesembuhan kepada seseorang melainkan dengan izin Allah jua. 

Kini, ayah masih di ICU. Doa dan harapan dipanjatkan ke hadrat Ilahi yang Maha mengetahui nasib hambaNya. Moga cepat sembuh. Amin.

Pengorbanan seorang ayah, tiada yang mengerti. Tapi Allah tahu. 

Ayah, kami sayang ayah.. :')


ayah, dah sembuh nanti kita main carom sama-sama ea..

Sayangi ibu dan ayah tak kira waktu mereka sakit atau sihat. sayangilah mereka. Doakan mereka. Berbaktilah untuk mereka. Takkan dapat kita tandingi pengorbanan mereka ni. Takkan dapat. Mereka dulu berkorban untuk kita lagi hebat. Tak tersangka oleh kita. Percayalah.






Moga bermanfaat. 
Moga cinta anda kepada kedua ibu bapa terus subur. 

Jazakumulah.

No comments:

Post a Comment