Pages

Saturday, July 14, 2012

Hubungan ilmu fekah dan tasawuf (ringkas)


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salam 'alaik. 
Ini hanya berdasarkan kefahaman saya dan saya minta maaf jika maklumat ini tidak memuaskan mana-mana pihak terutama sekali "tgns daei" yang saya tak kenal pun siapa. Sebab dia yang request post ni. Hehe.


Baik, sebelum kita buat perbandingan hubungan ilmu fiqh dan tasawwuf, molek lah jika kita lihat pada definisinya dulu. 


Mengikut buku penawar bagi hati, Ilmu tasawwuf merupakan satu ilmu yang membicarakan tentang sifat kelakuan diri kita, seperti mengosongkan hati daripada yang lain daripada Allah swt dan menghiasi diri kita dengan memandang kepada Tuhan sekalian alam. 


Manakala, ilmu fekah pula merupakan ilmu untuk mengetahui praktikal hukum syarie dgn menggunakan dalil-dalil yang terperinci lagi sahih.


Ilmu fiqh itu sendiri ada pecahan2nya. Ia mencakupi hubungan manusia dgn Allah, manusia dengan manusia, manusia dgn dirinya sendiri dan manusia dengan ahli keluarga. Macam-macam jenis ilmu fiqh ni. Ada fiqh fatwa, ada fiqh jinayah, ada fiqh siyasah syari'ah, ada fiqh mu'amalat, ada fiqh ibadat, ada fiqh usrah dan lain-lain. (tak semua saya tahu.. huhu)


Jadi, kita dapat lihat disini, undang-undang islam atau dalam kata lain "syariat" islam ni tidak akan terlaksana dengan cantik tanpa ketaatan yang super duper taat kepada Rabb kita.


Di sini, ilmu tasawwuf memainkan peranan. Ilmu tasawwuf melatih diri hamba supaya akur dengan syariat Allah. Bila ilmu tasawwuf dah cantik, insyaAllah, nak laksanakan syariat pun senang. Tak banyak bunyi. hehe. 


Asif ye saudara/saudari tgns daei (jantina tidak dapat dikenal pasti). Setakat ni saja penerangan ringkas saya. Segala kekurangan, sila lah komen atau pm saya di email ni : qalby_aqly@yahoo.com




wAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment