Pages

Monday, July 16, 2012

Ramadhan bakal datang menyinggah. Dah nak dekat ukhti!


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Salam 'alaik.
Ramadhan.. Hai!
Tengah duk usha2 University of Tarbiyyah al-Ramadhan ni. Bila kami nak masuk ni? Sabar, sabar. 
5 hari lagi ukhti.

WHAT?!

5 HARI!!?

APEKAH!?

Uh! Uh! Uh!

Cari Quran, cari tasbih, cari minyak wangi, basuh telekung, kemas rumah, kemas peti ais(nak letak makanan) haha. 

Ops COP! 

Kemas hati.. Nak isi Tarbiyyah. Hehe.. :D

Are we ready to enter the University of Tarbiyyah al-Ramadhan in 5 days?


Takut la jugak. Takut terlepas something yang best tahap Morsi menang pilihan raya Mesir. (ok, hiperbola sangat). Ape tu yang best sangat tu? 


AHA!


Lailatul Qadar yang kita tunggu-tunggu. Yang mana nilainya menyamai dengan 1000 bulan beribadah! pergh! 


Firman Allah bermaksud, “lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan”. (al-Qadr, 3). 


Dulu masa kecik-kecik, ada orang momokkan saya yang malam lailatulqadar ni ada benda yang menakutkan(hantu). 


Tapi, hey. 


Kenapa setiap malam yang barakah orang duk momokkan dengan perkara semacam ini? Malam jumaat, Malam lailatul qadar.. Sedangkan, setiap masa pun yang ghaib ini ada. Tapi Allah lindungi pandangan kita. Untuk pelihara kita. Dah tu, bila dimomokkan dengan benda-benda ni, orang pun takut nak bangun ibadah pada malam-malam keramat ni. (hehe)


Tapi itu zaman kanak-kanak lah kan? Takkan dah besar panjang macam la ni pun takut nak bangun ibadah kan? Memang la nak kene kalau dah besar panjang macam ni pun (tengok diri anda, rase2 dah besar ke belum?) takut nak beribadah kepada Rabb seluruh alam semata-mata takutkan makhluk. Tak logik. Seriously, tak logik.


Bila nak masuk ke University of Tarbiyyah al-Ramadhan ni, memang kabut la dibuatnye. Apasal? Sebab nak bersedia untuk menang dalam perlumbaan mengejar yang 1000 bulan tu. Ingat sikit ke persediaannye? Tak boleh main-main 0o. Mujahadah fighting nafsu tu sepatutnye kita dah kena start dah (kalau dah mula, bagus!). Hebat kot siapa yang dapat yang 1000 bulan ni. Malam lailatulqadar. Waah~


Pada malam ini juga disifatkan sebagai malam yang penuh berkat. Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan, ayat 3 yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami turunkannya (al- Quran) pada malam yang diberkati”. 


Pada malam itu juga turunnya Malaikat memenuhi bumi ini. Dan Malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam itu. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. 
Firman Allah SWT yang maksudnya, “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuhhh hikmah! (ad-dukhan : 4) :)


So, get ready ukhti! (ok, akhi pun sama.)


JOM kita jadikan keputusan dalam University of Tarbiyyah al-Ramadhan ni gempak! (Whoaa..) (jangan gempak result akademik je.. *cough*)


R.A.M.A.D.H.A.N


Kami datang!





No comments:

Post a Comment