Pages

Tuesday, July 31, 2012

The Truth?


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salam 'alaik.


QS: (29:64) Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.

Cuti yang agak panjang setelah tamat pembelajaran di matrikulasi dan dalam persediaan untuk melangkah ke alam Universiti memberi peluang dan ruang untuk manusia macam saya surf internet banyak-banyak. Lagipun, tak banyak keluar pergi ke mana-mana. 

Kalau anda perasan, di facebook mula kepoh+kecoh dan menyebabkan orang tergopoh-gopoh dengan berita tentang kempen "save maryam" di indonesia. Saya antara manusia yang simpati dan share video tersebut. Tapi, baru pagi tadi saya membaca artikel menyatakan fakta-fakta di dalam video itu adalah auta(palsu) semata-mata dan artikel itu ditulis oleh pelajar Indonesia di UK. Mulalah saya menggaru kepala yang tidak gatal dan tersentap sebentar. 

Oh ya. Teringat video di internet oleh vlogger yang agak popular ; matlutfi tentang "kecelaruan maklumat". Ok, dulu saya yang duk angguk-angguk bila tengok video tu. Tapi, sekarang secara tak sedar, saya pun ter-buat sekarang. Ok, manusia biasa buat salah kan. Saya minta maaf sebab tak selidik betul-betul (bukannye senang nak selidik. Bukan sekejap. Maybe paling kejap pun seminggu nak selidik betu-betul).



adakah dia di dalam video ini berbohong?

well, bagaimana pula dengan penerangan dari penulis web ini?

Now, mana satu yang benar? Jujur, saya tak tahu. Kecelaruan yang melampau ini menyebabkan manusia semakin pening dan akhirnya, mulalah melarikan diri dari peduli tentang isu-isu ini. Maka, mulalah beberapa manusia berkata :

"Daripada aku selidik perkara yang memeningkan ini, baik aku mengaji"

"Daripada serabutkan kepala otak aku ni, baik aku buat benda lain. Main game pun lagi faedah dari perkara ni"

"Dah-dah la tu cakap pasal benda ni. Tak meningkatkan iman pon"

Akhirnya, semua buat tak tahu dan mula bersifat ke-aku-an.  

Bukan semua benda kita tahu dan kita dapat informasi yang tepat lagi muthakir. Nak tahu lebih, selidik. Memang la leceh. Kalau tak nak selidik, duk diam-diam. Kerana bila bertembung golongan yang tahu dan tidak tahu, yang memahami dan tidak memahami, maka berlakulah satu percanggahan pendapat dan mulalah masing-masing mempertahankan hujjah dan yang jahil tetap dengan pendirian menegakkan benang yang basah. Then what happen? Bergaduh dalam alam maya. Nak tengok bukti kejadian yang tak hebat ni? Lihat di facebook sudah mencukupi. Itu belum di web-web lain. Saya pernah membaca komen-komen yang berunsur pergaduhan tentang isu agama dan menyebabkan salah seorang dari pengomen mengeluarkan satu kenyataan yang boleh memesongkan akidah. Apekah?

Tapi, jangan kerana perkara ni, kita mendiamkan diri dan tidak mengambil cakna tentang isu yang berlaku. Berkenaan dengan "save maryam" tu, pengetahuan baru seperti ini moleklah jika rujuk dahulu kepada yang lebih arif daripada terus share tanpa pengetahuan yang sebenar tentang isu tersebut. Kita perlu ambil tahu dengan sungguh-sungguh lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan agama kita, saudara-saudara kita. 

Bukan sahaja isu "save maryam" yang hebat diperkatakan sekarang. Banyak lagi dan antaranya adalah Majlis Perasmian Sukan Olimpik London 2012. Yang menjadi isunya, agenda iluminati atau freemason yang semakin popular sejak kebelakangan ni jelas kelihatan di majlis pelancaran itu. Tahukah anda geng-geng freemason ini memang wujud? Sungguh tak tipu. Agenda siapa? Yahudi. 

QS : (2:120) Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

Yang ini memang tiada kompromi. Memang kita kena beware dengan golongan yahudi laknatullah ni. Agenda yang dirancang lebih 300 tahun dulu kini semakin jelas kelihatan. Tahukah anda, ada satu game card yang diberi nama "Iluminati New World Order"? Saya sudah melihat game card itu dan bila saya perhatikan tulisan dan penerangan di kad-kad yang ada, ya. Memang itu yang sedang berlaku sekarang. Ahli iluminati ini sangat mempercayai game card ni dan itu yang menyebabkan saya mencari-cari kesahihan berdasarkan kad-kad ni. Nah. Terbukti. Tak lama lagi perang akan bermula. Semua dari kita akan ambil bahagian untuk memerangi golongan yang durhaka pada Allah ini. Like I said, tiada kompromi.

 iluminati game card

Salah satu kad dalam permainan ini. What can u see?

Kebenaran dan kebatilan. Tak mungkin bersatu. Tetapi, kecelaruan yang dimainkan di media-media menyebabkan kita as normal human being yang tidak ada apa-apa pangkat di pentas lakonan ini semakin bingung dan buntu dan akhirya, rasa tertipu. Bukan kempen "save maryam" dan agenda iluminati je yang mengelirukan. Banyaklah. Semput dibuatnya. Huh.

Allah, berikan kami, para muslimin dan muslimat kebijaksanaan untuk mengetahui yang mana benar dan yang mana salah. Agar kami dapat bertindak dengan 'adil ya Rabb.. Amin.

wAllahu'alam
Yang semput, 
saya.

No comments:

Post a Comment