Pages

Thursday, August 30, 2012

Erti Kemerdekaan

Bismillah.
Salaam 'alaik.

Tahniah Malaysia kerana sudah 55 tahun bebas dari cengkaman penjajah. Dulu time sekolah menengah, memang banyak la belajar pasal kemerdekaan ni. Memang dasyat sungguh zaman sebelum merdeka. Teringat sorang makcik ni cakap waktu kami tengah makan ubi kayu rebus  cicah sambal ikan bilis di surau berdekatan rumah saya :

"dulu, masa zaman sebelum merdeka, waktu penjajah duk jajah tanah melayu, makcik makan ni je la. Tanam kat depan rumah. Nak makan, amek."

Bukan macam sekarang. Semua nak, ada. Senang. Tak perlu sampai tahap tanam ubi untuk meneruskan kehidupan. Alhamdulillah. Jom sebut sama2. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.

Alhamdulillah ya Allah kerana Kau telah kurniakan kami negara yang merdeka pada zahirnya. Pada zahirnya? What did you mean?

Ya, memang kita sudah 55 tahun merdeka. Tapi itu merdeka dari penjajah secara zahirnya. Tapi hakikatnya, merdeka-kah kita dari gaya hidup yang mereka bawa? cara pemikiran mereka?

Anda rasa?

Jika kemerdekaan Malaysia dari penjajah sudah membuatkan kita bangga dan boleh berbuat sesuka hati, oh itu salah sama sekali. Cukup-cukup lah kejahilan dan kebodohan kita dalam menilai etika dan adab yang sepatutnya diikuti dan yang sepatutnya dijauhi. Bukalah minda, bukalah hati supaya kita cuba untuk mengerti hakikat kemerdekaan kita. Benarkah kita sudah merdeka? Atau, sebenarnya, kita tidak pernah merdeka? Tidak pernah merdeka dari pengaruh dan anasir luar yang merosakkan hati dan akal. Anasir yang merosakkan ummah pada hari ini.



*Muhasabah Merdeka*

No comments:

Post a Comment