Pages

Sunday, August 12, 2012

Habislah kau!

Bismillah.
Salaam 'alaik.

Pagi tadi ada kuliah subuh di surau dekat dengan rumah. After subuh berjemaah, penceramah pun kedepan mengambil tempat untuk memulakan ceramah beliau. Bila dah berada di 10 malam terakhir ni, semua orang duk cakap pasal lailatul qadar. Lepas ceramah tadi, pergi kedai jap beli roti. Pasang radio ikim, pun cakap pasal lailatul qadar gak. Lebih kurang sama je. Tapi, di surau tadi ada statement yang agak sentap dan membuatkan bulu roma meremang.

Penceramah tu menceritakan keistimewaan-keistimewaan ramadhan antaranya pahala diberikan berlipat kali ganda dari biasa. Sampailah ke satu statement :

"Bulan Ramadhan mengandungi terlalu banyak keistimewaan dan ke-Osem-an sehinggakan para ulama' mengatakan "Celakalah siapa yang melalui ramadhan tetapi tiada keampunan untuknya" . Nah, orang yang tidak berusaha membuat kebajikan, menambah amalan, Allah tutup mata, tutup telinga, tutup hati, HABISLAH KAU!"

Yang seramnya, telunjuknya secara tak sengaja pointing tepat kepada saya. Pergh. Saya tau penceramah main point rambang je dan tiada siapa perasan pun jari telunjuk beliau tu point pada siapa.

But, yeah, seolah-olah Allah nak bagi warning pada diri ini. I'm shaking you know. Spooky. Feelin' like I've make Him disappointed. Seriously.

Sepanjang perjalanan ke kedai, then balik ke rumah, I've been thinking. What should I do? Owh, now I got the answers. So, jom teruskan ramadhan dengan penuh rendah hati dan hina seolah-olah kita masih belum mencapai target. I mean like, we're still far away from our target. Biar ketakutan + cuak + mengelabah sampai tak sanggup nak buat benda yang wasting our time dah. Masih ada waktu. Jangan takut sampai terhenti perjalanan itu. Teruskan berlari demi redha Dia. Lari3!!

 encik kucing yang comel, nak ikut lari boleh? ^^''


Sekian.
wAllahu'alam. 

No comments:

Post a Comment