Pages

Friday, August 31, 2012

Next Step

Bismillah.
Salaam 'alaik.

Sahabat-sahabat dah mula  berangkat ke U masing-masing. Ada yang masih packing, ada yang sudah selesai semua urusan. Ada yang kepoh sebab dokumen belum lengkap. Macam-macam ragam. Saya? baju semua boleh kata sudah sedia. Tapi, ada komplikasi sedikit. huh. Moga dipermudahkan. Bila mencari sesuatu yang hilang, saya cuba untuk meyakini benda tu tak keluar dari rumah ni. InsyaAllah, ada dalam rumah ni. Alhamdulillah tak ikut kakak yang ke sabah untuk pendaftaran Universiti dia di sana. Kalau tak, memang lagi kelangkabut lah agaknya.

Selalu juga buat-buat macam benda tu tak hilang. Buat biasa je. Cari, cari dan cari, tak jumpa, rileks jap. tenang kan fikiran. Buat kerja lain dulu. Ada mood mencari, cari semula. Biasanya, barang-barang yang hilang sebelum ini, saya dapat jumpa bila guna method ni. Tapi, mungkin kali ni lambat sikit agaknya nak berjumpa dengan barang tu. Moga dipermudahlah urusan mencari. heh.

Mood : menghitung hari

Masih cuba untuk dapatkan feel dan menyelami hakikat bakal menjejakkan kaki ke Universiti yang hampir semua kos engineering tu. Bukan sebahagian dari cita-cita. Seriously. Tapi, mana tau, rezeki murah disitu. Dpt kawen dgn engineer ke.. haha. gurauan semata2. :P

Selamatlah buat sahabat-sahabat yang sudah dan bakal berangkat. Mudah-mudahan kita bertemu satu hari nanti. Walaupun jauh terpisah, tapi ukhuwah tetap di hati.

Buat sahabat-sahabat yang bakal merentas lautan (overseas students), moga kita bertemu lagi lah ye. Mudah-mudahan, masing-masing semakin qowiy. Sebak pula bila ada sahabat-sahabat yang belajar di overseas ni. Rasa jauh sangat lah pula.


Hati-hati dalam mengorak langkah. Haish. Risau lah pula.


wAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment