Pages

Thursday, August 23, 2012

Sorry, thats not funny.

Bismillah.
Salaam 'alaik.

Seronok bila dapat jalan-jalan. Seronok juga bila dapat lepak dengan kawan-kawan. Kadang-kadang tu, bila jalan-jalan, terdengar la perbualan orang ramai. Memang sakit hati la jugak bila dengar certain perkara. Tapi, nak lari kemana kalau waktu tu dalam bas atau ktm atau tengah beli barang? Maka cik telinga secara tak sengaja terdengar perbualan manusia-manusia ni.

"Weyh. Dia tu seksi giler dowh. Aku pun nak pakai macam tu. Kalo aku pakai macam tu kat luar ko rase ok tak?"

"Bapak mantap ko pakai macam tu. Tudung ko nak campak mane dowh?"

"Tak yah r pakai tudung! Haha!"

"Merepek r korang ni"

"Rlek r. Aku guraw je r"

Sorry, that's not funny.

Ummat terlalu memandang rendah soal agama dan meletakkan dunia di tangga teratas sehingga mereka tak sedar mereka telah menjadikan agama sebagai alat untuk bergurau senda. Agama dikatakan kolot dan menyekat kebebasan. Agama dikatakan kerja pak-pak lebai, imam masjid  dan makcik-makcik yang dah lanjut usia. Agama dikatakan sebagai sesuatu yang membebankan, membosankan  dan menyusahkan. Ini fitnah terbesar dalam agama.

Tak semua orang tahu apa itu keseronokkan dalam berkerja sebagai daei. Bila tak tahu, mereka tak faham. Bila tak faham, mulalah memfitnah dan menjadikan agama sebagai gurau senda. Telinga ditutup serapat-rapatnya dan tidak mahu mendengar penjelasan tentang kebenaran dan hakikat beragama.

Mengapa perlu ditutup telinga itu? Jika manusia-manusia berkopiah dan bertudung labuh ini sanggup menadah telinga mendengar pendapat anda yang tajam tentang mereka dan menerima dengan hati yang terbuka, mengapa tidak anda? Maaf, saya bukan mahu menyalahkan sebelah pihak sahaja, tapi saya sudah muak berhadapan dengan golongan manja yang suka membidas tanpa mendengar.

Golongan daei juga mempunyai kesalahan mereka sendiri kerana mereka bukan malaikat, bukan? Why did we expect perfection from this people until we can't handle it when we know they do something wrong? Kan mereka bukan malaikat? They also make mistakes.

People are judging them badly. Especially orang yang berniqab. Dia nak berniqab. Biaq pi dia la nak pakai apa. Asalkan tutp aurat dan menepati syara'. Duk canang dia pakai telekung dan tak reti berfesyen langsung pasai pa? Bila orang duk mengata pakaian kita, kita marah. Tapi kita duk mengata orang len tak pa pulak?



Jangan nak bercakap kalau kata-kata anda itu setajam pisau potong ayam. Even though kelakar, tapi kalau menyakitkan hati, buat apa?

[face palm]

astagfirullah x3..

Sekian,
wAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment