Pages

Saturday, August 11, 2012

your fear will kill you.

Bismillah. 

Sepanjang bulan ni semua orang duk sibuk dengan berbagai amalan yang hebat. Lebih-lebih lagi reciting the Quran. Kita semua berlumba-lumba nak habiskan Quran (termasuk la penulis). Tapi hati kecil saya agak takut untuk menghadapi 10 hari terakhir ni. Kalau anda rasa anda cukup hebat dan bergaya sepanjang bulan ramadhan ni, saya tidak rasa begitu. Malah, saya rasa lemah dan takut. (ok, ini bukan nak luahkan perasaan sangat pun)



Sepanjang bulan, saya buat itu dan ini. Walaupun tak banyak, tapi cuba untuk istiqamah(ya saya tahu amalan anda lebih banyak dan hebat dari saya). Rasa malu menggunung menyelubungi hati apabila berhadapan dengan Ilahi di malam hari. Rasa malu yang amat sangat kerana amalan-amalan ini dirasakan amat sedikit dan tidak hebat. Lihat sahabat-sahabat sendiri pun dah cukup untuk rasa sangat-sangat kerdil. 

Checklist dah ada, pecut pun sudah. Tapi, tapi..

Kenapa pecut? Sebab apa? Terlalu sibuk nak tekan minyak sampai lupa nak tengok side mirror. Sampai lupa nak tekan clutch bila nak brek. Then what happen? Enjin mati. Bila enjin mati mula la menggelabah. Takut. Takut kena langgar, mati. Sama la macam ketakutan saya sekarang. Ops. Silap. Ketakutan sebahagian dari kita. Bila terlalu mengejar amalan-amalan yang banyak, "ke-ikhlasan" mula hilang. It slowly fades. 

Tambahan pula, bila kita dengar sahabat-sahabat duk buat amalan-amalan yang lebih hebat dan bergaya dari kita, kita mula jealous dan nak compete dengan mereka. Dan ini menyebabkan niat kita yang asalnya tulus suci dan murni ibarat menggunakan pencuci muka safi balqis menjadi tak suci lagi dah. What? Jerawatkah? Niat menjadi teruk dengan jerawat ke-dengki-an yang sangat buruk rupanya(eww). 

Maka, ketakutanlah orang-orang sebegini untuk meneruskan amalan-amalan yang superb. Kerana risau niat akan dijajahi jerawat(apekah??!). Jadi, tetaplah anda dalam ketakutan itu.. Ye ke? Macam ni ea? 

WRONG.   

Persetankan ketakutan itu. Tajdid niat dan teruskan berlari! Jangan pandang amalan orang lain  jika itu boleh mempengaruhi kita. Jaga niat kita ibarat menjaga susu yang penuh di dalam gelas supaya tidak tumpah bila kita membawanya sambil berjalan.  



Masa lapang adalah permulaan kepada maksiat. So, sempitkan masa kita dengan amalan yang lebih superb. Persetankan ketakutan itu. Mohon ampun kepada DIA atas kekhilafan niat kita. Sila berbuat demikian sebelum ramadhan pergi balik kampung. 

(memang penampar untuk diri sendiri) 

Sekian. 

No comments:

Post a Comment