Pages

Friday, September 28, 2012

Sekali lagi, kita semakin tua.

Bismillah.
Salaam 'alaik.

Hampir sebulan berjauhan dari keluarga. Kehidupan di sini sangat berbeza (setiap kali sambung belajar pun akan jadi berbeza lah.) ^^"
Memasuki bidang engineering dan duduk dengan student-student engine ni memang la sesuatu yang di luar jangkaan. Dalam masa lebih kurang 4 minggu ni, macam-macam dah diajar. Dah buat engineering drawing, welding, potong besi bagai, engineering technology, network fundamental dan macam-macam lagi lah. Memang la seronok. Tapi bayangan biology masih di fikiran. (Aku sayang bio. wuwu..) 

Tak kurang juga, suasana yang sangat berbeza. Bila melangkah masuk ke kelas, saya agak terkejut. Masuk ke kolej kediaman, terkejut lagi. Dan anda jangan terkejut jika saya kata saya terkejut dengan surau di kolej kediaman di sini. Sangat xmeriah. Maaf, bukan mengutuk. Tapi memang surau tu sikit giler orang. Sedih la kan. Tipu la kalau tak sedih bila surau sikit manusia. heh.

Saya nak share. Especially untuk yang tidak tahu menahu keadaan dan persekitaran kehidupan seorang pelajar bidang kejuruteraan(engineering). Saya seorang wanita(ceh, wanita kot. dah besaq dah kami. haha.). Di sini memang ramai lelaki. Tak macam matrik dan maahad hamidiah terchenta yang mana populasi lelaki agak nak pupus di sana. Haha. Dan, di sini juga ada international student. Mostly from Yaman and Sudan. Kadang-kadang, kita duk jalan nak naik bas ke kuliah, kita akan berasak-asak dengan manusia yang memang ramai. Bercampur lah lelaki dan wanita. Kita sudah cuba menjarakkan diri supaya tidak terlanggar mana-mana lelaki, tetapi, tiba-tiba ada seorang lelaki entah dari mana datang menyelit depan kita dan dengan selambanya menolak kita ketepi dengan tangan mereka...? (aku terkejut kot) Ini lah hakikat menjadi pelajar U. Lebih-lebih lagi bila masuk bidang yang ramai lelaki ni. Memang kena jaga diri.

Engineering is a very tough course. Tak tipu. Kalau medical banyak menghafal, engineering banyak kira2 and melukis. Kalau b.Tech macam saya, banyak lab. 3 jam kredit (lama gila kot. pack jadual). Sama susah je semua. Sekarang belum belajar calculus. Tunggu la belajar benda tu. (aku takut muntah je. haha. gurau2)

(blaja math buku 4 tingkat. haha.)

Ikhtilat. Memang menjadi satu dilemma. Dah tak sama macam zaman sekolah. Buat project pun kena pair 2 orang, mesti lelaki dan perempuan. Hah. Nak cakap apa kat Lecturer tu? "Encik, saya nak pair dengan perempuan boleh?". Memang tak dapat la. Seriously. Ni untuk persediaan kerja. Memang kena jaga sendiri. 

"Allah, permudahkanlah. Jangan kau susahkan. Peliharalah kami, maruah kami, Iman kami"
amin.

(tajuk tu nak kata dah melangkah ke alam mahasiswa je. Tu yang kate makin tua. :P)

Sekian. :)
(sekadar perkongsian)

2 comments: