Pages

Thursday, October 18, 2012

hati wanita = bola kaca


بسم الله الرحمن الرحيم

Salaam 'alaik.
Apa khabar, pembaca? (cewah. skema pula. ^^")
Moga sihat-sihat semuanya. Agak lama tidak membebel di sini dan menembak hati daei-daei di luar sana  termasuklah hati diri yang hina dina ini juga. Kehidupan sebagai seorang mahasiswi membuatkan saya malas nak membebel di sini. Sibuk mungkin? 
(ok, alasan tak valid.)

Tapi Alhamdulillah, kali ni memang tekad nak membebel (sorry lah pakai istilah membebel. kalau tak suka, boleh PM.). Baca lah dengan hati yang terbuka. Especially for guys. Ops. Apekah ini? Ha, jejaka2, cuak tak? 

Lelaki dan wanita, ternyata berbeza. Terutama sekali dari segi perasaan. Wanita, hatinya mudah tersentuh. Rasanya semua orang tahu hal ini. Tapi, walaupun wanita ni hatinya lembut, muda tersentuh, dia ada kekuatan perasaan yang tiada pada lelaki. Memang betul. Contoh, selembut-lembut hati ibu, dia masih boleh kuatkan diri untuk menghadapai sesuatu ujian yang berat bagi dirinya. Walaupun sentiasa ditemani si airmata, biar ditembak peluru ujian bertubi-tubi, dia tetap akan hadapai juga. Sampailah semuanya selesai insyaAllah. 

Tetapi, peluru yang haybat yang boleh meretakkan hati seorang wanita immediately adalah kata-kata sang lelaki. Tak tahulah kenapa, tetapi, wanita sangat sensitif dengan kata-kata lelaki. Mungkin, kata-kata wanita lain terhadap wanita lain juga boleh mungguris, tetapi, libasan pedang lidah lelaki lebih tajam dan dasyat. Mungkin, (mungkin la) lelaki ni jenis yang tak consider perasaan orang lain kot(ok still ada beberapa yang consider. tapi, majority begitu lah.)

[credit to google.com]

Ramai kawan-kawan saya yang bengang tahap ketinggian pokok kelapa dengan kaum adam kerana peluru berpandu yang keluar dari mulut mereka dalam bentuk sound wave. Sampai menangis pun ada. Kesian. Jujur, saya pun mudah terkesan dengan kata-kata pakcik2 ni. Sekali mereka keluarkan peluru, walaupun tidak ditujukan kepada saya, saya akan terdiam dan.. tersentap lah. 

Sebenarnya, sama juga untuk wanita. Tapi, kali ni nak fokus pada yang bergelar lelaki. So, guys, please mind your words before you say something. Meh sini nak bagi tips (cewah. bajet je.). Firstly, Sebelum serang perempuan dengan kata-kata anda, fikirkan ayat yang sesuai. Rasulullah tak ajar kita untuk membalas kejahatan dengan kejahatan. Sama lah kalau kita geram dengan seseorang, Rasulullah tak ajar kita maki hamun orang yang kita bengangkan tu. Okay? 

Next, Kalau tak tahan, diam je. Tunggu reda, tegur baik2. Wanita lebih mudah menerima teguran jika kata-kata yang digunakan tidak menyakitkan hati. Tapi, jangan la lembut sangat sampai wanita tu cair. Ayat normal sudah lah. Tapi, saya sarankan, perempuan ni, biar perempuan je yang tegur. Minta tolong kawan perempuan yang lain. Kalau dah tak da option lain, ok, boleh la nak tegur sendiri. Tapi, ada cara lah. Contoh :

"Aku nak cakap sikit dengan kau ni. Aku harap kau tak marah lah ye. Aku tegur untuk kebaikan kau jugak. Kau bercakap kuat sangat. Cuba perlahanlan sikit suara. Baru sopan. Jangan marah eh. Sorry kalau aku ada salah. Maaf."

Jangan lah macam ni :

"Kau ni nama je anak dara. Tapi bila cakap, kecoh macam makcik2 aku kat kampung. Semua orang kau nak bagi dengar apa kau cakap. Lain kali, beli la mic wireless. satu kawasan ni boleh dengar."

Kemudian, dah tegur, tak payah nak meleret-leret berbual. lain pula jadiye. dah tegur, dah la. (ni pun masalah jugak. =_='' ) Ikhtilat kan, jagalah. Kerana ikhtilat antara punca masalah ummah hari ini(tarik nafas dalam-dalam, hembus. haish.)

Allah, peliharah kami dari perbuatan mungkar dalam berikhtilat. Allah, peliharalah kami, hati-hati kami dari sesuatu yang memudharatkan diri kami. Amin ya Rabb.

p/s : kalau ada yang tak puas hati, boleh pm : aqilahasmizi@gmail.com.
jazakumullahu khairan kathira. n_n


3 comments: