Pages

Tuesday, October 30, 2012

Ingatan berkarat


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Salaam 'alaik.
Alhamdulillah, dapat pulang kerumah walaupun sebentar. Esok malam akan bertolak ke perlis semula. Moga dipermudahkan. Beberapa hari yang lepas selepas solat berjemaah maghrib di surau berdekatan rumah, ada ceramah ringkas. Kuliah maghriblah. Memang waktu itu agak mengantuk sedikit akibat beberapa kerja yang disiapkan waktu pagi dan tengahari. Alhamdulillah ustaz tu agak sempoi dan lucu pengisiannya(bagi saya luculah) jadi, tidak berapa mengantuk. Waktu itu masih lagi dalam tempoh eid adha jadi pengisiannya mengenai Habibullah Rasulullah saw. Dalam banyak-banyak pengisian, ada satu bahagian yang saya sangat tertarik. Dia kata :

"Hari ini kita dapat lihat kejayaan pakar bedah dalam bidang perubatan. Kita dapat lihat jahitan yang dilakukan oleh sesetengah doktor pakar sangat kemas dan cantik. Kita puji doktor tu. "Wah, hebat doktor ni. Ada skill!". Tapi kalau kita ingat, sewaktu Rasulullah saw dicuci hatinya oleh malaikat yang diutuskan Allah, tiada kesan parut langsung bila belahan di dada Rasulullah saw itu dicantumkan semula. Cantik dia seal. Memang jauh lebih hebat dari kita."

Kalau perasanlah, jarang kita nak sebut "Terima Kasih ya Allah" dulu kalau ada kenalan yang kita sayang dibedah. Selalunya, mesti akan terkeluar "Terima kasih doktor. Kalau bukan doktor yang bedah, tak tahulah dapat selamat atau tidak." 

Kerana manusia cepat lupa. Bila dalam keadaan tersepit, Allah jarang sekali dalam ingatan. Selalunya begitulah. Sama juga bila seseorang itu gagal mencapai sasaran dalam peperiksaan. Bila tersepit dan rasa sempit, mulalah lupa segala kebaikan yang Allah berikan. Mulalah menyalahkan si dia dan si kamu dan si siapa-siapa sahaja yang boleh disalahkan. Paling teruk sekali, sanggup menyalahkan Dia. Allahu Allah..

Inilah dia ingatan berkarat. 

Sejujurnya, umat Muhammad umat yang lemah. Terlalu senang untuk kecundang dek ujian yang mendatang. Sehinggakan dalam satu riwayat ada mengatakan ; di hari akhirat kelak, semua umat manusia dikumpulkan dan ketika itu ada yang terkapai-kapai kelemasan dalam peluh sendiri, berjalan dalam keadaan terbalik dan pelbagai lagi reaksi yang pelik dan memalukan. Ketika itu ada umat Muhammad yang tersesesat dari nabinya. Sehingga ada nabi lain yang menyeru, "Ya Allah, kasihanilah umat Muhammad. Mereka umat yang lemah!"

Allah..
Teruk sangat kita ni kan sampai macam tu sekali keadaan kita di padang mahsyar nanti? Allahu Allah. Bila dengar kisah-kisah tentang kita yang menakutkan dan memalukan ni, adakah kita masih sanggup biarkan diri kita duduk diam tanpa berbuat apa2? Sungguh, memang melempau kalau kita berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa sedangkan sudah sedia maklum keadaan kita dimahsyar kelak memang teruk! (pang! terasa kena tampar.)

Dah la ingatan berkarat. Nak ingat kebaikan, kasih sayang, petunjuk, berkat dan rahmat Allah pun susah. Bila tersepit, mudah sahaja kita lupakan segala kenangan manis bersama Dia. Teruknya kita!

Saya sangat terasa bila terbaca satu post di facebook. 


Yang membelitmu adalah dosa-dosamu. DOSA-DOSAMU. 
nak besarkan lagi tak?
DOSA-DOSAMU

Oh my. Sumpah takut. Takut tak kuat. Takut kalah. 

Argh! persetankan ketakutan itu. Kalau orang bercinta kata :

Lautan api sanggup kurenangi, 
ribut taufan sanggup ku redahi, 
demi cintamu oh kekasih hati. 
(geli gila)

Kenapa kita tidak berkata begitu untuk cinta Ilahi?

Kenapa?

Ok, saya memang suka utarakan soalan tidak berjawab dalam kebanyakkan post saya kan..?
Sebab, jawapannya sudah berada dalam diri anda. 


Soga bermanfaat. 
Salaam 'alaik.

No comments:

Post a Comment